Khilafah
Islamiyah merupakan simbol kesatuan dan persatuan masyarakat Muslimin. Dengan kehadiran khilafah, kaum Muslimin
merasakan diri mereka umat yang kuat, tersohohr, disegani oleh kawan mahupun
lawan. Sepanjang sejarahnya, khilafah
Islamiyah memiliki karisma, wibawa dan kemuliaan Islam dan umatnya. Manakala khalifah ialah pemimpin kaum
Muslimin di seluruh dunia.
Kehebatan
khilafah Islamiyah telah membuat negara-negara di berbagai penjuru dunia,
seperti Perancis, Switzerland, Rusia, Hungary, England, Belgium dan lainnya
berasa segan dan takut, sehingga mereka banyak mengirimkan hadiah-hadiah
sebagai bukti penghormatan mereka kepada khalifah.
Oleh
kerana fakta inilah, England mengajukan rancangan yang antara lainnya
mengatakan, “Di antara tugas besar England ialah berfikir dengan serius
cara-cara menjatuhkan kerajaan
Utsmaniyah, yang membahayakan kepentingan England. Apalagi kerajaan Utsmaniyah merupakan simbol
persatuan agama Islam yang kukuh, yang dipimpin oleh sultan sebagai khalifah
dan pemimpin kaum Muslimin seluruh dunia.”16
Para
pemimpin Eropah menyedari yang salah satu daripada mereka, betapa kuat pun
tidak mungkin dapat mengalahkan khilafah Islamiyah, yang diwakili oleh sultan
Turki Utsmani dalam rangka tugasnya sebagai khalifah kaum Muslimin di seluruh
penjuru dunia.
Golongan
Paus yang terlibat dalam konflik dalaman juga mengakui perkara ini. Paus V berkata, “Sesungguhnya Empayar Turki
berkembang dengan pesat kerana adanya perpecahan di antara kita. Kita boleh mengalahkan Turki jika seluruh
raja Eropah bersatu dalam memerangi musuh besar kita ini, dan kita lancarkan
serangan dari darat, laut dan udara.
Kita yakin sepenuhnya bahawa dalam tubuh umat Kristian ini, tidak ada
yang mampu mengalahkan Sultan Turki secara sendirian. Oleh kerana itu, alangkah baiknya jika kita
panggil mereka untuk bersatu dalam memerangi dan melumpuhkan kesultanan Turki.”17
Untuk
menjayakan usaha itu, negara-negara Eropah kemudiannya menyusun seratus
strategi untuk menghancurkan kekhalifahan Turki Utsmani. Turut terlibat dalam dalam perancangan ini
ialah para pemikir, ahli falsafah, panglima perang, raja dan padri-padri,
sehingga Perdana Menteri Rom, Dubuqara menulis buka yang bertajuk ‘Seratus Kiat Menghancurkan Khilfah Turki
Utsmani’.18
Salah
satu strategi yang dilaksanakan ialah pembentukan 13 organisasi menentang Turki
yang dibentuk oleh umat-umat Kristian Eropah.
Salah satu daripada organisasi itu bernama Organisasi Persatuan dan
Pembangunan, yang majoriti anggotanya ialah orang Yahudi. Masyarakat Turki mengakui keberadaan golongan
ini dan memanggil mereka dengan panggilan Dunamah, yang bermaksud ateis. Pemimpin kaum Dunamah ini ialah Mustafa
Kamal, yang digelar Ataturk (Bapa Turki) oleh pengikut-pengikutnya.19
Pada
tahun 1327 H / 1909 M, Organisasi Persatuan dan Pembangunan, dengan sokongan
negara-negara Barat, memulakan gerakan bantahan dengan mengadakan mogok
besar-besaran di Istanbul. Dengan alasan
mahu menghentikan mogok tersebut, pasukan Organisasi ini bergerak dari markas
mereka di Salanika dan memasuki Istanbul.
Apabila tiba di Istanbul, mereka menyingkirkan Khalifah Abdul Hamid II.20
Setelah
peristiwa itu, khilafah tidak lagi memiliki peranan yang penting. Kemuncaknya berlaku pada tarikh 3 Mac 1924 M
/ 1342 H, apabila Badan Legislatif Turki melantik Mustafa Kamal sebagai
Presiden Turki. Tidak lama selepas itu,
Khalifah Abdul Hamid II dan para pemimpin Khilafah Utsmaniyah lainnya diusir
dari Turki dan harta kekayaan mereka dirampas oleh pemerintah yang baru.21
Mustafa
Kamal memimpin Turki dengan tindakan pertamanya, iaitu membubarkan sistem
khilafah untuk selama-lamanya. Selepas
itu, dia memperkenalkan langkah-langkah menyingkirkan Islam dari kehidupan
masyarakat Turki. Dia melarang pemakaian
kopiah dan serban untuk lelaki dan melarang pemakaian tudung dan hijab untuk
perempuan. Dia juga menggalakkan
hubungan bebas di antara lelaki dan perempuan.
Dia membubarkan jabatan wakaf dan badan-badan yang menguruskan hal-hal
syariah. Dia juga menghapuskan
pelajaran agama di sekolah-sekolah.
Selain dari itu, dia juga menghapuskn kata-kata al-Khaliq, Rabb, Allah
dan menggantikannya dengan memasukkan kata-kata alam, kemajuan, tanah air dan
nasionalisme. Ia memerangi segala bentuk
komuniti Islam dan membangkitkan semangat nasionalisme Turki.
Setelah
melalui peperangan yang tidak henti-henti,
di mana negara-negara Eropah melawan khilafah Islamiyah yang bermula
pada abad ke-18 sehinggalah akhir seperempat pertaman abad 20, akhirnya gereja
berjaya mencapai cita-citanya untuk meruntuhkan khilafah Islamiyah.
0 komentar:
Posting Komentar