Categories

Lesson 6

Blog Archive

Follower

Statistik

Get Gifs at CodemySpace.com

RASULULLAH MEMPERKENALKAN DIRINYA KEPADA QABILAH-QABILAH DAN PERMULAAN ANSAR MEMELUK ISLAM.


Di dalam musim haji ini, RasuluLlah cuba memperkenalkan dirinya kepada qabilah-qabilah yang
membanjiri Kota Makkah (Baitullah) dengan mengemukakan agama baru. Baginda membaca beberapa
ayat Al-Quran dan menyeru mereka supaya beriman dengan Tuhan yang satu, tetapi tidak seorang pun
yang menyahut seruanNya.
Ahli sejarah Ibnu Sa’d di dalam kitabnya menyebut begini:
“RasuluLlah mengikuti musim haji setiap tahun. Baginda bertemu dengan pengambil-pengambil haji di
rumah-rumah mereka samada di Ukkaz, Mijannah mahupun di Zil Majaz, meminta mereka memberi
sokongan dan perlindungan kepadaNya supaya dapat baginda menjalankan tugas dari Tuhan dan
ganjarannya ialah syurga dan Tuhan. Malangnya tidak ada seorangpun yang menerima permintaan
baginda. Baginda berseru: “Wahai sekalian manusia, berimanlah dan katakanlah sesungguhnya tidak ada
Tuhan hanya Allah, dengan ini nescaya kamu berjaya dan dengannya nescaya kamu akan menguasai
bangsa ‘Arab dan bangsa asing pun akan tunduk kepadamu, sekiranya kamu beriman maka kamulah raja
di dalam syurga”. Di masa itu juga Abu Lahab mengekori dan belakang membuat seruan balas yang
menyonsang dengan katanya: “Janganlah kamu ikutnya kerana ia sudah mendurhaka dan seorang
pendusta”. Oleh itu maka mereka menjawab seruan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan
sekotor-sekotor jawapan di samping menyakitinya.

Di dalam tahun kesebelas selepas pengutusanNya seperti biasa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam memperkenalkan dirinya kepada qabilah-qabilah luar. Ketika berada di suatu tempat bemama
“Al—’Aqabah” (letaknya di antara Makkah dan Mina. Di situlah dilakukan lontaran Jamrah Al ‘Aqabah),
Baginda telah sempat bertemu dengan beberapa orang dari puak Al Khazraj. Tanya bagmda: “Siapakah
kamu sekalian?” Jawab mereka: “Kami dari puak Al Khazraj.”
Tanya baginda: “Jiran orang-orang Yahudi?” Jawab mereka: “Ya.”
Kata baginda: Relakah duduk sebentar untuk ku bercakap sepatah dua.” Maka Baginda pun tidak
membuang masa menyeru mereka ke jalan Allah dan menyeru kepada agama Islam, di sampingnya
RasuluLlah pun membaca beberapa potong ayat Al Qur’an.
Fiqh Al-Sirah 1
89
Penghidupan mereka bersama-sama orang Yahudi telah merintis jalan ke arah penerimaan Islam
sebagai agama pegangan mereka. Seperti yang diketahui bahawa orang Yahudi ialah ahlil-kitab dan ahli
ilmu pengetahuan. Bilamana berlaku persengketaan di antara qabilah khazraj atau puak lain dengan
Yahudi maka orang-orang Yahudi mengugut dengan kata mereka: “Sudah tiba masanya seorang Rasul
akan diutus, di kala itu kami akan mengikut ajarannya dan bersama-sama akan kami hapus kamu sekalian
sepertimana terhapus dan fananya bangsa ‘Ad dan Iram’
Bilamana RasuluLlah memperkenalkan dirinya yang disusul dengan seruannya agar mereka
menganut agama Islam membawa mereka teringat kembali akan ugutan Yahudi itu.
Kata mereka: “Kamu ingat tidak, inilah Nabi yang disebut oleh orang Yahudi dahulu, jangan beri
peluang kepada Yahudi mendahului kamu”. Maka sekalian mereka pun menyahut seruan RasuluLlah.
