Menampilkan
pemikiran ekonomi para cendekiawan Muslima terkemuka pasti akan memberi
sumbangan positif untuk umat Islam, setidak-tidaknya dalam dua perkara
berikut : Pertama, membantu menemui
berbagai sumber pemikiran ekonomi Islam kontemporari. Kedua, mewujudkan kemungkinn kepada kita
untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang perjalanan pemikiran
ekonomi Islam selama ini. Kedua-dua
perkara itu akan memperkayakan ekonomi Islam kontemporari dan membuka jangkauan
lebih luas bagi penyusunan konsep dan pelaksanaannya. Kajian terhadap perkembangan sejarah ekonomi
Islam merupakan ujian-ujian empirik yang diperlukan bagi setiap gagasan
ekonomi.1
Perkara
yang perlu diperhatikan dari pemikiran para cendekiawan Muslim ini, seperti
yang disebutkan oleh Chapra, ialah mereka menganggap kesejahteraan umat manusia
adalah hasil akhir dari hubungan jangka panjang di antara beberapa faktor ekonomi dengan faktor-faktor
lain seperti moral, sosial, demorafi dan politik. Semua faktor itu berpadu menjadi satu
sehingga tidak ada satu faktor pun yang dapat memberi sumbangan optimum tanpa
sokongan faktor yang lain.2
Berikut
ialah beberapa sumbangan pemikiran cendekiawan Muslim dalam membahaskan
berbagai persoalan ekonomi :
1. Sistem Ekonomi : Laissez Faire dan Campur Tangan
Pemerintah
Ibnul Qayyim (1292-1350 M) mengakui pemilikan peribadi dan kebebasan
kegiatan ekonomi, tetapi mesti dijalankan dalam batas norma dan nilai-nilai
Islam. Walaupun kekayaan peribadi
diakui, pemerintah boleh campur tangan demi kepentingan masyarakat. Malah pemerintah juga boleh mengambil alih
kekayaan ataupun aset peribadi itu apabila diperlukan, untuk kepentingan
masyarakat. Namun, orang yang harta
peribadinya diambil itu harus diberi ganti rugi yang memadai. Seperti Ibnul Qayyim, Ibnu Taimiyyah
(1263-1328 M) juga mengakui kekayaan peribadi walaupun dapat dibatalkan oleh
pemerintah. Manakala, Syathibi pula
mengakui hak milik individu, tetapi dia menolak kepemilikan individu atas
sumber daya yang dapat memenuhi keperluan orang ramai. Contohnya, dia mengatakan air bukanlah objek
kepemilikan dan penggunaannya tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun.
Ibnu Taimiyyah juga mengakui kebebasan
pergerakan maklumat yang memadai dalam operasi pasaran. Menurutnya, harga harus ditentukan oleh
kekuatan pasaran dan apabila berlaku kenaikan harga semu, pemerintah dapat
memperbaikinya.
Ibnu
Taimiyyah bersetuju dengan ekonomi bebas yang ditetapkan oleh kepentingan
masyarakat dan ditentukan oleh norma-norma Islam. Ibnu Taimiyyah menempatkan kepentingan
masyarakat di tahap yang lebih tinggi
daripada kepentingan peribadi, walaupun dia memilih tindakan di antara kebebasan
penuh dan pengawasan penuh.
Ramai
penulis-penulis sebelumnya yang berpendapat perlunya ada pengawasan pemerintah
terhadap kegiatan ekonomi untuk memastikan agar ia sesuai dengan norma-norma
syariah dan tidak melanggar kepentingan masyarakat. Lembaga hisbah
telah dicadangkan untuk melaksanakan fungsi ini. Hisbah
merupakan lembaga yang unik untuk mengawasi kegiatan ekonomi dari pelaku
ekonomi, termasuklah pengeluar dan pedagang.
Di dunia moden, sebahagian fungsi lembaga hisbah ini telah diletakkan dalam kementerian dan jabatan yang
berbeza.
