Categories

Lesson 6

Blog Archive

Follower

Statistik

Get Gifs at CodemySpace.com

SEJARAH KESENIAN ISLAM ZAMAN ANDALUSIA (SPANYOL)


Pada masa ini mucul ramai penyanyi yang terkenal seperti Abu al-Hasan Ali bin Nafe’
atau lebih dikenali dengan gelaran “Bazriyab”. Pada asalnya beliau adalah seorang hamba
yang dibebaskan oleh Khalifah Muhammad al-Mahdi. Beliau telah belajar muzik dan
lagu daripada Ishak al-Mausili. Tetapi Ishak bimbang sekiranya Bazriyab dapat
mengatasinya lalu dibuat satu helah bagi mengusirnya dari kota Baghdad. Bazriyab
menuju ke kota Andalus dan beliau mendapat kedudukan di istana Amir Abdul Rahman.
Pada masa pemerintahan Amir Abdul Rahman, seni muzik dan seni suara begitu
berkembang luas di seluruh kawasan di Andalus. Ramai di kalangan pembesar yang
mahir memain alat muzik dan menyanyi. Ibrahim al-Mahdi adalah seorang ahli muzik
yang terkenal . Khalifah al-Wathiq pula pandai memetik gambus dan beliau telah
mencipta sebanyak seribu lagu. Begitu juga dengan Khalifah Mu’taz yang mempunyai
bakat dalam seni suara dan muzik . (Mahmood. 1971 : 172-173).
Alat-alat Muzik Zaman Andalus
a) oud dan gitar arab
ia merupakan salah satu alat muzik yang terkenal pada zaman Andalus, ketika
pemerintahan Islam di Andalus dan masih digunakan sehingga pihak Kristian
dapat menguasai Andalus dari tangan pihak Islam. Ia juga lebih dikenali kecapi di
Sepanyol. Kecapi sebenarnya berasal daripada frasa bahasa Arab iaitu al oud. Ia
juga berasal daripada perkataan Arabic Qitara. Kecapi merupakan satu alat muzik
yang berbentuk gitar yang mempunyai empat alat bertali. Dan juga merupakan
satu alat muzik yang penting di Eropah pada abad 12 dan ke 13 kerana ia
merupakan salah satu alat muzik yang terkenal dan amat dihormati dalam
mahkamah-mahkamah Diraja sepanjang Europe.
Category: 0 komentar

0 komentar:

Posting Komentar