Kalau
berbicara tentang Bani Umayyah, kita tentu akan menyentuh tentang Mu’awiyah bin
Abu Sufyan, pengasas dan khalifah pertama Bani Umayyah.
Terdapat
beberapa hadis sahih yang menerangkan tentang kedudukan Mu’awiyah. Salah satu
daripadanya ialah seperti yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Khalid
bin Mihran, “Pada suatu hari, Umair bin
al-Aswad al-Ansi menceritakan yang dia pergi ke rumah Ubadah bin Shamit di Himsh. Ketika itu, Ubadah berada bersama isterinya,
Ummu Haram. Umair berkata yang Ummu
Haram menceritakan yang dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Tentera pertama umatku akan
berperang di laut. Mereka adalah
orang-orang yang berhak mendapat syurga.’ Ummu Haram bertanya, ‘Apakah aku
termasuk di antara mereka, ya Rasulullah?’
Beliau menjawab, ‘Engkau termasuk di antara mereka’”11
Para
ahli syarah menulis yang hadis itu berbicara tentang Mu’awiyah kerana dialah
orang yang pertama melakukan peperangan di laut pada masa pemerintahan Khalifah
Utsman r.a. Mulai dari peperangan di
laut itulah lahirnya tentera laut Islam pertama pada pemerintahan Khalifah
Utsman r.a dan menjadi semakin kuat pada masa pemerintahan Mu’awiyah.12
Mu’awiyah
bin Abi Sufyan merupakan pengasas dan khalifah pertama Bani Umayyah. Sejarah mencatat yang pada masa
pemerintahannya, Mu’awiyah memberikan kebebasan berbicara, memberi pendapat dan
juga kebebasan menentang.13
Dr.
Yusuf al-Qardhawi menulis14, Ibnu Qubail meriwayatkan yang Mu’awiyah
menaiki mimbar pada suatu hari Jumaat yang sangat panas. Dalam khutbahnya, dia berkata, “Harta dan
fai’ adalah milik kami. Kami memberi dan
tidak memberikan harta itu kepada orang yang kami kehendaki.” Tidak ada seorang pun yang membantahnya. Lalu, pada Jumaat kedua, sekali lagi dia
mengatakan seperti apa yang dikatakannya pada Jumaat sebelumnya. Dan sekali lagi, tidak ada yang membantahnya. Pada Jumaat ketiga, dia mengulangi lagi
ucapannya seperti dua Jumaat yang lalu.
Tetapi kali ini seorang lelaki yang hadir di masjid berdiri dan berkata,
“Tidak! Harta dan fai’ adalah milik
kami. Sesiapa yang menghalang kami
mengambilnya, akan kami adukan kepada Allah dengan pedang kami!” Mu’awiyah turun dari mimbar dan memerintahkan
anak buahnya memanggil lelaki tersebut.
Orang-orang pun berkata, “Celakalah nasib lelaki itu!” Kemudian, orang-orang pun masuk dan mendapati
yang lelaki itu duduk di katil bersama Mu’awiyah. Mu’awiyah berkata pada mereka, “Orang ini
telah menghidupkan saya sehingga Allah pun menghidupkannya. Saya pernah mendengar Rasulullah SAW
bersabda, ‘Setelahku nanti, akan ada para
pemimpin yang ucapan mereka tidak akan dibantah. Sehingga akhirnya mereka dicampakkan ke dalam
api neraka seperti monyet-monyet yang dicampakkan.’ Pada Jumaat pertama saya berbicara, tidak
ada seorang pun yang membantah dan saya takut saya termasuk dalam golongan
mereka. Pada Jumaat kedua, masih tidak
ada orang yang membantah sehingga aku berkata di hati kecilku yang aku termasuk dalam golongan
mereka. Lalu, pada Jumaat ketiga saya
berbicara, lelaki ini berdiri dan membantahku.
Dia telah menghidupkan aku sehinggal Allah menghidupannya.” 15
Harus
diakui bahawa seorang khalifah ataupun pemimpin seperti Mu’awiyah bin Abi
Sufyan adalah salah seorang pemimpin besar dunia, lebih-lebih lagi kalau
dibandingkan dengan raja-raja ataupun pemimpin yang zalim, diktator, gila kuasa
yang terdapat di dunia ini, baik pada masa dulu mahu pun pada hari ini, seperti
Heraclyus, Hitler, Lenin, Karl Marx dan lain-lain lagi.
Kedudukan
Mu’awiyah hanya akan turun kalau dibandingkan dengan Khulafur Rasyidin kerana
dia telah menyalahi sunnah mereka kerana tidak memberi kebebasan kepada kaum
Muslimin memilih pemimpin mereka sendiri.
Mu’awiyah memberi jawatan khalifah kepada keluarganya dan menjadikan
jawatan itu sebagai jawatan yang diwarisi secara turun temurun. Selain dari itu, dia juga melakukan
pemberontakan terhadap Khalifah Ali bin Ali Thalib r.a pada Perang Shiffin.
Imam
Mahmud pernah ditanya tentang peristiwa yang berlaku di antara Ali bin Abi
Thalib r.a dan Mu’awiyah bin Abu Sufyan, dan beliau menjawabnya dengan
membacakan ayat berikut :
“Itu
adalah umat yang lalu; baginya apa yang
telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak
akan diminta bertanggungjawab atas apa yang telah mereka kerjakan”
(Surah Al-Baqarah [2] : 134).16
Walau
bagaimanapun, terdapat berbagai catatan sejarah menulis tentang Mu’awiyah. Yang harus menjadi perhatian kita ialah usaha
dan tanggungjawab Mu’awiyah sebagai pemimpin dan ketua umat Islam.
0 komentar:
Posting Komentar