1. Pembentukan Pola Penggunaan
a. Mengendalikan Nafsu Mengguna
“Hai
orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan
ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah [2]
: 183).
b. Hidup Sederhana
“Hai
anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali (memasuki) masjid,
makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka pada
orang-orang yang berlebih-lebihan” (Surah Al-A’Raaf [7] : 31).
Diriwayatkan
dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Berhasillah orang yang
menyerahkan diri kepada Allah (menjadi Muslim) sedangkan rezekinya sekadar
mencukupi, tetapi Allah memuaskannya.”
c. Tidak Boros
“Dan
berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekan akan haknya, kepada orang miskin
dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu menghambur-hamburkan
(hartamu) secara boros. Sesungguhnya
pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah
sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah Al-Israa’ [17] : 26-27).
Diriwayatkan
oleh Anas bin Malik yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersadba, “Sesungguhnya termasuk isrof (pemborosan)
seandainya kamu memakan semua yang mendatangkan nafsu makan kepada Allah.”
2. Pembentukan Pola Simpanan dan Pinjaman
“Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian
atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan
harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak
mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu
berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang
melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda” (Surah
Ar-Rum [39] : 39).
“Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan
berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu
berjaya” (Surah Ali Imran
[3] : 130).
Dan juga
(disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya,
dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi
dan sebagainya) dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang
kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (Surah An-Nisaa’ : [161] : 161.
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu
tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk
Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian
ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama
sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga)
dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan
(larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang
telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan
perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan
mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. Allah susutkan (kebaikan harta yang
dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang
dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada
tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan
dosa” Surah Al-Baqarah [2] : 275 –
276.
Wahai orang-orang yang
beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi)
saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu
orang-orang yang beriman. Oleh itu,
kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka
ketahuilah kamu : Akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya
kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang
sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak
berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa” (Surah Al-Baqarah [2] : 278 – 279).
Diriwayatkan
dari Jabir r.a yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW mengutuk perbuatan
menerima riba, memberi riba, orang yang menguruskan riba dan
saksi-saksinya. Rasulullah SAW bersabda,
“Mereka itu sama saja (dosanya).”
3.
Pembentukan Pola Pelaburan
a.
Perkara yang tidak dibenarkan
”Sesungguhnya di sisi Allah
pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan
dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim
(ibu yang mengandung) dan tiada
seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama
ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri
manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mengenal” (Surah Luqman [31] : 34).
“Wahai
orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan
berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya)
kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya
kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu
hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu
dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah
dan daripada mengerjakan sembahyang.
Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang
keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” (Surah Al-Maa’idah [5] : 90 – 91).
b. Perkara yang dibenarkan
(i) Urusniaga Perniagaan
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta
kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali
dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan
janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mengasihani kamu” (Surah An-Nisaa’ [4] : 29)
“…dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” (Surah Al-Baqarah [2] : 275).
(ii) Bagi Hasil Perniagaan
“…Dia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan
orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian daripada kurnia
Allah…” (Surah Al-Muzzammil” [73] : 20).
“Nabi Daud berkata: Sesungguhnya dia telah berlaku zalim kepadamu dengan
meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya dan
sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam
berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya
yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka
amatlah sedikit! Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui
sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu dia memohon ampun
kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta dia rujuk kembali
(bertaubat)” (Surah Shaad
[38] : 24).
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (Surah Al-Baqarah [2] : 286).
Diriwayatkan dari Shahih bin
Shuhaib, dari bapanya yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Ada tiga perkara yang mendapat berkat :
jual beli pada masa tertentu, muqaradah (berkongsi keuntungan) dan mencampur
satu jenis gandum (burr / wheat) dengan jenis gandum yang lain (sya’ir /
barley) tetapi bukan untuk dijual”.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah
dalam bentuk hadis marfu’, yang mengatakan bahawa Allah SWT berfirman, “Aku adalah orang ketiga dari dua orang yang
bermitra selama salah seorang dari kedua orang itu tidak mengkhianati yang
lainnya. Apabila salah seorang
mengkhianatiyang lain, Aku keluar dari kedua orang itu.”
(iii) Pinjaman Lunak (Qardhul
Hasan)
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai
pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan
berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang
meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan” (Surah Al-Baqarah [2] : 245).
“Dan kalau kamu memberi pinjaman
kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat
gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah
amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi
Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya
bertaubat)” (Surah At-Taghaabun [64] : 17).
4. Tentang Pengagihan
Pendapatan
Sesuai dengan petunjuk tentang
mengurus rezeki yang halal dan baik, aktiviti pertanian meningkat dan jumlah
industri serta industri kraftangan berkembang di Madinah. Pendapatan per kapita penduduk Madinah
meningkat dan telah melebihi pengeluaran yang diperlukan untuk memenuhi
keperluan rumah tangga56.
