A. Pengantar
Apa yang sekarang dikenali secara umum sebagai
kebangkitan ekonomi Islam, sesungguhnya telah bermula sejak tahun tiga puluhan
lagi. Islam juga telah memberi
sumbangan yang tidak terkira pada masa-masa akhir era kolonial pada awal tahun
enam puluhan. Seterusnya, setelah
memperolehi kemerdekaan politik, pengurusan ekonomi kembali ke tangan
pribumi. Perkara ini menyebabkan
perhatian yang lebih besar diarahkan
kepada perintah Islam yang berkaitan dengan ilmu ekonomi.
Sebenarnya,
jauh sebelum itu, dalam berbagai tulisan tentang falsafah ekonomi Islam, di
samping menegaskan tentang keunggulan sistem ekonomi Islam berbanding sistem
kapitalis dan sosialis, dasar untuk suatu pendekatan Islam terhadap ilmu
ekonomi sudah pun diletakkan.
Lembaga
moden yang ada pada ketika itu, seperti perbankan, insuran, modal bersama,
pasaran modal dan cukai progresif masih lagi perlu dibahaskan. Dalam beberapa hal, yang contohnya tidak sah
berdasarkan syariah, suatu kajian untuk
mencari alternatif penggantinya haruslah dilakukan. Sebagai hasilnya, ramai ahli-ahli hukum dan
ilmuwan sosial melahirkan sejumlah karya yang menjadi pendorong lebih lanjut
bagi ahli ekonomi Muslim untuk turut memberi sumbangan dalam membahaskan masalah-masalah
berkaitan yang lebih luas.
Beberapa
tema pembahasan seperti sifat dasar dari ekonomi perusahaan, kepemilikan,
ekonomi pengeluaran dan pembangunan ekonomi telah pun dibincangkan secara
terperinci dalam sistem ekonomi Islam.
Sistem ekonomi Islam juga memberi perhatian besar pada pembahasan
tentang kewangan negara, khususnya masalah zakat, ushr, keselamatan, sosial, hubungan sosial dan perbankan tanpa
bunga.
Seiring
dengan maraknya penelitian dan kajian yang dibuat tentang sistem ekonomi Islam,
muncul pula kritik-kritik terhadap teori dan sistem ekonomi kontemporari. Sepanjang tahun enam puluhan dan tujuh
puluhan, beberapa ahli ekonomi telah menghasilkan suatu karya analisis yang
membincangkan tentang berbagai permasalahan ekonomi, di antaranya ialah tentang
penggunaan, pengeluaran, pertukaran, berkongsi hasil, zakat, dan pengaruh dari
penghapusan bunga.
Tulisan-tulisan
tersebut boleh dianggap sebagai mengumumkan kelahiran dari apa yang sekarang
dianggap disiplin baru, iaitu ‘Ilmu
Ekonomi Islami’. Perkembangan tentang
Pemikiran Ekonomi Islam ini kemudiannya dibahaskan dalam satu tinjauan konomi
Islam di hadapan Persidangan Antarabangsa Pertama tentang Ekonomi Islam yang
diadakan di Mekah Mukkaramah pda bulan Februari 1976.
Persidangan
ini telah mengantarkan pemikiran ekonomi Islam ke suatu era baru dengan
membawanya kepada kalangan akademik Muslim.
Seiring dengan itu, lahir pula dorongan besar untuk memulakan sebuah
lembaga kewangan Islam. Dimulakan dengan
pembentukan dua lembaga pada malam persidangan itu juga, iaitu pembentukan Islamic Development Bank di Jeddah dan Dubai Islamic Bank. Saat ini, umat Islam mempunyai lebih
daripada 60 lembaga kewangan Islam.
Perkembangan ketara lainnya berlaku di dua buah negara iaitu di Pakistan
dan Iran, yang mengubah sistem perbankannya di tahap nasional dan menjadikannya
sistem perbankan tanpa bunga. Sementara
itu, Sudan juga sedang menyusul ke arah yang sama, walaupun prosesnya agak
lambat.
Berputarnya
roda gerakan pendirian lembaga kewangan Islam telah membuat para peneliti ekonomi
dan hukum tergerak untuk mengkaji berbagai perkara yang berhubung dengan teknik
operasi lembaga-lembaga itu. Akan
tetapi, yang lebih penting ialah kuatnya usaha yang dilakukan oleh para pejuang
ekonomi Islam saat ini, untuk menangkap suatu pandangan dari sistem ekonomi
Islam secara keseluruhan, khususnya dalam rangka analisis makro ekonomi
konvensional.
Sementara
itu, sebagai sebuah disiplin ilmu tersendiri, ilmu ekonomi Islam ketika ini
telah banyak diajar di pusat pengajian tinggi.
Malah ada di antaranya menjadikan kajian pemikiran ekonomi Islam sebagai
bahan disertasi ijazah kedoktoran.
Selain dari itu, terdapat lebih kurang enam lembaga penelitian yang
secara khusus mengkaji ilmu ekonomi Islam dan lebih banyak lagi usaha diarahkan
untuk membahas semula pelajaran ilmu ekonomi dalam perspektif Islam.
0 komentar:
Posting Komentar