Categories

Lesson 6

Blog Archive

Follower

Statistik

SUMBER-SUMBER SEJARAH RASULULLAH


Berhubung dengan sumber-sumber sejarah RasuluLlah bolehlah kita bahagikan seperti berikut:
Pertama: Kitabullah (A1-Qur’an)
Ianya merupakan sumber utama untuk memahami garis-garis kasar penghidupan Muhammad RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Pendedahan sejarah hidup RasuluLlah dalam al—Qur’an melalui salah satu
aliran berikut:
a. Memaparkan beberapa bahagian dati penghidupan baginda, seperti ayat-ayat yang diturunkan mengenai
peperangan Badar, Uhud, al Khandaq atau al Ahzabjuga seperti kisah perkahwinannya dengan Zainab
binti Jahsy.
b. Mengulas pertempuran-pertempuran dan kejadian-kejadian ini adalah untuk memberi penjelasan
selanjutnya kepada apa yang dimusykilkan atau untuk menerangkan beberapa kesamaran tentang
pertempuran dan peristiwa-peristiwa atau untuk menarik perhatian umat Is1am terhadap sesuatu iktibar.
Sebenarya segala-galanya ini mempunyai makna dan hubungkait yang amat rapat dan mesra dengan
sejarah dan riwayat bidup RasuluLlah SallaLlahu alaihi Wasal lam. Kesemuanya ini menampakkan
kepada kita sebahagian besar danpada aspek-aspek penghidupan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
dan hal ehwal yang bersangkutan dengannya.

Sebenarnya pendedahan Al-Qur’an Al-Karim tentang segala-galanya ini adalah terlalu ringkas dan
padat, meskipun cara dan aliran pendedahan tadi kadang kalanya berlainan di antara satu sama lain
namun begitu kesemuanya ini tetap memaparkan cebisan-cebisan dan penerangan secara ringkas terhadap
pertempuran dan kejadian yang bersejarah. Memang ini adalah jalan dan aliran Al-Qur’an Al-Karim di
dalam menceritakan perihal-perihal para Anbiya’ yang terdahulu dan umat manusia di zaman silam.
Fiqh Al-Sirah 1
10
Kedua: Kitab Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (Hadith hadith).
Hadith-hadith Nabi yang sahih. Hadith yang dimaksudkan di sini ialah isi kandungan Kitab-kitab Hadith
yang terkenal dengan kebenaran dan amanahnya, seperti Kitab Hadith Al Muwatta’ oleh Imam Malik, Al
Musnad oleh Imam Ahmad dan lain—lainnya.
Sumber yang kedua ini lebih luas dan terperinci dari yang pertama. Sungguhpun begitu mungkin
kita tidak dapat memberikan suatu gambaran yang lengkap tentang kehidupan Rasu luLlah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam sejak dilahirkan hingga wafat nya kerana beberapa sebab:
a. Oleh kerana Kitab-kitab Hadith ini disusun mengikut maudu’ atau tajuk-tajuk fiqah ataupun mengikut
unit-unit kajian yang bersangkut dengan syari’at Islam maka hadith hadith yang menceritakan tentang
penghidupan RasuluLlah berselerak dan berkecamuk dalam maudu’-maudu’ fiqah.
b. Oleh kerana para ahli hadith, terutamanya penyusun kitab hadith yang enam tidak memerhatikan soal
ini ketika mengumpulkannya untuk disusun mengikut sejarah hidup RasuluLlah, apa yang mereka titik
beratkan ialah penyusunan mengikut maudu’ atau tajuk-tajuk fiqah seperti yang disebut tadi.
Ketiga: Kitab-kitab Sejarah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Perihal riwayat hidup Muhammad RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di zaman silam adalah
melalui dan mulut ke mulut tanpa mendapat perhatian untuk dibukukan, walaupun terdapat sebilangan
kecil yang cuba menitikberatkan perhatiannya terhadap kejadian dan peristiwa-penistiwa dalam
sejarahnya itu.
Setelah beberapa ketika terdapat beberapa orang cuba mencatit riwayat hidup RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ala kadar yang sampai ke pengetahuannya antara mereka seperti ‘Urwah
Ibnu Al Zubair (wafat, 92H), Abari bin ‘Othnan (wafat, 105H), Wahb in Manbah (wafat, I1OH),
Syarhabil bin Sa’d (wafat. 123H) dan Ibnu Syihab Al Zubri (wafat, 124H).
Sayangnya apa yang dituliskan oleh mereka ini telah hilang. Hanya tinggal-beberapa bahagian
yang tercamuk, setengahnya terdapat dalam kitab Al-Tabani manakala sebahagian yang lain pula
tersimpan di bandar Heidelberg di Jerman. Bahagian yang tersimpan di Jerman ini ialah sebahagian dan
tulisan Wahb bin Manbah (1IOH).
Kemudian timbul pula satu angkatan penyusun riwayat hidup RasululLah SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam yang terkemuka antara mereka ialah Muhammiad bin Isbaq (wafat, 152H) kemudian lapisan
kedua, antara mereka ialah Al Waqidi (wafat, 207H) dan Muhammad bin Sa’ad (wafat pada tahun
230H) penyusun kitab Al-Tabaqat Al-Kubra.
Ahli sejarah sebulat suara mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh Muhammad bin Ishaq
merupakan satu-satunya makiumat (dokumen) sejarah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang
paling benar dan boleh dipegang. Tetapi malangnya kitab beliau yang berjudul Al Maghazi Wa Al Siyar
telah hilang dan kehilangannya mengakibatkan hilangnya intisari perpustakaan di zaman itu.
Setelah masa beredar setengah abad lamanya barulah timbul seorang jaguh yang lain iaitu Abu
Muhammad Abdul Malek yang lebih dikenal dengan Ibnu Hisyam, beliau telah menghidangkan
kepada kita saringan sejarah RasuluLlah Sal laLlahu ‘alaihi Wasallam dengan cara yang menarik sekali.
Sebenarnya apa yang dikarang oleh Ibnu Hisyam itu adalah kandungan “Al Maghazi Wa Al Siyar”
yang dikarang oleh Ibnu Ishaq dalam bentuk ringkasan.
Ibnu Khillikan telah menegaskan dalam bukunya begini:
“Ibnu Hisyam ini ialah orang yang mengumpulkan Riwayat RasuluLlah daripada Kitab “Al
Maghazi Wa Al Siyar” yang dikarang oleh Ibnu Ishaq setelah disaring dan dibuat beberapa
pembaharuan, tambahan dan ringkasan. Kemudian hasil itu dikenali dengan nama “Sirah Ibnu
Hisyam “.
Akhirnya barulah orang lain cuba mengikuti jejak langkah mereka ini dalam usaha mengarang dan
menyusun sejarah hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, terdapat antara mereka yang cuba
membentangkan pelbagai aspek hidup Rasu luLlah SallaLlahu ‘alaibi Wasallam. Sebahagian dan mereka
Fiqh Al-Sirah 1
11
yang lain pula cuba mengkaji sudut-sudut hidup Baginda yang tertentu, seperti Al Asfahani dalam
bukunya “Dala’il Al Nu buwwah” dan “Tanda-tanda Kenabian”. Imam Tarmidzi pula dalam kitabnya (Al
Asy Syamail) cuba menyingkap aspek yang tertentu dan begitu juga Ibn Al Qayyim Al Jauziy dengan
bukunya “Zad Al Ma’ad”.
Category: 0 komentar

0 komentar:

Posting Komentar