Sambung mereka:
“Kami telah tinggalkan kaum bangsa kami di Madinah sana di dalam persengkitaan yang amat
sangat. Moga—moga dengan berkat tuan akan bertaut kembali kiambang yang bercerai. Sepulangan kami
nanti akan kami kemukakan agama ini kepada mereka. Andaikata Tuhan menyatukan kembali kami ini
maka tuan hambalah manusia teragung di kalangan kami.”
Merekapun bersurai dan sebelumnya mereka telah berjanji untuk berjumpa kembali di tahun akan
datang.
PERJANJIAN AL-’AQABAH YANG PERTAMA
Islam pun mula berkembang di Madinah di tahun tersebut. Seperti yang dijanjikan, sekumpulan orang
Ansar pun tiba seramai dua belas orang lelaki bertemu di Al—’Aqabah. Pertemuan ini dikenal dengan Al
Aqabah Al Ula atau “Aqabah Pertama”. Perjanjian pun dimetrikan seperti perjanjian wanita juga (di mana
artikel perjanjian kaum wanita adalah tidak mengenai soal peperangan dan jihad). Di antara mereka itu
ialah: As’ad bin Zurarah, Rafia’ bin Malik, ‘Ubadah bin Al-Samit dan Abu Al Haitham bin Al Tihan.
‘Ubadah bin Al-Samit menceritakan peristiwa ini: “RasuluLlah telah menyeru kami yang seramai
dua belas orang ini dengan katanya: “Marilah bersama berjanji dengan hamba dan jangan sekali-kali
mensyirikkan dan menyengutukan Allah. Jangan mencuri. Jangan berzina. Jangan membunuh anak-anak
kamu dan janganlah kamu mendurhaka perintah ku ini kerana hendak melakukan ‘kejahatan. Barangsiapa
menunaikan segala janji-janji tadi maka terimalah ganjaran istimewa dan Tuhan dan barangsiapa
melanggar garis-garis tadi kemudian dibalas di dunia ini maka itu adalah dendanya, dan barangsiapa
melanggar perjanjian tadi Tuhan melindunginya maka itu terserahlah kepada Allah, kalau kehendak
Tuhan hendak membalas atas perlanggaran itu maka itulah balasannya dan kalau kehendak Tuhan
mengampuninya kamu itu terserahlah kepada Allah jua”. Ubadah bin Al Samit menyambung lagi dengan
katanya:
“Kami sekalian pun mengiya dan berikrar akan demikian (patuh)”.
Ketika mereka hendak beredar dari situ Rasulullah mengirimkan bersama—sama mereka Mus’ab
bin Umair untuk mengajar mereka membaca Qur’an dan mengajar segala sesuatu mengenai Islam dan
untuk mematangkan mereka soal—soal agama. Beliau ini dikenal dengan “Muqri’ al Madinah” pembaca
al-Madinah.
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
Tidakkah kita perhatikan suasana yang dihadapi oleh RasuluLlah selama ini yang sudah berubah,
kesabaran telah membuahkan sesuatu, usaha-usaha telah mula mengeluarkan hasil, da’wah yang
diusahakan oleh RasuluLlah kini mula menghijau dengan ranting-ranting dahan dan batang-batang yang
subur akan mengeluarkan hasil dan perolehan yang lumayan.
Ya! Sebelum kita memperkatakan dengan lebih jauh lagi tentang hasil—hasil dan masa depan
yang gemilang ini, marilah kita bersama-sama sekali lagi merenung akan kesabaran yang paling pahit
dirasai oleh penghulu agung kita semasa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.
Di sini kita perhatikan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sewaktu menjalankan usaha
da’wahnya, bukan setakat menyeru kaum puaknya sahaja dan qabilah Quraisy yang menentang
Fiqh Al-Sirah 1
90
perjuangan baginda tetapi seruan da’wahnya menyeluruh kepada semua qabilah-qabilah yang
mengunjungi Kota Makkah dan penjuru-penjuru yang berasingan untuk mengerjakan haji. Baginda
memperkenalkan dirinya sebagai petunjuk di mana baginda menyeru mereka kepada agama dan ‘aqidah
tauhid, berulang alik ke sana ke mari, tetapi tidak ada siapa pun yang menyahut seruannya itu Imam
Ahmad, Hakim dan para ahli hadith yang lain meriwayatkan hadith sahih:
“Bahawa RasuluLlah SallaLlabu ‘alaihi Wasallam telah memperkenalkan dirinya kepada
pengunjung-pengunjung Makkah di musim-musim haji dengan katanya siapakah di antara kamu yang
sanggup membawa aku untuk bertemu dengan kabilahnya, di sini puak Quraisy telab melarang aku dan
menyampaikan firman dan seruan Tuhanku.”
