Wilayah
Islam yang semakin luas sehingga mencapai hampir dua pertiga dunia dan diikuti
pula dengan perkembangan ilmu pengetahuan memberi kesan yang besar pada
perkembangan ekonomi pada masa itu. Satu
sistem ekonomi telah dikembangkan untuk mengatur semua kemajuan peradaban
tersebut. Di antara para khalifah Bani
Umayyah yang memberikan sumbangan bagi kemajuan ekonomi Islam ialah Mu’awiyah
bin Abu Sufyan (661-680 M), Abdul Malik bin Marwan bin Hakam (685-705 M), Al-Walid
bin Abdul Malik bin Marwan bin Hakam dan Umar bin Abdu Aziz (717-720 M).
Sumbangan
empat khalifah Bani Umayyah di atas dalam memajukan ekonomi tercatat dalam
sejarah seperti berikut :32
1.
Khalifah
Mu’awiyah mengeluarkan polisi untuk menetapkan bayaran gaji tetap kepada
tentera , mencetak wang, melakukan perkembangan birokrasi seperti fungsi
mengumpulkan cukai, fungsi pentadbiran, mendirikan pejabat-pejabat yang lengkap
dengan berbagai kemudahan. Di samping itu,
beliau juga melakukan pengawalan angkatan tentera perang dan mengembangkan
jawatan Qadhi (hakim) sebagai jawatan profesional.
- Khalifah
Abdul Malik bin Marwan bin Hakam pula banyak mengembangkan pemikiran yang
serius dalam hal penerbitan dan pengaturan wang dalam masyarakat
Islam. Perkara ini berlaku
disebabkan oleh permintaan pihak Rom yang mahu Khalifah Abdul Malik bin
Marwan menghapuskan kalimat Bismillahirrahmaanirrahiim
dari mata wangnya. Pada masa itu,
bangsa Rom mengimport dinar Islam dari Mesir. Akan tetapi, permintaan itu ditolak oleh
Khalifah Abdul Malik. Malah,
beliau mencetak mata wang Islam sendiri dengan kalimat Bismillahirrahmaanirrahiim pada
tahun 74 H (659 M) dan mengedarkannya ke seluruh wilayah Islam, dan
melarang penggunaan mata wang lain.
Dia juga menjatuhkan hukuman (ta’zir)
kepada sesiapa yang melakukan pencetakan mata wang di luar percetakan
negara. Selain daripada itu, dia
juga memperbaiki sistem pentadbiran pemerintahan dan menjadikan bahasa
Arab sebagai bahasa rasmi pentadbiran pemerintahan Islam.
3. Khalifah Al-Walid, putera Abdul Malik
bin Marwan bin Hakam, meneruskan kejayaan yang telah dicapai oleh bapanya,
dengan melakukan lebih banyak pembangunan.
Dia membina rumah-rumah untuk orang cacat. Semua pekerja yang terlibat dalam kegiatan
kemanusiaan diberi gaji tetap oleh negara.33 Khalifah Al-Walid membina jalan-jalan yang
menghubungkan satu daerah dengan daerah lainnya. Di samping itu, beliau juga membina
kilang-kilang, bangunan-bangunan pemerintahan dan masjid-masjid yang megah.
4. Khalifah Umar bin Abdul Aziz melakukan ishlah (reformasi) sepanjang
pemerintahannya - yang hanya berlangsung
selama 30 bulan – untuk semua perkara yang dianggapnya tidak sesuai dengan
ajaran Islam yang mulia. Dia memulakan ishlah itu dengan dirinya sendiri dan
juga kaum keluarganya. Kemudian barulah
diteruskan kepada masyarakat sehinggalah ke seluruh negara. Langkah
ishlah yang dilakukannya dicatat dalam sejarah seperti yang berikut :
Sebelum
menjadi khalifah, Umar bin Abdul Aziz terkenal dengan gaya hidup mewah dan suka
berpoya-poya. Setelah dilantik menjadi
khalifah, dia menjalani kehidupan yang soleh dan hanya mahu mengambil apa yang
menjadi haknya. Beliau juga menyerahkan
semua hartanya yang berlebihan kepada baitul mal dan hidup dalam kesederhanaan.
