Abu Bakar :
- Penegakan
undang-undang bagi mereka yang tidak mahu membayar zakat dan jizyah,
kerana zakat dan jizyah merupakan alat untuk mengagihkan pendapatan dalam
rangka keadilan sosial dan ekonomi.
- Pembahagian
kekayaan negara secara adil dan saksama.
- Pengelolaan
sumber pendapatan negara yang baru, iaitu rikaz (hasil perlombongan).
- Menetapkan
gaji pekerja berdasarkan ciri-ciri daerah kekuasaan masing-masing.
Umar :
- Menghentikan
pembahagian zakat pada muallaf.
- Memperkenalkan
sumber dan sistem ekonomi baru yang belum pernah ada sebelumnya.
- Memungut
zakat atas kuda, yang sebelum itu
dibebaskan dari cukai oleh Rasulullah SAW.
- Membentuk
dewan-dewan, baitul mal, membuat dokumen-dokumen negara dan merancang
sistem yang mampu menggerakkan ekonomi, sama ada dalam bidang pengeluaran
mahu pun dalam pengedaran.
- Tidak
mengagihkan tanah taklukan di Iraq kepada para perajurit dan membiarkan
tanah itu sebagai amanah.
- Menambah
kemasukan kewangan negara dari ghanimah atas kemenangan peperangan.
Utsman :
- Pengalihan
polisi wajib membayar zakat atas barang-barang tersimpan dari negara
kepada pemiliknya.
Ali :
- Memperkenalkan
prinsip sama rata dalam pengagihan kekayaan negara kepada masyarakat.
- Menetapkan
cukai terhadap para pemilik kebun dan membenarkan pemungutan zakat
terhadap sayuran segar.
- Melakukan
kawalan pasaran dan membenteras pedagang licik, penimbun barang dan pasar
gelap.
- Memperkenalkan
undang-undang membayar ganti rugi kalau pekerja merosakkan barang-barang
pekerjaannya.
0 komentar:
Posting Komentar