Dalam masa sebelas tahun demi sesungguhnya RasuluLlah telah mengalami hidup dan
perjuangannya yang gigih tidak tahu letih dan penat lelah, di masa itu juga puak Quraisy begitu liar
matanya untuk memerhati gerak geri Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan mencari peluang
untuk membunuh baginda. Berbagai corak dan cara penyiksaan yang dahsyat telah dihempap ke atas
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan tujuan hendak melemahkan semangat perjuangan
baginda.
Dalam masa sebelas tahun RasuluLlah merantau dan berdagang di tengah-tengah kaum bangsanya
sendiri. Merantau di segenap puak dan bangsa yang melingkunginya, meskipun demikian sekali-kali tidak
akan melemahkan semangat perjuangan baginda dan sedikitpun tidak merunsingkan kepalanya atau
terlupa kepada TuhanNya.
Sebelas tahun dalam perjuangan tidak putus-putus dan kesabaran menuju ke jalan Allah
merupakan harga yang setimpal ke arah penyibaran dan perkembangan raksasa ke timur dan barat. Satu
demi satu empayar dan dinasti tewas dan gugur di hadapannya. Rom dan Parsi tersungkur menarik nafas
terakhir di bawah landasan dan badai arus perkembangan Islam yang agong.
Demikian nilai yang setimpal kepada perjuangan yang gigih, alangkah mudah dan gampang sekali
bagi Tuhan menegakkan sesebuah masyarakat Islam yang kukuh, tetapi bukan itu sunnah dan polisi
Tuhan dengan hambaNya. Biarlah berlaku penyembahan mereka kepada Tuhan mengikut selesa dan
pilihan masing-masing setelah berlaku dan terciptanya kehambaan mereka tanpa pilihan.
Tidak akan terlaksana penyembahan yang sebenar tanpa pengorbanan tenaga yang ikhlas, tidak
akan nampak yang jati dari yang palsu tanpa dugaan dan tidak akan timbul yang benar dan yang munafiq
tanpa sengsara dan percubaan. Memang tidak adil dan saksama untuk mendapat habuan tanpa
membelanjakan tenaga dan usaha masing-masing.
Untuk ini semua maka Tuhan telah mewajibkan manusia dua perkara:
1. Menegakkan syari’at Islam dan masyarakatnya.
2. Perjalanan ke matlamat tersebut adalah melalui liku liku jalan yang penuh dengan onak dan dugaan.
Kalaulah demikian rupanya marilah kita perhatikan sehalusnya tentang hasil yang mula
menampak selepas sebelas tahun dalam perjuangan berda’wah dan apakah sifat atau tabi’at dan cara
perkembangannya:—
(Pertama) Kejayaan yang diidamkan itu bukanlah dan pihak Quraisy tapi dan kelompok yang
jauh terpencil dan Makkah dan Quraisy, walaupun pergeseran dan permasyarakatan dahulu lebih rapat
dengan Quraisy. Apakah sebabnya hingga berlakunya sebegini rupa?
