Apabila
memerhati tahun-tahun pertama politik Bani Umayyah, kita dapat melihat
perbezaan sistem pemerintah yang diterapkan oleh Bani Umayyah dengan yang
pernah diterapkan pada masa pemerintahan Khulafur Rasyidin, iaitu sistem
pemerintahan menjadi sistem kerajaan.
Perubahan sistem ini pernah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW, “Kekhalifahan
setelahku adalah tiga puluh tahun, kemudian akan menjadi kerajaan yang
menggigit…” (HR Ahmad dan Tirmidzi).
Dr.
Yusuf al-Qardhawi memetik pendapat Dr. Muhammad Quthb, tentang hadis di atas,
yang mengatakan :
“Memang
benar, tidak ada teks yang membatasi bentuk hukum dalam negara Islam. Teks hanya menjelaskan dua perkara penting :
majlis ulama, sebagaimana firman Allah dalam Surah Asy-Syuura, ayat 38 dan
berhukum pada syariat, seperti firman Allah dalam Surah Al-Ma’idah ayat 49”.
“Dan
juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut
perintah Tuhannya serta mendirikan solat dengan sempurna dan urusan mereka
dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya” (Surah Asy-Syuura [42] : 38).
“Dan
hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka,
dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang
telah diturunkan oleh Allah kepadamu” (Surah Al-Ma’idah [5] : 49).7
Lebih
lanjut lagi, Dr. Muhammad Quthb mengatakan, “Nas
tentang majlis ulama dan berhukum pada syariat dalam ayat-ayat di atas tidak
membatasi bentuk tertentu sebuah negara Islam. Ia boleh dilakukan dalam bentuk
khilafah, republik ataupun kerajaan.
Nas itu juga tidak menghadkan tempoh jawatan, sama ada seumur hidup
ataupun dalam had masa yang tertentu.
Oleh kerana itu, persoalan tentang bentuk pemerintahan dan masa jawatan
dalam syariat Islam termasuk dalam ijtihadiyah. Ada pun hadis yang disabdakan oleh
Rasulullah SAW itu dan terjadi pada masa Bani Umayyah adalah kerana sistem kekhalifahan yang berubah menjadi
sistem kerajaan pada masa Bani Umayyah telah menyebabkan berlakunya kezaliman
dalam kehidupan manusia.”8
Jadi,
menurut Dr. Muhammad Quthb dan disetujui oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi, yang harus
diteliti dari zaman pemerintahan Bani Umayyah ialah kadar perlaksanaan
kewajiban syariat dan kadar penyimpangannya, sesuai dengan apa yang
dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada mereka sebagai pemimpin kaum
Muslimin. Ia adalah kewajiban yang
mendatangkan ganjaran apabila ditunaikan dan menyebabkan dosa kalau dilanggar
ataupun ditinggalkan dan yang akan ditanya oleh Allah pada Hari Kiamat
kelak. Allah akan mengampuni dan
menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya.9
Dengan
kata lain, menurut Dr. Muhammad Quthb lagi, kita tidak boleh menilai
kekhalifahan Bani Umayyah, Bani Abbasiyah, Bani Utsmaniyah dan para pemimpin
kaum Muslimin lainnya dengan menggunakan kejayaan yang dicapai pada zaman
pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan pada
masa pemerintahan generasi pertama Khulafur Rasyidin sebagai standard
penilaian. Penilaian yang adil untuk
menilai pemerintahan Bani Umayyah dan pemimpin lainnya adalah menilainya dengan
jujur, sejauh mana kewajiban syariat sebagai pemimpin dan ketua kaum Muslimin
ditunaikan dan sejauh mana kadar penyimpangan dilakukan.10
Melakukan
penilaian dan penelitian secara jujur
bertepatan dengan perintah Allah seperti yang difirmankan-Nya :
“Wahai
orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa
menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana
Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat
kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya ataupun miskin (maka janganlah
kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan
kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh
itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari
keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada
menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam
akan apa yang kamu lakukan” (Surah An-Nisaa’ [4] : 135)
0 komentar:
Posting Komentar