Kehidupan
bangsa Arab yang tertumpu pada perniagaan adalah fakta yang telah diketahui
dalam sejarah. Mata pencarian penduduk
di kawasan ini – dengan keadaan negara yang kering, padang pasir yang penuh
dengan batu dan kawasan pergunungan tandus – adalah dengan berdagang. Tidak ada hasil pertanian yang dapat
diperolehi dari daerah ini. Al-Quran
menggambarkan keadaan ini melalui doa Nabi Ibrahim a.s, yang berbunyi :
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat
keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya,
di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka
ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya
dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik
gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan
kurniakanlah
rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga
mereka bersyukur” (Surah
Ibrahim [14] : 37).
Di antara banyak suku kaum di
Arab, suku Quraisy adalah suku asal Nabi Muhammad SAW. Suku ini mempunyai kuasa dan keutamaan
sebagai penjaga Kaabah. Kedudukan itu
membolehkan suku kaum Quraisy melakukan
perjalanan ke seluruh kawasan, sambil berdagang dengan aman dan selamat. Hampir semua kaum-kaum yang berdagang di
jalan-jalan perdagangan menuju Syria, Yaman dan Bahrain menghormati dan
menghargai kafilah-kafilah Quraisy8. Kebiasaan kaum Quraisy melakukan perjalanan
sambil berdagang, dalam musim dingin dan musim panas, digambarkan dalam firman
Allah yang berbunyi :
“Kerana
kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah) (Iaitu) kebiasaan aman
tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri
Yaman) dan pada musim panas9 (ke negeri Syam). Maka hendaklah mereka
menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini. Tuhan yang memberi mereka penghidupan,
menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan.”
(Surah Quraisy [106] : 1-4)
Sebagai kaum yang memiliki hubungan
dagang antara negara, kaum Quraisy mempunyai pengetahuan dagang yang sangat
baik. Usaha perdagangan dilakukan dalam
berbagai bentuk. Berbagai jenis
organisasi juga telah mereka dirikan. Syirkah dalam berbagai jenis dijalankan,
di mana orang yang mempunyai modal boleh terlibat dalam perniagaan secara
langsung. Mudharabah juga telah dijalankan, di mana
pemilik modal yang hanya menjadi sleeping
partner juga boleh menikmati keuntungan dan mengalami kerugian. Malah kaum wanita, golongan janda dan anak-anak
yatim piatu juga berpeluang menjalankan perniagaan melalui cara ini. Siti Khadijah r.a ialah salah seorang contoh
janda kaya yang melakukan usaha jenis ini.
Dia menjalankan perniagaan ini dengan berbagai orang yang berbeza. Bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Abbas bin
Abdul Muthalib, memiliki perniagaan jenis ini yang sangat besar10.
0 komentar:
Posting Komentar