Sepertimana yang kita tegaskan di pendahuluan kitab ini bahawa sudah menjadi hikmat Ilahi agar
pengkaji dan penatap sejarah perjalanan da’wah Islamiyyah tidak merasa ragu—ragu dan syak wasangka
terhadap sifat dan sumbernya (yakni kebenaran). Dengan itu maka mudahlah orang beriman dengannya,
dan tidak akan berlaku kesasulan atau kekeiruan dengan da’wah-da’wah lain. Untuk demikian juga maka
RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam diutuskan dalam keadaan buta huruf, untuk demikian juga maka
seruan dan da’wah Muhammad SallaLlahu‘alaihi Wasallam timbul di tengah-tengah kalangan bangsa
yang buta kemajuan tak pernah merasa atau melihat dan mengambil kemajuan dan luar, untuk demikian
juga maka Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dijadikan contoh unggul untuk budi pekerti,
Fiqh Al-Sirah 1
91
amanah dan peribadi suci dan untuk demikian juga maka pengikut-pengikutnya yang pertama bukan dan
anak biah suasananya atau kaum bangsanya, supaya jangan disangka orang yang seruan Muhammad
Sallallahu ‘alaihi Wasallam mi adalah seruan kebangsaan dan kelompoknya semata—mata.
Sebenarnya inilah hikmat Ilahi yang telah memainkan peranan dan segenap segi, buat menjaga
seruan ini dan sebarang ancaman dan ugutan luar yang ingin menusuk dengan tikaman beracun.
Perkara ini pun telah dibentang oleh penyelidik luar dalam sebuah kitab berjodol “Dunia Islam di
hari ini”.
“Sesungguhnya pihak orientalis begitu gigih membuat kritik—kritik terhadap sirah RasuluLlah
mengikut sistem kajian Eropah, mereka bertungkus lumus selama tiga suku abad me nyelidik dan
mengkaji mengikut prasangka mereka demi untuk meroboh sama sekali pendapat yang telah dipersetujui
dengan sebulat suara oleh ‘ulama’ Islam mengenai sejarah Nabi mereka. Sepatutnya usaha mereka yang
begitu mendalam sudah lama telah meroboh benteng pendapat orang Islam itu, dan apakah memang dapat
mereka berbuat demikian? Sebagaijawapannya:
Dengan terang-terang, sedikitpun mereka tidak boleh berbuat apa-apa, malah kalau kita perhatikan
dengan teliti mengenai pendapat baru yang baru diproseskan oleh para onentalis. Perancis, Inggeris,
Jerman, Belgium dan Belanda tidak ada suatu apa pun, tidak lebih dan temukut bercampur hampa, tidak
memberi sebarang faedah, yang engkau dapati hanya tiap seorang dan mereka cuba menegaskan apa yang
telah dinafikan oleh yang lain.” (perhatikan kitab. ‘Hadzir al’alam al-Islami, Jiid pertama muka surat 33)
(Kedua) Ketika kita memerhati dengan teliti ternyata dengan jelas bahawa segala apa yang telah
kita paparkan tentang permulaan Islam untuk orang-orang Ansar di mana Tuhan telah menyediakan
suasana dan pengbidupan di Madinah untuk menenima da’wah Islamiyyah, sebenamya memang sudah
terdapat keselesaan dan persediaan jiwa untuk menerima Islam. Apakah tanda—tanda persediaan jiwa
itu?
Antaranya, Kota Madinah merupakan bandar kosmopolitan, terdapat bangsa Yahudi mendatang di
tengah-tengah rakyat bumiputera bangsa ‘Arab yang musyrik, bangsa ‘Arab ini pula terbahagi kepada dua
kelompok yang terbesar iaitu Al ‘Aus dan AJ—Khazraj.
Puak Yahudi yang mendatang pula terdiri dan tiga qabilah: Bani Quraidzah, Bani Al Nadzir dan
Bani Qainuqa’.
Bangsa Yahudi di Madinah ini telah begitu lama menghasut dan menyalakan api perpecahan dan
ini memang tabi’at semulajadi mereka di antara dua puak bumiputra (bangsa ‘Arab) ini. Peperangan
sering berlaka di antara dua puak ini. Pengarang kitab: “Mukhtasar Sirah Al—Rasul SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam”, Muhammad bin Abdul Wahhab menegaskan dengan katanya: Peperangan pernah berlarutan
memakan masa seratus dua puluh lima tahun.
Di dalam masa peperangan yang memanjang ini puak ‘Aus telah mengikat janji dengan Bani
Quraidzah dan puak Khazraj pula mengikat janji dengan Bani A1-Nadzir dan Bani Qairiuqa’.