2. Teori Harga
Teori
harga dalam analisis ekonomi makro boleh didapati dalam tulisan Ibnu
Taimiyyah. Perbincangan secara
terperinci tentang kawalan harga juga turut dianalisis oleh Ibnu
Taimiyyah. Dia mengkaji bagaimana
harga-harga di pasaran ditentukan oleh kekuatan permintaan dan penawaran. Menurutnya lagi, harga-harga naik kerana
kekurangan bekalan barang-barang yang diperlukan dan juga disebabkan oleh
tingginya pendapatan penduduk.
Kekurangan bekalan barang bergerak ke kiri lengkok penawaran sehingga
berlaku kenaikan harga kerana kenaikan pendapatan juga menyebabkan kenaikan
harga. Gagasan pergerakan dengan
pergeseran lengkok penawaran dan permintaan juga termasuk dalam analisis Ibnu
Taimiyyah.
Ibnu
Taimiyyah juga ada membincangkan tentang persoalan struktur pasaran. Dia membahaskan tentang monopoli dan amalan
monopoli yang mengurangkan bekalan barang dan perkhidmatan. Beliau menentang keras amalan monopoli ini
dan menyokong struktur pasaran bersaing untuk menjamin harga yang adil untuk
rakyat.
Ibnu
Taimiyyah memperkenalkan satu konsep ‘harga seimbang’ yang didefinisikan
sebagai harga yang ditentukan oleh kekuatan dalam struktur pasaran yang
bersaing, tanpa ada paksaan, penipuan, tindakan monopoli, penimbunan dan amalan
rasuah lainnya, iaitu suatu harga yang dapat diterima oleh kedua-dua belah
pihak yang berurusniaga. Harga-harga
lainnya yang muncul dari pasaran yang tidak sempurna, akan mempengaruhi kesejahteraan
rakyat. Oleh kerana itu, ia memerlukan
campur tangan pemerintah dan kalau perlu, pengawalan harga mesti dilakukan.
Harus
dicatat di sini, yang Ibnu Taimiyyah tidak pernah menggunakan istilah
persaingan (konsep yang muncul pada akhir evolusi pemikiran ekonomi) ataupun menjelaskan keadaan dari persaingan
sempurna dalam istilah kontemporari.
Oleh kerana itu, dia kemudiannya menulis bahawa memaksa orang menjual
berbagai benda yang tidak boleh dijual ataupun melarang orang menjual barang
yang boleh dijual, adalah tidak adil dan melanggar hukum.3
Dalam
istilah kontemporari, perkara ini dengan jelasnya merujuk pada kebebasan penuh
untuk masuk ataupun keluar dari pasaran.
Lebih jauh lagi, Ibnu Taimiyyah juga mengkritik pakatan sulit yang
berlaku di antara pembeli dan penjual.4 Beliau menyokong keseragaman dan penstandardan produk dan
melarang pemalsuan produk serta penipuan dalam pembungkusan barang yang dijual.5 Penekanannya terhadap pasaran dan komoditi,
seperti juga kontrak jual-beli, bergantung pada lesen, dan lesen memerlukan
pengetahuan dan pemahaman.6
Dalam
analisis Ibnu Taimiyyah, penetapan
harga-harga juga diserahkan pada kekuatan pasaran, iaitu kekuatan permintaan
dan penawaran selagi ketidaksempurnaan, herotan, dan tindakan monopoli tidak
mengganggu kepentingan rakyat.
Sekiranya perkara-perkara itu berlaku, dia menyarankan agar pemerintah
campur tangan untuk memperbaiki harga pasaran.
Ibnul
Qayyim dan Ibnu Taimiyyah memperlakukan sama baik komoditi dan faktor pasaran
dalam hubungannya dengan penetapan harga.
3. Ekonomi Kewangan
Beberapa
orang pemikir ekonomi Islam pada abad permulaan telah membicarakan tentang
persoalan wang dan ekonomi kewangan.
Sebagai contoh, Ibnu Miskawaih
(1030 M) membincangkan tentang pertukaran
yang berkaitan dengan fungsi wang sebagai media pertukaran. Dia juga membincangkan tentang standard emas.
Al-Ghazali (1058-1111 M) pula
membahaskan tentang wang dan fungsinya.
Dia menganalisis dua fungsi penting wang, iaitu sebagai media pertukaran
dan sebagai standard nilai. Suatu
pendapat yang penting dari al-Ghazali ialah dia mengatakan yang fungsi-fungsi
wang akan terganggu kalau orang memerlukan wang itu demi wang itu sendiri.
