Categories

Lesson 6

Blog Archive

Follower

Statistik

Get Gifs at CodemySpace.com

SEJARAH SENI MUSIK PADA ZAMAN KERAJAAN MUGHAL


Semasa pemerintahan Islam,muzik di India terbahagi kepada dua iaitu tradisi muzik
Hindustan di utara dan tradisi muzik Karnatak di selatan. Penggubah muzik Hindustan
yang sangat mahir ialah Amir Khusrau .Ramai orang percaya bahawa dialah yang
mencipta sitar dan tabla. Sementara penggubah muzik Hindustan yang paling terkenal
ialah Tansen iaitu seorang vokalis dan pemain peralatan muzik di istana Akbar pada tahun
1500-an (Ensiklopedia Dunia. 2005 :218-219). Akbar memerintah India pada abad ke-16,
beliau seorang pemerintah yang menyukai muzik. Beliau melantik ramai ahli muzik yang
terkenal seperti Tan Sen, Nayak Baiju, Ram Das Raj Bahadur (raja dari Malwa) dan
Tantarang Khan. Di samping itu terdapat juga ahli muzik yang terkenal seperti Swami
Haridas dan Rani Roopmati. Akbar sendiri sudah biasa dengan nyanyian dan alat muzik.
Tan Sen merupakan seorang ahli muzik istana pada masa pemerintahan Akbar. Tan Sen
banyak mencipta rentak Raga yang baru seperti Miyan kee Todi, Miyan kee Malhar,
Miyan kee Sarang, Darbari, Lankdhan, Sarang dan Dhulia-malhar. Selain itu, terdapat
ramai lagi ahli muzik istana seperti Raja Man Tanwar dari Gwalior yang dianggap
pelopor kepada Dhrupad Gayan. Raja Man Tanwar menyukai rentak Shankirna ataupun
gaya yang kontemporari. Beliau juga dikatakan menyukai rentak Sankeeran seperti
Gujaree, Bahut Gujaree, Mal Guzari dan Mangal Gujaree. Beliau juga menghasilkan
empat buah buku berkaitan dengan muzik seperti Sarvado Uday Chandrovidaya, Raga

