Perluasan wilayah kerajaan
Utsmaniyah mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Madrasah dibina untuk meningkatkan mutu
sumber daya manusia dan imaret (dapur-dapur
awam) pula dibina untuk memenuhi keperluan golongan miskin. Kemudahan awam seperti tempat mandi dan
tempat tinggal untuk para musafir juga menjadi ciri khas dalam perluasan
wilayah Utsmaniah.
Pentadbiran wilayah-wilayah
baru yang dirampas dari Byzantium diserahkan kepada kepimpinan pihak yang
bertanggungjawab atas daerah tersebut.
Kepimpinan wilayah-wilayah baru
selalunya disertai dengan penekanan atas tanggungjawab menegakkan
syariat Islam, serta memakmurkan wilayah itu untuk kepentingan masyarakat. Perkara ini jelas kelihatan dalam
surat-surat kuasa yang diterbitkan oleh kerajaan Utsmaniyah, seperti yang petik
oleh Maksudoolu dari arkib-arkib Feridun Beg Munshe’at-I Selatin, Istanbul (1274).
Pada masa pemerintahan Sultan Murad (1362-1389
M), ibukota kerajaan berpindah ke Edirne (Adrianople) di Semenanjung
Balkan. Perpindahan ibukota ke wilayah
Eropah ini menunjukkan yang kerajaan Utsmaniyah memiliki perancangan jauh ke
masa depan. Pada masa ini juga,
serangan pertama pasukan campuran Hungary, Serbia, Bulgaria dan Romania berjaya
dipatahkan ketika mereka mahu menyerang Edirne. Haji Ilbegi mengalahkan pasukan campuran ini
berdekatan dengan Sungai Merich (Maritsa), pada tahun 1363 M. Pertempuran ini dikenali sebagai Pertempuran
Sirpsindioi (Rout of the Serbs –
Tercerai-berainya pasukan Serbia) dalam sejarah Utsmaniyah. Sebagai tanda kesyukuran, Sultan Murad
membina beberapa buah rumah sakit, madrasah dan imaret di kota-kota Bilejik, Bursa dan Edirne. Maksudoolu menggambarkan fenomena ini sebagai
satu bentuk perhatian yang diberikan oleh Sultan Murad untuk menjegah
pembaziran belanja negara.
Perluasan wilayah kerajaan
Utsmaniyah disertai dengan penerapan konsep timar
yang bersumber dari sistem iqta’
yang diterapkan pada masa Rasulullah SAW.
Konsep iqta’ memberikan kuasa
pada pemimpin setempat yang dilantik oleh khalifah untuk menguruskan potensi
ekonomi demi kepentingan orang ramai.
Penduduk yang tinggal di wilayah tersebut mendapat jaminan kebebasan
beragama. Perkara ini dipengaruhi oleh
konsep feudalisme Eropah yang sering disepadankan dengan konsep timar dan juga konsep iqta’.
Pada masa pemerintahan Sultan
Murad, sebahagian besar beglik yang
berbatasan dengan Utsmani bergabung secara sukarela dengan pemerintahan
Utsmaniyah. Perkara ini menunjukkan
betapa seriusnya Kerajaan Utsmaniyah memperjuangkan kepentingan Islam melebihi
kepentingan suku, kecuali Beglik Karaman
yang menikam dari belakang ketika Sultan Murad sedang sibuk memerhatikan
pembangunan wilayah Rumeli (panggilan
Utsmaniyah untuk wilayah baru di Eropah).
0 komentar:
Posting Komentar