Pada
abad ke-14, Taqiyuddin Ahmad al-Maqrizi,
menemui suatu fenomena di Mesir dan menganalisisnya dan menjadikannya satu
hukum. Dia mengatakan wang yang tidak
elok akan mendorong hilangnya wang yang elok kerana orang lebih cenderung
menggunakan wang yang tidak elok untuk urus niaga dan menyimpan wang yang baik.
Jadi, wang yang baik akan hilang dari pasaran. Hukum ini kemudiannya dikenali pada abad
ke-19 sebagai Hukum Gresham, sempena nama penemunya pada abad itu, iaitu Thomas
Gresham.
Pada abad ke-14, Taqiyuddin Ahmad al-Maqrizi, menemui suatu fenomena di Mesir dan
menganalisisnya dan menjadikannya satu hukum.
Dia mengatakan wang yang tidak elok akan mendorong hilangnya wang yang
elok kerana orang lebih cenderung menggunakan wang yang tidak elok untuk urus
niaga dan menyimpan wang yang
baik. Jadi, wang yang baik akan hilang
dari pasaran. Hukum ini kemudiannya
dikenali pada abad ke-19 sebagai Hukum Gresham, sempena nama penemunya pada
abad itu, iaitu Thomas Gresham.
Al-Maqrizi juga mengemukakan standard emas –
lebih khusus lagi emas dan perak dalam bentuk jongkong – walaupun dia mengakui
keperluan menggunakan wang dalam bentuk lain.
Beliau juga mengaitkan bekalan duit dengan tahap inflasi (kenaikan
harga-harga), di mana berabad-abad kemudian, gagasan ini diterangkan dalam suatu teori yang disebut
Teori Kuantiti Wang (Quantiti Theory of
Money) dalam aliran klasik.
Manakala
Ibnu Taimiyyah pula menyebut dua fungsi wang iaitu sebagai alat pengukur nilai (measurement of value) dan media
pertukaran (medium of exchange) dalam
tulisannya tentang ciri-ciri wang.
Beliau mengatakan, “Atsman
(harga ataupun sesuatu dibayarkan sebagai harga, iaitu wang) dimaksudkan
sebagai pengukur nilai barang-barang (mi’yarul
amwal), di mana dengannya jumlah nilai barang-barang (maqadirul amwal) boleh diketahui, dan wang tidak dimaksudkan untuk
mereka sendiri saja.”7
4. Kewangan Negara
Para
pemikir Muslim pada abad permulaan telah pun membahaskan tentang dua dimensi
kewangan negara, iaitu pendapatan negara dan pengeluaran negara. Beberapa orang di antara mereka menganalisis
pendapatan negara dari sumber cukai dan persoalan yang berkaitan. Sebagai contoh, Abu Yusuf (731-788 M) menganjurkan sejenis cukai tetap yang
dipungut terhadap tanah, dengan alasan petani sudah memperoleh pendapatan yang
lebih besar dan tanah yang diusahakannya juga sudah semakin luas. Dia menganjurkan agar prinsip keadilan dan
kewajaran dalam pencukaian dilaksanakan.
Berkaitan
dengan pengeluaran negara, Abu Yusuf menyediakan garis panduan untuk
perbelanjaan pembangunan, termasuklah untuk projek-projek saliran, sistem
pengangkutan, jambatan dan sebagainya.
Dalam hubungan ini, dia menekankan kod moral Islam untuk pemerintah
dalam menangani dana masyarakat.
Menurutnya lagi, dana ini ialah suatu amanah dari Allah yang akan dipertanggungjawabkan
nanti, jadi pemerintah mestilah memperlakukannya mengikut hukum dan syariah.
Abu Ubaid (838 M), Mawardi (1058 M) dan
ramai lagi yang membahaskan tentang sumber pendapatan negara, norma-norma
pemungutannya dan nilai-nilai Islam untuk pengeluarannya.
Abu Bakr at-Tartusi pula memperkenalkan
konsep kemampuan membayar dalam prinsip cukai.
