Dalam
bahagian ini, kita akan melihat analisis yang kurang menggembirakan,
lebih-lebih lagi pada mereka yang berharap sebuah Daulah Islamiyah dengan mudah dapat melawan arus luaran dan juga
arus dalaman yang inginkan kehancurannya.
Fakta
menunjukkan bahwa Daulah Utsmaniyah telah berjaya mewujudkan pemusatan
pengendalian negara, berbanding dengan hampir seluruh entiti kekuasaan di dunia
pada masa itu. Malah, Daulah
Ustmaniyah boleh dikatakan satu-satunya entiti kekuasaan yang mampu berfungsi
secara pusat, jika dilihat dari keluasan wilayahnya. Kedudukan serta kemampuan ini, seharusnya
menjadikan Daulah Utsmaniyah kerajaan yang paling bersedia untuk menerima serta
menerapkan inovasi perbaikan perkakas kenegaraan, lebih-lebih lagi jika dilihat
dari tentangan-tentangan yang dihadapinya pada penghujung masa pemerintahannya.12
Secara
tidak langsung, pemikiran ekonomi serta polisi ekonomi yang berkembang pada
Daulah Utsmaniyah perlu dilihat dari perhatian serta tahap penghargaan
yangdiberikan oleh pemerintah terhadap kemajuan sains, metodologi pembelajaran,
serta pelaksanaan teknologi pada umumnya.13
Pendapat
Issawi masih boleh diterima mengingatkan ketiga-tiganya – terutamanya
pelaksanaan teknologi – sejak dari dulu lagi mempengaruh perkembangan ekonomi
manusia dan mengantarkanya ke tempat yang lebih tinggi. Di samping itu, ketiga-tiga faktor di atas
memiliki ciri-ciri kumulatif sehinga ketiga-tiganya dapat diwariskan kepada
generasi seterusnya. Issawi juga
menganggap pendapat yang menempatkan
Islam sebagai penyebab kemunduran di bidang teknologi adalah satu pendapat yang
tidak masuk akal kerana peradaban yang berkembang di Timur Tengah mencapai
kecemerlangannya pada masa Islam di abad 8 hingga 12.
Menjelang
pembebasan Konstantinople oleh Sultan Muhammad al-Fatih (Mehmet II) pada tahun
1453 M, banyak madrasah dibina di wilayah Utsmaniyah, terutamanya setelah
peristiwa bersejarah itu.
Sekolah-sekolah
ini memberi perhatian khusus pada ilmu matematik, astronomi dan kedoktoran yang
kemudiannya dikembangkan sehingga ke pengajian geografi dan kartografi. Taqiyuddin, ilmuwan terbaik Daulah
Utsamaniyah yang terkenal dalam ilmu astronomi, telah menyusun panduan umum
tentang jam mekanik pada tahun 1565 M dengan menggunakan mesin-mesin ciptaannya
serta kepakarannya.14
Namun,
pemerintah Daulah Utsmaniyah tidak memberi perhatian yang cukup pada
perkembangan teknologi Eropah. Ini
menyebabkan ilmuwan-ilmuwannya tertinggal dalam pengetahuan sains-penerapan
yang terus berkembang, kecuali dalam bidang kartografi.
Dalam
bidang pertanian pula, Daulah Utsmaniyah tidak terlalu ketinggalan dibandingkan
dengan negara-negara Eropah lainnya.
Perkara ini dapat dilihat dari nisbah produktiviti per biji gandum (yield to seed ratio of wheat) untuk
beberapa wilayah Utsmani.15
Seperti negara-negara lain di permulaan abad moden, Utsmani juga menaruh
harapan besar terhadap teknologi terapan dalam bidang perlombongan, metalurgi,
dan pertahanan yang menyebabkan keunggulan ketenteraan.
Selepas
abad ke-15, Eropah mengungguli Daulah Utsmaniyah dalam ketiga-tiga bidang ini,
sehingga memaksa pemerintah pusat Ustmani mengupah pekerja-pekerja asing untuk
merapatkan jurang perbezaan itu. Proto
industri di bidang ketenteraan juga
mendapat perhatian besar dari Daulah Utsmaniyah. Malangnya, ciri-ciri keselamatan mengharuskan
industri-industri itu dibina sedekat mungkin dengan Istanbul. Dengan demikian, keperluan senjata di kawasan
sempadan tidak dapat dipenuhi dengan berkesan.
Di
samping itu, penyebaran kepakaran dalam bidang ketenteraan terhenti. Teknologi pembinaan kapal, sama ada untuk
keperluan peperangan ataupun keperluan komersil, juga menjadi kelemahan
industri Utsmani, sehingga pada penghujung abad ke-18, kapal-kapal tersebut
terpaksa diimport dari Amerika Syarikat, Sweden dan England.
0 komentar:
Posting Komentar