Pembangunan
ekonomi yang dimaksudkan di sini ialah segala usaha yang dilakukan oleh Nabi
Muhammad SAW sebagai Ketua Negara untuk meningkatkan kesejahteraan
masyarakat. Petunjuk dan bimbingan
secara langsung yang beliau berikan dalam rangka meningkatkan kesejahteraan
masyarakat inilah yang kemudiannya dikenali sebagai polisi pembangunan dengan
menggunakan berbagai alat fiskal dan kewangan.
Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menunjukkan dengan jelas akan
keprihatinan beliau terhadap usaha mmeningkatkan kesejahteraan masyarakat57.
1. Tidak Menyukai Kemiskinan
Diriwayatkan
oleh Abu Hurairah yang Rasulullah SAW pernah berdoa, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kemiskinan, dan aku berlindung
kepada-Mu dari kekurangan dan kehinaan, serta aku berlindung kepada-Mu dari
berbuat kejam dan dizalimi”.
2. Falsafah Pembangunan Ekonomi
Diriwayatkan
oleh Anas bin Mali yang dia menyampaikan sebuah hadis dari Rasulullah SAW, “Sesungguhnya orang kafir, apabila
mengerjakan suatu kebaikan, itu akan menghasilkan sebuah kelazatan di
dunia. Sedangkan orang yang beriman,
Allah menyimpan untuknya kebaikan-kebaikan di akhirat dan memberikan rezeki
kepadanya di dunia, sesuai dengan ketaatannya kepada Allah”.
Masalah
pembangunan ekonomi yang timbul apabila mahu mempertahankan kewangan yang sihat
dan meraih tingkat pertumbuhan yang tinggi adalah masalah yang menjadi
perhatian utama Rasulullah SAW. Ini
adalah kerana ekonomi pada ketika itu adalah ekonomi yang bergantung pada
pertanian. Jadi di antara tumpuan utama
Nabi Muhammad SAW ialah pada peningkatan hasil tanah dan pengembangan wilayah
untuk ditanami. Perkara ini,
contohnya, ditunjukkan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya, “Orang yang
menghidupkan tanah mati, dialah pemiliknya.”
Menurut Abu Yusuf, menghidupkan tanah bermakna membajak, menanam dan
mengairi tanah tersebut.58
Jadi, negara Islam Madinah di bawah kepimpinan Nabi Muhammad SAW boleh disebut sebagai negara kesejahteraan sejati, di mana semua aktiviti ekonomi dan polisi kewangan diarah dan dibatasi oleh falsafah nilai-nilai Islam itu sendiri. Sebuah negara yang stabil keadaan sosialnya, keperluannya dipenuhi dan pendapatan dan kekayaannya teragih dengan rata, bukan saja menjadi tujuan utama ekonomi dan sosial, tetapi juga menjadi kewajiban agama. Bimbingan syariah diperlukan untuk memastikan kesejahteraan umum, kemakmuran masyarakat dan perkembangan ekonomi.
0 komentar:
Posting Komentar