Dia mengatakan cukai harus dikenakan hanya pada kelebihan pendapatan,
setelah memenuhi semua keperluan dasar kerana orang-orang yang tidak mempunyai
pendapatan berlebihan tidak akan mampu membayar cukai. Secara jelas, tersirat suatu gagasan tentang
batas minimum pendapatan yang dikenakan cukai iaitu semua pendapatan di bawah
batas minimum ini tidak dikenakan cukai, dan secara halusnya, ia merupakan
benih dari pendekatan kemampuan membayar cukai pada prinsip percukaian.
Abu
Bakr at-Tartusi juga menekankan kepentingan keadilan dan kebajikan dalam
pengenaan cukai, tanpa melakukan tekanan, ketidakadilan dan menyulitkan
pembayar cukai. Dalam hal pinjaman
masyarakat, al-Ghazali (1058-1404 M) melihat kemungkinan yang perkara ini boleh
dibenarkan, apabila pendapatan biasa lainnya tidak cukup untuk memenuhi
keperluan pengeluaran untuk tujuan pertahanan dan lain-lain.
Ibnu
Taimiyyah menegaskan, dalam rangka tugas negara mencipta kesejahteraan bagi
rakyat, negara harus melakukan berbagai
usaha untuk mengumpulkan dana bagi pembangunan masyarakat. Namun, Ibnu Taimiyyah tidak setuju dengan
pungutan cukai yang tidak berdasarkan pada syariah kerana dia melihat yang perkara itu banyak
diselewengkan. Berdasarkan Al-Quran dan
Hadis, beliau berpendapat ada tiga jenis pendapatan negara yang sesuai dengan
syariah, iaitu ghanimah, zakat dan fai’.
Ibnu
Taimiyyah selalu menegaskan agar negara
berhati-hati ketika mengambil dana dari rakyat dan berjimat cermat
membelanjakannya. Namun, beliau tidak
menafikan sebarang kemungkinan terdapatnya kewajiban pembayaran lain selain
dari zakat ke atas orang-orang Muslim.
Dia mengatakan, “Rakyat harus
bekerjasama, saling bantu-membantu untuk memenuhi keperluan dasar mereka, iaitu
makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Manakala negara pula bertanggungjawab memastikan keperluan-keperluan ini
sentiasa ada. Jadi, negara boleh memaksa
rakyat.” Apabila pendapatan biasa
negara tidak cukup untuk memenuhi keperluan rakyat yang semakin meningkat,
kutipan cukai baru harus dipertimbangkan.
Ibnu Khaldun (1332-1404 M) menyediakan
analisis positif atas pengaruh cukai ke atas upaya kerja. Dia berpendapat, upaya kerja akan dipengaruhi
oleh pengenaan cukai. Cukai yang tinggi
akan mengakibatkan penurunan pengeluaran dan penurunan jumlah penduduk (kerana
perpindahan penduduk). Perkara ini
membuatkan pungutan pajak berkurangan kerana berkurangnya asas cukai. Dia menganjurkan sebuah polisi pengurusan
permintaan dalam bentuk cukai yang rendah dan pengeluaran pemerintah yang
tingggi semasa berlakunya kemerosotan ekonomi.
Suatu gagasan yang dipercayai muncul pada sekitar pertengahan abad ke-20
dan dikenali sebagai Teori Umum Keynes.
Al-Maqrizi (1364-1442 H) pula
menganalisis persoalan beban cukai.
Kalau cukai tidak ditangani dengan cekap, beban cukai akan dialihkan
kepada pengguna, padahal ia harus ditanggung oleh pengeluar dan pengusaha dari
keuntungan yang diperolehi. Ini
mengakibatkan penurunan permintaan untuk barang-barang tertentu kerana harga
penyesuaian cukai yang tinggi. Ini
kemudiannya mempengaruhi bekalan dan akhirnya mempengaruhi kegiatan ekonomi
secara keseluruhannya.
Pada
pengeluaran pemerintah, al-Maqrizi menekankan pembangunan dan penyediaan dana
untuk infrastruktur fizikal dan komoditi masyarakat dan juga subsidi untuk
keperluan asas manusia.
