Berbeza dengan polisi para
khalifah Bani Umayyah yang lebih memberi tekanan pada aspek politik dan
perluasan wilayah, polisi para khalifah Bani Abbasiyah lebih menekankan aspek
pembangunan peradaban dan ilmu pengetahuan.
Polisi ini, pada satu sisi, memang menjadikan peradaban Islam berkembang
dengan pesat, seperti yang dihuraikan di atas.
Tetapi di sisi lain, ia juga menyebabkan pemerintahan Bani Abbasiyah
mengalami kelemahan secara politik.
Perkara ini ditandai dengan terlepasnya wilayah-wilayah di pinggiran
kota. Berbagai kepakatan jahat politik
yang berlaku menyebabkan kewibawaan khalifah-khalifahnya pudar. Sebagai akibatnya, banyak wilayah melepaskan
diri dari kekuasaan khalifah Bani Abbasiyah.14
Faktor-faktor penting yang
menyebabkan kemunduran pemerintahan Bani Abbasiyah pada periode ini, sehingga
banyak wilayah berjaya melepaskan diri, ialah :15
1. Keluasan wilayah yang berada di bawah
pemerintahan Bani Abbasiyah membuatkan komunikasi pusat dengan daerah sukar
dilakukan. Di samping itu, kepercayaan
di antara para pemimpin juga mula berkurangan.
2. Polisi pemerintahan yang menjadikan
pasukan bersenjata bercirikan profesional membuat khalifah terlalu bergantung
pada angkatan tentera ini.
3. Kewangan negara mengalami kesulitan kerana
perbelanjaan yang dikeluarkan untuk pasukan tentera sangat tinggi.
Di
samping kelemahan yang berlaku dalam politik, pemerintahan Bani Abbasiyah juga
mengalami kemunduran dalam bidang ekonomi.
Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, pemerintahan Bani Abbasiyah di
awal kekuasaannya adalah pemerintahan yang kaya dan baitul mal negara penuh
dengan harta.16
Setelah
memasuki zaman kemunduran, pendapatan negara semakin menurun, manakala
perbelanjaan semakin meningkat.
Pendapatan negara berkurangan kerana wilayah kekuasaannya menjadi
semakin kecil, banyak rusuhan berlaku dalam negeri dan banyak wilayah
melepaskan diri dan tidak lagi membayar ufti.
Di samping itu, keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan ekonomi
negara menjadi kucar-kacir.
Pada
ketika inilah, tentera Mongol dan Tartar yang dipimpin oleh Hulaghu Khan, cucu
Genghis Khan, menyerang Baghdad.
Akhirnya, Baghdad berjaya mereka tawan tanpa berlakunya perlawanan yang
besar. Selepas itu, datang lagi serangan
yang tidak kurang hebatnya dari tentera Mongol yang dipimpin oleh Timur Lenk
(Tamerlane). Dia berketurunan Karachar
Noyan dan menjadi menteri pada masa pemerintahan Jagatai, putra Genghis
Khan. Sejarah mencatat berbagai
peristiwa yang menimpa umat Islam pada periode ini.17
Pemerintahan
Bani Abbasiyah I yang berkedudukan di Baghdad dan yang memerintah dalam tempoh
waktu yang cukup lama itu (dari tahun 132 H / 749 M) akhirnya ditumbangkan oleh
serangan Mongol pada tahun 656 H / 1258 M.
Menurut catatan sejarah, pemimpin Mongol yang berkuasa pada masa
pemerintahan Bani Abbasiyah I (132 H / 749 M hingga 656 H / 1258 M) ialah
Temuchin atau Genghis Khan (1162-1227 M)18 dan Hulaghu Khan. Kejatuhan kota Baghdad pada tahun 1258 M ke
tangan bangsa Mongol bukan saja menamatkan pemerintahan Bani Abbasiyah I yang
berkuasa selama 508 tahun 132-656 H), tetapi juga merupakan pemulaan dalam
kemunduran politik dan peradaban Islam.
Namun,
dengan kehendak-Nya, roda sejarah terus berputar. Setelah dua tahun dikuasai oleh bangsa
Mongol dengan berbagai peristiwa yang berlaku semasa tempoh ini, kaum Muslimin
berjaya merebut pemerintahan semula.
Bani Abbasiyah meneruskan pemerintahan – yang disebut oleh ahli sejarah
sebagai Periode Abbasiyah II – dengan khalifah pertamanya iaitu Khalifah
al-Mustansyir pada tahun 659 H / 1261 M.
0 komentar:
Posting Komentar