Pertempuran yang terakhir berlaku di antara dua puak ini ialah pertempuran “Bu’uth” di mana sebilangan
besar pembesar-pembesar dan pemimpin mereka terkorban, pertempuran ini berlaku beberapa tahun
sebelum hijrah Al-Rasul ke Madinah.
Di dalam keadaan begitu andaikata berlaku peperangan di antara bangsa ‘Arab dan orang-orang
Yahudi maka orang Yahudi sering mengugut mereka dengan kata mereka:
“Bahawa seorang Rasul akan diutuskan Allah ke dunia ini dan masanya pun telahpun hampir tiba,
dan kami (orang-orang Yahudi) akan turut menjadi pengikutnya nanti, di masa itulah kami akan
hancurkan bangsa ‘Arab dengan pertolongan Nabi tadi bak terhancur keturunan ‘Ad dan Tram”.
Inilah suasana yang telah menggerak penduduk Madinah tertunggu-tunggu dengan kedatangan
seorang Nabi dan kelahiran suatu agama baru. Dengan penuh harapan mereka menanti-nanti suatu hari
kelompok bangsa ‘Arab kembali bersatu padu, bak pepatah bidok lalu kiambang bertaut.
Mengikut apa yang ditegaskan oleh Ibnu Qayyim dalam kitabnya “Zadul Ma’ad” sememangnya
inilah apa yang disediakan Allah untuk utusanNya sebagai persediaan untuk berhijrah ke Madinah dan
Fiqh Al-Sirah 1
92
hikmat Ilahi agar di sanalah menjadi tapak utama ke arab pelancaran dan perkembangan Islam ke merata
tempat di dunia ini.
(Ketiga) Di dalam perjanjian Al-’Aqabah yang pertama telah dapat diIslamkan beberapa orang
kenamaan Madinah, seperti yang kita perihalkan, dan sejauh manakah pengislaman mereka ini dan
apakah tanggungjawab mereka yang telah dipertanggungjawabkan terhadap Islam?
Seperti yang kita perhatikan bahawa Islam mereka ini bukan sekadar mengucapkan dua kalimah
syahadah sahaja. Sebaliknya keIslaman mereka ini adalah dengan suatu pegangan dan keyakinan yang
teguh, mendalam serta menyeluruh. Di samping mengucap dua kalimah syahadah mereka susuli pula
dengan perjanjian dan dimetrikan bersama dengan Rasulullah agar segala tingkah-laku mereka, dan
penghidupan seharian mereka mengikut Islam. Ada baiknya kita menyebut kembali prinsip-prinsip utama
dan piagam perjanjian mereka: kepercayaan kepada Tuhan yang Esa tanpa menyengutuiNya, tidak
mencuri tidak akan berzina, tidak membunuh anak sendiri, tidak melakukan kejahatan dan tidak
melanggar perintab Rasulullah dengan tujuan hendak melakukan kejahatan.
Inilah keistimewaan masyarakat Islam yang terpenting di mana diutusnya Rasulullah untuk
menegakkannya. Bukanlah tugas Rasulullah setakat mengajar manusia mengucap dua kalimah syahadah
kemudian tinggal mereka untuk mengucap-ngucapkannya sedangkan mereka tetap juga dengan kerjakerja
yang sesat dan perbuatan yang tidak senonoh lagi munkar. Sememangnya setiap yang
mempraktikkan dua kalimah syahadah, menghalalkan yang halal, mengharamkan yang haram dan yang
melaksanakan segala suruhan maka ianya dianggap Muslim. Mempercayai keEsaan Tuhan dan keRasulan
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam merupakan kunci dan langkah pertama ke arah pembentukan
masyarakat Islam, melaksanakan sistem dan prinsip-prinsip Islam dan beriman dengan kekuasaan Tuhan
dalam semua aspek. Dengan lain perkataan dapatlah dikatakan bahawa di mana sahaja terdapat keimanan
kepada Allah dan keRasulan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, maka keimanan itu akan diikuti
pula dengan kepercayaan dan keimanan kepada kekuasaan Allah disertai dengan perasaan mematuhi
segala syari’at dan dasarnya.