Al-Maqrizi
menganalisis anggaran, penyusunan anggaran – termasuklah pengumpulan data latar
belakang yang diperlukan. Dia juga
membahaskan tentang masalah anggaran lainnya, termasuklah persoalan yang berkaitan
dengan fungsi majlis daerah. Selain dari
itu, al-Maqrizi juga membahaskan tentang masalah-masalah yang berhubungan
dengan penerapan, pengawasan dan pengendalian oleh lembaga-lembaga seperti
Dewan al-Muhasabah dan dewan untuk penyiasatan.
5. Pembangunan Ekonomi
Kebanyakan
para penulis Islam menekankan tentang kejayaan ekonomi dalam norma-norma Islam
demi kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Dia memberi contoh tentang keuntungan dari kemakmuran dengan
mengibaratkan seseorang memperolehi kehidupan bercirikan Islam yang baik,
dengan menjalankan segala kewajiban seorang Muslim, termauklah haji, jihad,
zakat (Ibnul Qayyim), menuju
kekuatan nasional, pertahanan dan kestabilan nasional (at-Tartusi).
At-Tartusi merujuk pada sebuah fenomena
yang dihadapi dunia masa kini iaitu
ketinggalan ekonomi akan
menimbulkan ketidakstabilan politik, pertahanan nasional yang lemah, dominasi
ekonomi politik oleh negara-negara yang lebih kuat. Sebaliknya,
ekonomi yang kuat akan menyebabkan kekuatan politik, pengelolaan,
dominasi dan keselamatan luaran sesebuah negara. Buah pikiran intelektual at-Tartusi jelas
menggambarkan fenomena ini, sehingga dia menganjurkan kepada semua orang Islam
supaya mencapai kemajuan ekonomi yang berteraskan nilai-nilai Islam.
Ibnul Qayyim banyak memberi penekanan
pada pembangunan pertanian. Penekanan
in berdasarkan pada fakta yang mengatakan ada pemilik tanah yang tidak dapat
mengusahakan tanahnya dan juga ada juga orang yang mempu dan bersedia mengusahakan
tanah tetapi tidak memiliki tanah.
Berkaitan dengan masalah ini, Ibnul Qayyim menyokong peraturan
pembahagian hasil tanah. Beliau
berpendapat adalah adil jika satu pihak menyediakan tanah dan pihak yang lain
mengusahakannya dengan perjanjian berkongsi hasil tanaman mengikut kata
sepakat.
Ibnu Taimiyyah (1263-1328 M) menekankan
yang setiap orang harus mendapat jaminan taraf hidup minimum agar dia dapat melaksanakan
tanggungjawabnya kepada keluarga, orang lain dan juga pada Pencipta-nya. Dia memberikan satu status keagamaan pada
kegiatan ekonomi yang menjurus kepada pembangunan ekonomi, dengan mengatakan
bahwa pertanian, industri, dan kegiatan perdagangan yang diperlukan untuk
memenuhi keperluan dasar manusia adalah fardu
kifayah.
Satu
perkara yang menjadi sumbangan penting dalam masalah ini adalah penekanan
tanggungjawab kepada pemerintah untuk menjamin agar keperluan dasar bagi semua
orang dipenuhi.
Pendekatan
keperluan asa merupakan suatu perkembangan terakhir dalam pembahasan tentang
pembangunan ekonomi. Namun demikian, Ibnu Hazm telah pun membahaskan masalah
keperluan dasar ini pada abad ke-11 (994-1064 H). Dia berpendapat keperluan dasar meliputi
makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.
Ibnu Hazm mengatakan yang pemerintah bertanggungjawab menjamin keperluan
dasar orang miskin dipenuh dan dia juga memberi penekanan pada peranan orang
kaya dalam persoalan ini.
Shah Waliyullah (1703-1762 M) pula
menganalisis pengaruh dari taburan pendapatan yang tidak seimbang dan
stabil. Dia berpendapat tumpuan pendapatan
ke arah pengeluaran barang-barang mewah dalam masyarakat boleh menimbulkan
suatu bentuk pengeluaran yang tidak dikehendaki secara sosial dan hanya akan
menambahkan penderitaan golongan miskin.
6. Sistem Pendamaian Sosial
Sistem
pendamaian sosial merupakan sesuatu yang sudah menjadi sebahagian daripada
sistem ekonomi Islam dalam rangka menolong golongan miskin, penganggur, yatim
piatu, golongan cacat dan sebagainya.