Mala, Raga Mangaree dan Nartan ataupun Nidayan.
Selepas kemangkatan Sultan Akbar pada tahun 1605, pemerintahan kerajaan
Mughal di ambil alih oleh anaknya, Jahangir. Beliau tidak begitu gemar dengan muzik
tidak seperti bapanya. Pada masa pemerintahan Jahangir, tidak ada aktiviti muzikal yang
diadakan . Walaupun demikian, terdapat juga ahli muzik yang terkenal pada masa
pemerintahan Jahangir seperti Jahangeerdad Chhatar Khan, Purvezad dan Khurram-dad
Makhu, Haurzard Belaokhan. Terdapat dua buah buku yang menceritakan tentang muzik
ialah Rag Bibodh yang ditulis oleh Pt.Somnath dari Rajmundri pada tahun 1609 dan
Sangeet Darpan yang dikarang oleh Pt. Damodar Mishra pada tahun 1625. Rag Bibodh
menceritakan tentang jenis-jenis rentak Veena dan cara dimainkan manakala Sangeet
Darpan menceritakan tentang sistem muzik orang India.
Pada abad ke-17, pemerintahan kerajaan Mughal di ambil alih oleh anak Jahangir
iaitu Shah Jahan. Beliau juga seorang pemerintah yang menyukai muzik dan seni suara.
Beliau menggemari lagu dalam bahasa Urdu yang banyak dipengaruhi dari irama Sufi
yang begitu mempesonakan. Beliau juga membenarkan lagu sufi dinyanyikan di dalam
aktiviti-aktiviti sebelah petang. Ahli muzik yang terkenal pada masa pemerintahan beliau
ialah Mahapatten, Jagannath ( telah menerima gelaran sebagai Kaviraj), Lal Khan dan
Dairang Khan (dikenali sebagai Gunsamudsa). Buku mengenai sistem muzik di India
telah diterbitkan pada masa pemerintahan Shah Jahan Sangget Parijat yang dikarang oleh
Pt. Ahobal. Kemudian, Sangeet Panjat, Sri Haridaya Narain Deva menulis dua buah buku
mengenai seni muzik. Buku tersebut berjudul Haridaya Kautuk dan Haridaya Prakash. Sri
Haridaya Narain memperkenalkan shuddha dan Vikrit swaras yang mempunyai
perbezaan pada panjang nada dari alat muzik yang bertali. Beliau juga menggunakan
shuddha thata mengikut Kaffee thata pada hari-hari persembahan muzik. Pada
pertengahan abad ke-17, kegemilangan seni muzik India semakin merosot. Pemerintah
Aurangzeb dan Mohammad begitu benci dengan persenbahan muzik dan menghalau
semua ahli muzik dari istana serta memberhentikan pertunjukan pentas. Mereka juga
menanam semua peralatan muzik ke dalam tanah agar muzik tidak akan dimainkan pada
masa akan datang (Ram.1980 : 20-21). Pada masa ini, muzik tidak lagi digemari oleh
golongan diraja. Walaubagaimana pun terdapat beberapa buah buku mengenai sejarah
muzik dan teori muzik telah ditulis pada masa ini. Salah sebuah buku yang terkenal ialah
Rag-darpan (The Mirror of Music) yang dikarang oleh Fakirullah (Saif Khan). Buku
tersebut adalah terjemahan kepada Man-Kauthal yang dikarang oleh Raja Man Singh dari
Gwalior di samping menambah beberapa pengetahuan yang di ambil dari sumber-sumber
rujukan lain (S.M.Ikram. 1964 : 252).
Dalam muzik India. Thata merupakan hasil yang dibunyikan dari 12 nada
daripada Octava. Thata adalah gabungan mana-mana dari tujuh nada Octava. Sistem
skala yang pertama diceritakan di dalam Rag Taranginiyang dikaran goleh seorang
penyair yang bernama Lochan. Terdapat 12 thata di dalam Rag Tarangini iaitu Bhairavi,
Tordi, Gauri, Karshat, Kedar, Yaman, Sarang, Megh, Dhanashri, Purvi, Mukhari dan
Deepak. Sangeet pula adalah hasil gabungan nyanyian, alat muzik dan tarian yang dibawa
masuk bersama-sama dengan penghasilan manusia sejagat yang merupakansesuatu yang
sangat perlu dalam kehidupan mereka. Ketika zaman purba, muzik India begitu tinggi
tahapnya dalam bidang mistik, falsafah dan saintifik. Ciptaan dan praktikal tersebut
disifatkan sebagai Divinities. Terdapat empat alat muzik India yang dimainkan iaitu Tata
Jati (alat muzik bertali), Vitata Jati (alat muzik bertali), Sushir Jati(alat tiupan) dan Ghana
Jati (alat muzik genderang). (Ram.1980 : 88-149).
Alat muzi kpurba India ialah drum dan gong. Alat muzik tersebut di kenali
sebagai genderang , mridangan di Selatan India yang dikatakan tidak berapa
berkembang. Mridangan boleh menghasilkan pelbagai jenis bunyi. Di sebelah utara, tabla
dan dua buah drum diambil daripada tabla Arab yang merupakan alat muzik yang
terpenting kepada muzik India hari ini. Alat muzik bertali seperti biola, petikan gitar
sejenis pancang( sebatang kayu atau tembaga yang digunakan untuk tunjuk pada hujung
yang ditolak ke dalam). Alat muzik yang paling ringkas adalah sebuah alat muzik bertali
iaitu ektara (alat yang berdengung). Alat muzik sitar pula terkenal di kalangan ahli muzik
klasik yang mana Ravi Shankar meniru dari sitar Parsi dan digunakan pada abad ke-13
dalam bidang syair. Sarod pula ditiru dari rebab Afghanistan sementara violin Barat
dikenali sebagai alat muzik klasik India. Alat muzik tiupan adalah terdiri daripada
seruling dan nadaswaran (satu keping kayu nipis yang pada hujungnya terdapat beberapa
alat muzik yang menghasilkan bunyi apabila ditiup) serta shehnai (Tadhika. 1994 : 91).
Category: 0 komentar

0 komentar:

Posting Komentar