Harta
yang diserahkan itu termasuklah tanah-tanah kebun di Maghribi, berbagai
sumbangan yang diterimanya di Yamamah, Mukaedes, Jabar al-Wars, Yaman dan
Fadak. Dia juga menyerahkan cincin
berlian pemberian al-Walid. Sepanjang
pemerintahannya, dia tidak mengambil sesuatu pun dari baitul mal, termasuklah
pendapatan fai’ yang memang sudah
menjadi haknya.
Umar
bin Abdul Aziz menetapkan gaji para pekerja sebanyak 100 hingga 200 dinar. Mereka juga dilarang melakukan sebarang
pekerjaan sampingan. Dia juga melantik
pekerja berdasarkan ketakwaan dan sikap profesional mereka.
Semasa
dilantik menjadi khalifah, dia mengatakan bahawa melakukan perbaikan dan
meningkatkan kedudukan negeri yang berada dalam wilayah Islam adalah lebih baik
dari menambah perluasannya.34
Ini bererti dia memberi keutamaan kepada pembangunan dalam negeri. Dia juga menjaga hubungan baik dengan pihak
pembankang dan memberi hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain. Umar memiliki sifat melindungi dan
menumpukan perhatian dalam meningkatkan kemakmuran dan taraf hidup masyarakat
secara keseluruhan. Pada masa
pemerintahannya, dia memperkenalkan polisi ekonomi daerah dan juga memberi jaminan sosial kepada
masyarakat.
Kegiatan Ekonomi pada Masa Bani Umayyah
Mu’awiyah memberi gaji tetap kepada para
tentera, mencetak mata wang, mengawal angkatan tentera, dan menjadikan jawatan
Qadhi (hakim) sebagai jawatan profesional.
Abdul Malik bin Marwan bin Hakam
mengembangkan pemikiran yang serius dalam hal penerbitan dan pengaturan wang
dalam masyarakat Islam.
Al-Walid bin Abdul Malik bin Marwan bin
Hakam membina rumah-rumah untuk orang cacat, jalan-jalan yang menghubungkan
satu daerah dengan daerah yang lain, kilang-kilang, bangunan pemerintahan dan
juga masjid-masjid yang indah dan megah.
Umar bin Abdul Aziz melakukan reformasi
atas semua perkara yang dianggapnya tidak sesuai dengan ajaran Islam yang
mulia. Dia memulakan langkah ishlah itu dengan dirinya sendiri dan
diikuti dengan kaum keluarganya, kemudian masyarakat sehinggalah negara.
Daripada
semua perkara yang disebutkan di atas, perkara paling menonjol semasa
pemerintahan Umar bin Abdul Aziz ialah ‘kembalinya’ syariat Islam dengan segala
ketinggian dan kesempurnaannya untuk men-shibghah
(mewarnai) seluruh aspek kehidupan.
Inilah kejayaan yang berjaya diraih oleh seorang insan bernama Umar bin
Abdul Aziz. Dalam masa kurang dari 30
bulan, dia berjaya menyelesaikan segala masalah yang ada, untuk kemudian
bangkit membimbing masyarakatnya di atas landasan syariat Islam sehingga Allah
mengurniakan kepada pemerintahannya kemenangan dan keberkahan, sesuai dengan
janji Allah yang berbunyi :
“Jikalau
sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan
melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi…”
(Surah Al-A’raaf [7] : 96).
Menjadikan shibghah Allah sebagai warna kehidupan
– inilah yang menjadi rahsia kegemilangan pemerintahan Umar bin Abdul
Aziz. Dan ini jugalah yang melahirkan ijma’ kaum Muslimin untuk menetapkan
Khalifah Umar bin Abdul Aziz sebagai Khulafur Rasyidin kelima setelah Khalifah
Ali bin Abi Thalib r.a.
“Shibghah
Allah. Dan siapakah yang lebih baik
shibghahnya daripada Allah? Dan hanya
kepada-Nya-lah Kami mengabdi” (Surah Al-Baqarah [2] : 138).
0 komentar:
Posting Komentar