Kebiasaan
membungakan wang sudah menjadi sebahagian daripada perekonomian masyarakat
Arab, seperti juga di negara-negara lain di dunia. Pada kenyataannya, bunga memang sudah
dianggap sebagai satu komponen yang sangat penting dalam sistem perekonomian
yang sedia ada. Namun, Islam mengangggap
bunga sebagai satu kejahatan ekonomi yang membawa pengaruh buruk dan bahaya
kepada ekonomi dan kehidupan sosial masyarakat. Jadi,
Al-Quran yang menggunakan perkataan “riba” (untuk bunga) mengatakan yang
bunga adalah haram dalam kehidupan masyarakat Islam. Oleh kerana bunga telah berakar sedemikian
rupa dalam kehidupan masyarakat, Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui
menurunkan larangan tentang bunga secara berperingkat, supaya peraturan baru
dan larangan itu tidak mengganggu keadaan ekonomi masyarakat ataupun
menimbulkan kesulitan kepada mereka11.
Masyarakat
Arab pra-Islam sendiri tidak mengasingkan riba daripada perniagaan. Mereka memang menganggap riba sebagai salah
satu bentuk perdagangan. Mereka berpendapat, kalau seseorang membeli sehelai
kain yang berharga 2 dinar dan menjualnya dengan harga 2.5 dinar, itu adalah
urusniaga yang wajar. Begitu juga
apabila seseorang memberi pinjaman sebanyak 2 dinar dan peminjamnya membayar
2.5 dinar. Urusniaga itu juga dianggap wajar dan halal kerana kedua-dua
urusniaga itu dilakukan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak12.
Al-Quran
telah meluruskan pemikiran yang keliru itu.
Perniagaan tidak boleh melibatkan riba dan riba bukanlah satu bentuk
perniagaan. Firman Allah SWT berbunyi :
“…Keadaan
mereka yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya
berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual
beli (berniaga) dan mengharamkan riba…”
(Surah Al-Baqarah [2] : 275).
0 komentar:
Posting Komentar