Yang ganjil sekali kita dapati masih terdapat beberapa kerat manusia yang begitu terpengaruh dan
dipengaruhi oleh undang-undang ciptaan manusia, dan mereka ini tidak pula mahu berterus-terus menolak
Islam ke tepi. Manusia-manusia ini berusaha hendak melakukan tolak-ansur kehendak manusia yang
bebas dengan syari’at Ilahi.
Usaha mereka ini ketara sekali dalam tindakan mereka membahagikan aspek hidup, sebahagian
untuk mereka dan sebahagian yang lain untuk Islam. Kata mereka; masjid dan segala sesuatu yang
bersangkut dengan penyembahan adalah untuk Islam. Itu pun kadang-kadang mereka memainkan tipu
helah supaya sesuai dengan kehendak mereka manakala sistem perundangan, peradaban dan lain-lainnya
adalah untuk mereka. Ini pun juga digubah, ditokok atau dibuang agar sesuai dengan kehendak mereka
juga.
Andaikata Rasul-rasul diutuskan kepada segolongan pendurhaka yang mengingkari keRasulan
Nabi dan mereka ketahui jalan penyelesaian kepada masalah mereka adalah dengan cara bertolak ansur
dengan Islam, maka sudah tentu mereka tidak akan teragak-agak untuk memeluk Islam dan tunduk di
bawah Nya. Seandainya tindakan mereka itu tidak memaksa mereka menarik diri dan takhta
pemerintahan yang sedia ada atau keta’atan mereka di bawah Islam itu tidak menjejaskan undang undang
atau peraturan ciptaan mereka. Apakah ruginya bagi mereka sekadar menyebut beberapa perkataan dan
beberapa kerja ‘ibadat untuk dilihat orang? Tetapi sebaliknya mereka sedar bahawa agama ini akan
mewajibkan mereka pertama-tamanya supaya tunduk dan patuh kepada suatu peraturan dan perintah lain,
iaitu Islam, secara menyeluruh di mana hukum syari’at dan perintah telah mensyaratkan untuk tunduk
hanya kepada Allah sahaja. Inilah sebabnya mereka mengganggu dan menentang RasuluLlah dan berat
bagi mereka untuk memeluk Islam sebagai menyambut baik seruan Allah itu.
Untuk menerang hakikat ini di samping memberi ingat tentang fahaman yang menuduh Islam itu
hanya sekadar dua kalimah syahadah dan sembahyang sahaja, Allah Subhanahu Wata’ala berfirman yang
bermaksud:
Fiqh Al-Sirah 1
93
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُواْ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاآَمُواْ إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُواْ أَن
( يَكْفُرُواْ بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُضِلَّهُمْ ضَلاَلاً بَعِيدًا ( 60
“Tidakkah kamu meihat orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang
diturunkan kepada kamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu. Mereka hendak
berhakim kepada taghut, pada hal mereka telah diperintah mengingkari taghut itu. Dan syaitan
bermaksud menyesatkan mereka (dengan) sesatan yang sejauh-jauhnya “.
(Surah Al-Nisa’ 4:60)
Kembali membincangkan tajuk perjanjian RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan orangorang
Madinah (orang Ansar di Al-’Aqabah Al-Ula) di mana artikel perjanjian tersebut langsung tidak
menyentuh tentang perjuangan ‘Jihad’ maka ini adalah disebabkan perintah tersebut belum lagi
diwajibkan di kala itu. Oleh kerana tidak wujud dan tidak disebut perjuangan jihad’ di dalam perjanjian
dengan orang dua belas ini maka ahli sirah menamakan perjanjian ini sebentuk dan serupa dengan
“perjanjian wanita”.
(Keempat) Tidak syak lagi bahawa Rasulullah yang memikul tanggungjawab berda’wah untuk
agama Allah. Bagidalah utusan untuk segenap golongan manusia, maka semestinyalah akan
disampaikannya da’wah Allah itu.
Timbul satu pertanyaan, apakah hubungan da’wah ini dengan mereka yang memeluk agama Islam
ini pula?
