Categories

Lesson 6

Blog Archive

Follower

Statistik

Get Gifs at CodemySpace.com

SEJARAH SENI MUSIK ZAMAN KHALIFAH AL-RASYIDIN


Seni muzik pada zaman khulafa’ boleh dikatakan penggunaannya seakan dihalang dan
diharamkan. Kebanyakkan khalifah kurang berminat dalam seni muzik. Oleh yang
demikian, menurut sejarawan islam moden, sayyid Amir Ali berpendapat bahawa
keadaan ini berterusan sehinggalah munculnya generasi-generasi baru.
Pada zaman Abu Bakar (632-634) boleh dikatakan bahawa muzik adalah suatu
yang malahi iaitu kesukaan atau hiburan yang diharamkan. Seniwati yang bekerja sebagai
hamba dirumah bangsawan arab mungkin dapat menuruti larangan ini dan tidak
melibatkan diri dalam bidang seni. Akan tetapi, seni muzik ini menular dan berleluasa
secara terbuka di kedai-kedai arak. Ada diantara mereka yang tidak mempeduli tentang
larangan pengharaman muzik. Seniman-seniman yang elegi mungkin dapat bertoleransi
dan memahami bahawa sebab-sebab elegi bukan bergantung kepada muzik seperti lagu
yang dipanggil ghina. Ramai seniman yang telah dihukum kerana seni muzik. Hukuman
ini dikenakan keatas mereka bukanlah disebabkan mereka adalah ahli muzik, akan tetapi
kerana mereka telah menyanyi lagu yang berbentuk sindiran dan diiringi dengan mizmar.
Golongan pemuda islam pada zaman ini merasa bosan dengan pengharaman

muzik ini yang mana ada yang merantau ke negara lain demi melarikan diri daripada
kongkongan ini. Mereka cuba mencari dan memperolehi kemenangan, muzik, permainan
dan keseronokan yang dapat menghiburakan dan sesuai dengan hati dan sanubari mereka.
Pada zaman umar (643-644), keadaan dan pandangan beliau terhadap muzik
sedikit berlainan daripada pandangan Abu Bakar. Umar dikatakan agak boleh menerima
seni muzik. Ini kerana, menurut hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah bahawa umar telah
banyak mendengar lagu yang didendangkan oleh seniwati pada zaman nabi. ‘Asim iaitu
anak kepada umar adalah seorang yang aktif dalam bidang muzik pada zaman khalifah
al-Nu’man ibn ‘Adi yang juga merupakan penaung atau ketua kesenian.
Dibawah pemerintahan khalifah uthman pula (644-656), suatu perubahan yang
hebat dari segi politik dan social masyarakat arab telah berlaku. Tidak seperti khalifah
umar yang sudah berpuas hati walaupun tinggal ditangga masjid di madinah, sifat
khalifah uthman ternyata berbeza kerana beliau lebih suka kepada kekayaan. Istana yang
besar dan megah, bilangan hamba yang ramai dalam istana, pedati kuda yang berkilauan
dan kehidupan yang mewah menjadi suatu arahan dan gaya hidup bukan sahaja dalam
masyarakat Iraq dan Syria, yang sudah sedia maklum telah biasa dengan keadaan ini,
malah ianya juga menjadi gaya hidup masyarakat Bandar-bandar suci di Hijaz. Dengan
adanya dan terbinanya istana-istana dan rumah-rumah golongan bangsawan ini, maka
muzik dan ahli muzik mendapat tempat yang tinggi dan istimewa.
Tidak banyak perubahan yang berlaku pada zaman Ali (656-661). Ini kerana
saidina Ali sendiri seorang seniman dan beliulah orang pertama yang munubuhkan dan
pusat penjagaan yang sebenar kepada kehalusan seni dan surat-surat dengan
membenarkan pengajian dalam bidang sains, puisi dan muzik. Bermula daripada saat itu,
masa depan muzik terjamin dan selepas pemerintahan zaman khalifah al-Rasyidin,
tampuk pemerintahan dikuasai oleh dinasti Umayyah. Pada zaman ini kesenian
dikukuhkan lagi secara praktikal di mahkamah.
Kedudukan muzik dan ahli muzik, yang disertakan dengan maklumat-maklumat
yang menjadi bukti kepada teori dan amali keseniaan pada zaman awal pemerintahan
zaman khulafa’ al-Rasyidin ditakrifkan mengikut analisis-analisis yang dikaji. Pada
zaman pemerintahan saidina uthman, suatu bentuk seni yang baru telah muncul di Hijaz
iaitu seniman yang dipanggil seniman professional. Seniman professional pertama di
Hijaz terdiri daripada beberapa peringkat yang dikenali sebagai mukhannathun. Pada
mulanya, semua seniman dan seniwati professional berasal dari golongan hamba.
Seniman professional islam yang pertama ialah Tuwais atau nama sebenarnya ialah Abu
Abd al-Munaam Isa ibn Abdallah al-Dhaib yang berbangsa Arab dan mendapat
pendidikan kesenian muzik di Arab juga. Beliau disanjung tinggi oleh periwayatperiwayat
arab kerana kebolehannya dalam bidang muzik.
Sa’ib Khathir, walaupun beliau seorang hamba orang parsi, akan tetapi beliau
telah mengembangkan muzik arab dan belajar keindahan-keindahan kesenian parsi.
Beliau juga merupakan salah seorang tawanan pada sepasukan tentera dalam peperangan
al-Harra. Beliau hanya menggunakan alat muzik yang dinamakan duff bagi mengiringi
muzik beliau.
Ada yang berpendapat bahawa muzik menjadi bahasa kebangsaan. Akan tetapi,
bagi masyarakat arab muzik tidak dapat dipisahkan daripada lagu. Ini kerana mereka
mempunyai kecenderungan dan mudah terpengaruh dengan muzik dan melodi yang asli
yang tidak bercampur dengan muzik asing. Mereka juga mempunyai pandangan yang
jelas terhadap system muzik asli yang berbeza dengan bentuk kesenian daripada Parsi dan
Byzantium.
Muzik arab pada zaman ini dikenali melalui alat-alat muzik yang mereka gunakan
dan melahirkan pelbagai teknik-teknik muzik. Dalam seni muzik klasik, didapati tiada
gabungan antara pelbagai alat-alat muzik dalam persembahan walaupun tiada halangan
kepada perkara tersebut.
Terdapat ramai daripada kalangan sahabat dan kaum kerabat nabi Muhammad
s.a.w yang menjadi penyokong kepada seni muzik. Antaranya adalah seperti Aishah,
isteri kepada nabi, Hassan, cucu nabi, Sukaina, anak perempuan Hussin, Saad ibn Abi
Waqqas, Aishah binti Saad, Mus’ab ibn Zubayr, Aishah binti Talha dan Abullah ibn
Jaafar. Abdullah ibn Jaafar merupakan seorang yang sangat aktif dalam seni muzik
sehingga beliau menjadikan istananya sebagai pusat pemuliharaan muzik. Beliau juga
merupakan penaung kepada ramai ahli muzik yang utama dan terkenal seperti Tuwais,
Saib Kathir, Nashit Nafi al-Khair, Budaih al-Malih, Qand dan Azza al-Maila.
Penutupan atau berakhirnya zaman khalifah disaksikan dengan pelbagai
pengenalan kepada pelbagai jenis muzik yang dikenali sebagai ghina al-mutqan. Ianya
adalah merupakan penampilan istimewa yang menitik beratkan kepada iqa’ atau rentak
melodi lagu yang bergantung kepada panjang rangkap sesuatu lagu.
Category: 0 komentar

0 komentar:

Posting Komentar