Dana didirikan dalam bentuk kewajiban (zakat) dan juga dalam bentuk
sumbangan sukarela dari golongan yang lebih bernasib baik. Perkara ini sudah ada dalam sumber dasar
Islam iaitu dalam Al-Quran dan Sunnah.
Sebagai tambahan, untuk pembahasan juridikal secara terperinci dalam
kitab fikah, (buku kuasa), beberapa cendekiawan Islam juga menganalisis lembaga
zakat, kerasionalannya, dan lain-lain yang merupakan suatu sistem yang unik
dalam Islam.
Di
samping itu, para pemikir Islam seperti at-Tartusi
memberi penekanan pada penggunaan dana mengikut kategori untuk kepentingan
ini. Harus dicatat di sini bahawa
penekanan ini tidak terbatas pada penggunaan dari dana zakat saja, tetapi juga
termasuk penggunaan kekayaan negara untuk menyediakan bantuan kewangan kepada
mereka yang memerlukannya dengan cara yang tersusun. Perkara ini boleh dianggap sebagai konsep
asas dari sistem pendamaian sosial, di mana zakat merupakan sebuah sub-set dari
sistem ini.
Beberapa
negara hari ini telah memperkenalkna sistem pendamaian sosial dalam
berbagai tahap yang berbeza, berdasarkan
orientasi ideologi dari kepimpinan politik, iaitu sistem yang tidak mempunyai
konsep dasar dari pandangan makro, sebagaimana yang terdapat dalam tulisan
at-Tartusi.
7. Perkongsian Tugas
Dalam
penulisan tentang pemikiran ekonomi masa kini, penghargaan tentang analisis
pentingnya perkongsian tugas diberikan kepada Adam Smith, seorang ahli ekonomi
abad ke-18. Ternyata, masalah tersebut
sudah pun dibahaskan oleh Al-Ghazali
(1058-1111 M) dan cendekiawan Muslim lainnya. Mereka berpendapat yang keragaman dan perbezaan umat manusia
mengharuskan mereka bekerjasama dan berkongsi tugas.
Untuk
lebih objektif, al-Ghazali membincangkan tentang perlunya perkongsian
tugas. Dia menggunakan kilang jarum, sebagai contoh, di mana Adam
Smith pula mengunakan kilang peniti sebagai contohnya, lebih kurang tujuh abad
kemudian. Ibnu Khaldun
(1332-1404 M) pula mengatakan
yang seseorang akan sukar menghasilkan bahan makanannya sendiri. Dia berpendapat enam sehingga sepuluh jenis
perkhidmatan diperlukan untuk perkongsian kerja di antara orang yang berbeza,
yang akhirnya terjadilah pertukaran dalam masyarakat. Baginya, perkongsian tugas akan mengarah
kepada pengkhususan, sebuah konsep yang kemudiannya diperkenalkan oleh Adam
Smith.
Persoalan
di atas hanyalah beberapa contoh tentang pemikiran ekonomi dari para penulis
Islam pada permulaan abad. Apabila seseorang mengambil tulisan mereka untuk
dijadikan bahan rujukan, penghargaan mereka terhadap sumbangan penulis Islam terdahulu
dalam bidang ilmu ekonomi semakin tinggi.
Sekiranya
pandangan Ibnu Khaldun tentang ilmu ekonomi murni sepenuhnya telah mendapat
julukan “Pengasas Ilmu Ekonomi”, maka pandangannya tentang ‘ilmu ekonomi
sosial’ adalah lebih maju lagi. Dari
segi ekonomi moden, jelas kelihatan ialah Ibnu Khaldun melihat wujudnya kaitan
di antara faktor politik, ekonomi dan demografi.
Ibnu Khaldun (1332-1404 M) pula mengatakan yang seseorang akan sukar menghasilkan bahan
makanannya sendiri. Dia berpendapat
enam sehingga sepuluh jenis perkhidmatan diperlukan untuk perkongsian kerja di
antara orang yang berbeza, yang akhirnya terjadilah pertukaran dalam
masyarakat. Baginya, perkongsian tugas
akan mengarah kepada pengkhususan, sebuah konsep yang kemudiannya diperkenalkan
oleh Adam Smith.
0 komentar:
Posting Komentar