Satu jawapan sudah pun tersedia untuk pertanyaan demikian, iaitu dalam rangka pengutusan dan
pengiriman Mus’ab Umair oleh Rasulullah bersama-sama dua belas orang ke Madinah, untuk mengajar
orang-orang di sana mengenai Al Qur’an dan hukum—hakam agama. Dalam tugasnya ini ada kalanya
beliau pernah diserang oleh orang musyrik, mengangkat tombak mengancam jiwanya, tetapi tidak ada apa
yang dilakukan oleh Mus’ab untuk mempertahankan dirinya kecuali dengan membaca beberapa potong
ayat Al Qur’an serta menyebut beberapa hukum-hukum Islam. Dengan lemah seteru yang menyinga itu
meletakkan senjatanya dan terus mengikuti kuliah Islam yang diberikan oleh Mus’ab itu. Dengan itu
agama Islam pun mula berkembang dengan pesatnya di Madinah di mana agama Islam menjadi buah
mulut dan maudhu’ (tajuk) perbincangan hangat kepada setiap lapisan masyarakat.
Tahukah saudara siapakah Mus’ab bin Umair itu?
Ia adalah satu-satunya putera ‘Arab yang hidup dengan serba kemewahan, dengan pakaian yang
serba mahal. Tapi bila saja beliau menganut agama Islam maka segala—galanya ditolak ke tepi. Dengan
penuh semangat kelslaman beliau turut serta di barisan hadapan di belakang Rasulullah berda’wah dan
menyeru manusia ke jalan yang sebenar. Dengan relahati pula beliau menerima siksaan kaum Quraisy dan
beginilah keadaannya yang penuh dedikasi berkorban untuk Islam hingga ke titisan dan nafasnya yang
terakhir. Di dalam peperangan Uhud ditaqdirkan beliau telah gugur syahid. Dengan pakaian yang sehelai
ditubuh sahaja, baju labuhnya tidak mencukupi untuk menutup ‘aurat jenazahnya sehingga kalau ditutup
di bahagian kepalanya maka kakinya akan terjuntai keluar dan kalau ditarik ke kakinya maka kepalanya
pula akan terdedah. Akhirnya mereka menceritakan kepada Rasulullah. Rasulullah menangis, teringat
kembali betapa beliau sanggup menolak kemewahan duniawi semasa mudanya dahulu. Rasulullah pun
bersabda: “Litupilah bahagian kepalanya dengan baju labuhnya itu dan tutuplah dua kakinya dengan daun
kayu izkhur”.
Kewajipan berda’wah bukan tanggungjawab para Rasul dan Anbiya’ sahaja atau pun para khalifah
dan ‘ulama’ sahaja, tetapi da’wah Islamiyyah adalah sebahagian dari Islam itu sediri; tidak dapat tidak
setiap muslim berkewajipan menanggung kewajipan ini biar apa jawatan dan urusan yang
diselenggarakan kerana hakikat defakto Islam ialah:
“YANG MENYERU KE ARAH KEBAIKAN DAN MELARANG DARI KEMUNGKARAN”.
Bukankah anda lebih mengetahui yang mana perjuangan jihad adalah fardhu dan kewajipan yang
mesti dibeban oleh setiap muslim.
Fiqh Al-Sirah 1
94
Dan sini dapatlah difaham bahawa perkataan atau istilah ‘ahli agama’ yang terkenal di kalangan
masyarakat Islam untuk suatu gotongan tertentu itu adalah suatu pengertian yang salah kerana setiap yang
menganut agama Islam telah berjanji dengan Allah dan RasulNya untuk berjuang dan berjihad demi
agama Islam, lelaki maupun perempuan ‘alim mahupun jahil tidak kira apa pangkat dan bidang-kerja
ikhtisasnya’
Orang Islam kesemuanya adalah ahli agama belaka dan Tuhan menawar ‘syurga’ kepada mereka
yang sanggup menegakkan agama Allah dengan menggadaikan jiwa raga mereka dan harta kekayaan.
Memang menjadi pengetahuan umum bahawa bidang kerja ikhtisas para ‘ulama’ mengenai
masalah—masalah agama dan mengkaji hukum-hakam Islam yang tersirat di dalam nusus atau teks Al-
Qur’an dan hadith itu tidak ada kena mengena dengan perkara yang disebut di atas tadi.
Category: 0 komentar

0 komentar:

Posting Komentar