Categories

Lesson 6

Blog Archive

Follower

Statistik

Get Gifs at CodemySpace.com

SEJARAH SENI MUSIK ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN USTHMANIYYAH


Kesenian muzik pada masa kerajaan Uthmaniyyah berkembang maju berkonsepkan
muzik tradisi. Pada masa itu muzik berkembang berdasarkan sifat-sifat yang tersendiri
bersumberkan budaya orang Turki yang tertumpu kepada tradisi muzik klasik. Dalam
pada itu, muzik Uthmaniyyah mempunyai gaya yang tersendiri yang mengandungi
unsure-unsur agama yang didominasi oleh Kerajaan Uthmaniyyah yang mana dipisahkan
agam dengan muzik dan sekali-sekala kedua-duanya digabungkan. Orang Eropah telah
menggariskan muzik Uthmaniyyah yang menonjol merangkumi empat perkara iaitu
peralatan muzik, Janissary atau muzik Mehter, penari perempuan dan bentuk pusingan.
Pierre Belon menggariskan tentang kecermelangan orang Turki bermain biola yang mana
biasa dimainkan berbanding di Eropah. Beliau juga menyebut tentang satu jenis seruling
termasuk dengan miskal (panpipes) yang mana gaya yang terkenal pada masa itu. Di
samping itu juga, Belon menitikberatkan mengenai keajaiban bunyi Miskal. Pengembara
Itali yang bernama Pietro Della Valle menceritakan dalam tahun 1614 bahawa sebuah alat
muzik dihasilkan daripada 14 atau 15 batang buluh yang mana pemain akan meniup
seruling menggunakan bibir ke kanan dan ke kiri(Amnon. 1995 : 90).
.

Warisan muzik pada masa kerajaan Uthmaniyyah di Turki terdiri daripada muzik
timur yang dibawa dari Greek melalui Byzantine, melepasi Tanah Arab dan kemudian
menuju ke Parsi. Muzik klasik pada masa kerajaan Uthmaniyyah merupakan
kesinambungan muzik orang Turki zaman dahulu. Muzik monoponik dan melankolik
Turki merupakan muzik bernada sedih dan nostalgik. Doric, Eolic dan Phrygian
merupakan gaya yang kerap terhasil daripada muzik Turki. Muzik klasik bernada rendah
yang berbeza-beza pada setiap frasa. Lagu popular orang Turki adalah lagu yang berunsur
cinta dan keberanian ataupun keperwiraan. Muzikal tradisi kerajaan Uthmaniyyah ialah
bard iaitu ozan, cogur dan ashik. Unsur-unsur Barat begitu banyak ditemui dalam muzik
Turki iaitu suatu yang aneh dari muzik. Ronart menceritakan, gabungan suara iaitu duet
di antara dua orang individu yang menyampaikan frasa melodi dengan diiringi alat
muzik.
Negara Turki dan rakyat negara itu menjadi kebiasaan dengan warisan muzikal
dan muzikal begitu berbeza di antara muzik Turki dengan syair iaitu yang berasal dari
Greek, Bulgaria dan Tanah Arab. Setiap bidang di negara Turki mempunyai muzik yang
tersendiri. Setiap bidang mempunyai lagu yang berbeza-beza dan muzik yang berbezabeza.
Sepertimana orang Turki menyanyikan diiringi dengan kopuz, penduduk Serbia
meggunakan alat muzik yang diberi nama guslar yang dimainkan secara berulang-ulang
bersama-sama dengan epik penceritaan diiringi dengan alat muzik gusle iaitu sebuah alat
muzik yang bertali yang berasal dari Asia Kecil barangkali dalam abad ke-11 (Wayne.
1965 : 76-77).
Tarian Mewlevis merupakan tarian yang terkenal pada masa pemerintahan
Uthmaniyyah. Tarian Mewlevis muncul pada abad ke-13 di Konya pusat pentadbiran
kerajaan Saljuk yang berdasarkan muzik ritual.
Category: 0 komentar

0 komentar:

Posting Komentar