Perluasan
wilayah berjalan dengan cepat. Seluruh
wilayah Afrika Utara, sebelah barat Mesir diduduki. Pada tahun 91 H / 710 M, pasukan tentera
Islam menyeberangi Selat Gibraltar dan memasuki Sepanyol dan kemudiannya
menyeberangi Pyrenees nda menyerang Caroligian Perancis. Di sebelah timur pula, buat kali pertamanya,
Islam masuk ke bumi India.29
Oleh
kerana terlalu sibuk mengurus negara, urusan keagamaan mula dilepaskan dari
tugas kekhalifahan, sehinggalah seorang khalifah tidak lagi perlu memiliki
kepakaran dalam bidang hukum agama ataupun fukaha. Ini berbeza dengan zaman pemerintahan
Rasulullah SAW dan Khulafur Rasyidin, di mana
kuasa keagamaan dan kuasa politik
berada dalam satu tangan. Bermula dari
pemerintahan Bani Umayyah, kedua-dua kuasa itu terpisah dan dipegang oleh dua
orang yang berlainan. Urusan agama
diserahkan kepada para ulama yang menguasai ketentuan-ketentuan agama (fikih),
manakala urusan politik pula diserahkan kepada para pemimpin (umara).
Walaupun
demikian, sebagai suatu pemerintahan di negara Islam, pemerintah masih lagi
memerlukan ulama, sama ada sebagai penasihat ataupun sebagai hakim. Pada masa pemerintahan Bani Umaayyah, pusat
penyelenggaraan pentadbiran berada di Damaskus, manakala kegiatan para ulama
yang pakar dalam hukum agama berada di Madinah. Untuk memenuhi keperluan pemimpin-pemimpin
yang tidak mahir dalam hukum agama, para ulama membentuk kerangka hukum di
daerah masing-masing, seperti yang terdapat di Madinah, Mekah dan Kufah.30
Bermula
dari pemerintahan Bani Umayyah, banyak buku-buku ditulis oleh para fukaha,
ahli-ahli sufi dan ahli-ahli falsafah yang menunjukkan perkembangan peradaban
Islam. Buku-buku yang ditulis itu
sebenarnya bersifat menyeluruh dan tidak membicarakan secara khusus tentang
sistem ekonomi. Dengan mengasingkan bahagian-bahagian
yang berkaitan dengan sistem ekonomi, kita dapat mengatakan pembentuk dasar
pertama pemikiran ekonomi ialah para fukaha (ahli hukum), kemudiannya para sufi
dan akhirnya ahli-ahli falsafah. Pada
mulanya, corak pemikiran mereka berasal dari orang yang berbeza, tetapi di
kemudian hari, semua pakar-pakar harus mempunyai asas pengetahuan dari ketiga-tiga disiplin itu.
Menurut
Dr. Muh. Zuhri, kitab al-Muwattha
ialah kitab fikih tertua yang pernah ditemui sesudah Al-Quran, dan boleh juga
disebut kitab hadis. Kitab ini
menggunakan kaedah sanad, sekaligus sebuah kitab hadis yang menggunakan sistem
fikih. Ramai penulis sejarah hadis
membuat kesimpulan yang Sunnah
pertama kalinya dibukukan apabila Khalifah
Umar bin Abdul Aziz r.a mengatakan kepentingan perkara itu kepada Ibnu Syihab
az-Zuhri.31
0 komentar:
Posting Komentar