Dengan meningkatnya kemakmuran, keseimbangan kesejahteraan masyarakat
menjadi sangat penting. Allah SWT
berfirman :
”Apa
yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk negeri,
bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah,
dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat (Rasulullah) dan anak-anak yatim dan
orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang memerlukan). (Ketetapan
yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya
dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada
kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu
melakukannya maka patuhilah larangan-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang
melanggar perintahNya). (Surah Al-Hasyr [59] : 7)
a. Pengagihan Pendapatan
Melalui Pola Kemitraan Usaha
(i) Dalam Surah Al-Muzzammil [20] : 20
“...Dia juga mengetahui bahawa akan ada di
antara kamu orang-orang yang sakit dan yang lainnya orang-orang yang musafir di
muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi
orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agama-Nya). Maka bacalah
mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran dan dirikanlah
sembahyang serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai
pinjaman yang baik (ikhlas) dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan
sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada
sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya
dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani”.
(ii)
Dalam
Surah Shaad [38] : 24
“Nabi Daud berkata: Sesungguhnya dia telah berlaku zalim kepadamu dengan
meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya dan
sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam
berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya
yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka
amatlah sedikit! Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui
sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu dia memohon ampun
kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta dia rujuk kembali
(bertaubat)”.
(iii)
Dalam
Surah Al-Baqarah [2] : 286
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya…”
(iv) Dalam Hadis :
Diriwayatkan oleh Shahih bin
Shuhaib, dari bapanya yang mengatakan
bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Ada
tiga perkara yang mendapat berkat : jual beli pada masa tertentu, muqaradah
(berkongsi keuntungan) dan mencampur satu jenis gandum (burr / wheat) dengan
jenis gandum yang lain (sya’ir / barley) tetapi bukan untuk dijual”.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah
dalam bentuk hadis marfu’, yang mengatakan bahawa Allah SWT berfirman, “Aku adalah orang ketiga dari dua orang yang
bermitra selama salah seorang dari kedua orang itu tidak mengkhianati yang
lainnya. Apabila salah seorang
mengkhianatiyang lain, Aku keluar dari kedua orang itu.”
b. Pengagihan Pendapatan
Melalui Pola Hubungan Perburuhan
(i) Pekerja sebagai teman
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah
dari Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda, “Pemilik
hamba bertanggungjawab memberi makanan dan pakaiannya, dan tidak membebaninya
dengan pekerjaan yang tidak sanggup dilakukannya.”
(ii) Upah
Diriwayatkan oleh Abdullah bin
Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Berilah
upah kepada pekerja sebelum keringatnya kering”.
c. Pengagihan Pendapatan
Melalui Pola Mekanisme Pasaran
(i) Penentuan Harga
Diriwayatkan
oleh Anas bahawa dia mengatakan “Harga pernah naik mendadak pada zaman
Rasulullah SAW. Para sahabat mengatakan,
“Wahai Rasulullah, tentukanlah harga untuk kami”. Rasulullah SAW menjawab, “Allah itu
sesungguhnya adalah penentu harga, penahan dan pencurah serta pemberi
rezeki. Aku harap dapat menemui Tuhanku
di mana salah seorang dari kamu tidak menuntutku kerana kezaliman dalam hal
darah dan harta”.
(ii) Larangan Ihtikar (menimbun barang)
Al-Quran menegaskan :
“Kecelakaan
besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji. Yang mengumpulkan harta dan
berulang-ulang menghitung kekayaannya. Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat
mengekalkannya (dalam dunia ini)!” (Surah Al-Humazah [104] : 1 – 3)
Diriwayatkan
oleh Sa’id bin al-Musayyib dari Ma’mar bin Abdullah, dari Rasulullah SAW yang
bersabda, “Tidak ada yang melakukan penimbunan barang kecuali pembuat kesalahan
(dosa).”
(iii) Larangan Spekulasi
Diriwayatkan
oleh Jabir bin Abdullah yang mengatakan Rasulullah SAW melarang penjualan buah
kurma yang tidak diketahui beratnya dengan buah kurma yang diketahui beratnya.
d. Pengagihan Pendapatan Melalui Sistem Zakat
Perintah
membayar zakat disebut dalam 17 surah dan 34 ayat dalam Al-Quran. Surah-surah yang diturunkan di Mekah ialah :
Al-A’raaf, Maryam, Al-Anbiyaa’, Al-Mu’minuun, An-Naml, Luqman, Fusshilat dan
Al-Muzzammil. Manakala surah-surah yang
turun di Madinah ialah Al-Baqarah, An-Nissa, Al-Maidah, At-Taubah, Al-Hajj,
An-Nuur, Al-Ahzaab, Al-Mujadaalah dan Al-Bayyinah.
Ketentuan
zakat ada kaitan dengan pengumpulan zakat, jenis harta yang mesti dikenakan
zakat, syarat waktu (haul) harta wajib dikenakan zakat, syarat batas minimum
harta yang dikenakan zakat, dan
orang-orang yang berhak menerima zakat (asnaf)
sesuai dengan petunjuk yang terdapat dalam Surah At-Taubah ayat 60.
e. Pengagihan Pendapatan
Melalui Sistem Warisan
”Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari
kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat
wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan
agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa” (Surah Al-Baqarah [2] : 180).
“(Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan
isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati
(makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh
pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat
tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali
waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri
mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan
(ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak
mendapat Mut'ah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu
tanggungan yang wajib atas orang-orang yang bertakwa” (Surah Al-Baqarah [2] : 240 - 241).
0 komentar:
Posting Komentar