Categories

Lesson 6

Blog Archive

Follower

Statistik

Get Gifs at CodemySpace.com

SEJARAH SENI MUSIK SEBELUM ISLAM


Negera Arab selatan merupakan antara negara yang tertua yang mana didalamnya masih
lagi bergema sebahagian daripada kebudyaan-kebudayaan lama. Muzik dan puisi
berkembang walaupun tiada penulis-penulis yang menulis tentang perkembangan ini
secara khusus dan terperinci.
Diceritakan daripada al-Isfahani bahawa raja tubba’ yang terakhir iaitu ‘Als ibn
Zaid merupakan orang pertama yang menyanyi di Yaman. Lagu-lagu sebelum islam di
yaman muncul pada abad ke 19 iaitu ketika zaman al-Mas’udi yang banyak terpengaruh
dengan petikan-petikan puisi ibn Khurdadhbih.
Rakyat Yaman pada ketika itu diperkenalkan dengan dua jenis muzik iaitu
Himyari dan Hanafi. Muzik Himyari merupakan muzik yang berbentuk klasik. Antara
alat-alat muzik yang digunakan adalah kebanyakkannya berasal dari arab selatan.
Antaranya ialah seperti mi’zaf dan kus (dram kawah).
Sehingga ke hari ini, orang-orang arab di Hijaz mengakui bahawa muzik arab
yang terbaik dan sebenar ialah berasal dari Yaman kerana Hadrami Mintrels seorang artis

terkenal yang juga berasal dari Yaman.
Di ‘ukaz iaitu salah sebuah negeri di Hijaz, ramai penyajak-penyajak dan
seniman-seniman yang mengembara keseluruh pelusuk semenanjung arab untuk mencari
ilmu pengetahuan dalam bidang kesenian. Disini juga terdapat bacaan dan nyanyian
daripada mu’allaqat yang terkenal. Pada zaman Banu ‘Amaliq, seniwati-seniwati legenda
telah dipanggil semula bagi memeriahkan lagi bidang kesenian pada ketika itu.
Ahli muzik dari al-Hijaz didapati berkebolehan dalam pelbagai bidang. Antara
alat-alat muzik yang digunakan adalah seperti mizhar, mi’zafa (alat muzik bertali),
qussaba (seruling), mizmar dan duff (rebana).
Ramai yang mendakwa bahawa al-Hijaz merupakan pusat kepada perkembangan
muzik. Seorang pengarang iaitu ‘Iqd al-Farid mengatakan bahawa muzik banyak
memberi kesan kepada rakyat di Madinah, Thaif, Khaibar, Wadi al-Qura dan sebagainya.
Al-Hira merupakan salah satu lagi pusat kebudayaan yang terpenting. Walaupun
dalam kejatuhan Bandar Babylon, Mesopotamia masih lagi aktif dalam bidang kesenian.
Ini kerana diantara seniman-senimannya seperti Chaldaeans, Aramaeans dan Jews yang
masih lagi aktif dengan kebudayaan bangsa arab. Di al-Hira juga seorang raja parsi iaitu
Bahram Ghur telah dihantar sebagai putera raja untuk dididik dan mendalami tentang
kesenian dan kebudayaan. Di sini, dia telah diajar muzik yang terkenal dikalangan orang
arab. Apabila dia menaiki tahta, perkara pertama yang dilakukannya ialah meningkatkan
taraf ahli muzik di mahkamah parsi. Al-Tabari menyatakan bahawa pada akhir zaman
pemerintahan raja Lakhmid di al-Hira iaitu al-Nu’man III, yang mempunyai kelebihan
dan minat yang luar biasa dalam bidang muzik.
Kebudayaan arab pada umumnya telah banyak mempengaruhi al-Hira. Seperti
yang diketahui bahawa al-Hira merupakan pusat kepada perkembangan puisi. Dinyatakan
juga bahawa penyajak-penyajak seperti al-Nabigha, Tarafa, ‘Amr ibn Khulthum dan ‘Adi
ibn Zaid telah dilayan dengan baik sekali. Disini dapat dilihat betapa rapatnya hubungan
antara muzik dan puisi yang sama-sama hebat dan digemari. Al-Hijaz juga telah
meminjam banyak lagu-lagu artistic daripada al-Hira daripada menggunakan nasb yang
terpakai.
Syria juga merupakan salah satu pusat kebudayaan yang terpenting sehingga
bencana perang yang berlaku pada 272 AD. Budaya yang khusus dalam kerajaan
Nabataeans ialah seni petra, bosra dan palmyra dan ini merupakan sebahagian daripada
seni muzik kerajaan Nabataeans. Strabo menyatakan bahawa ahli-ahli muzik dalam
kerajaan ini aktif dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Sheikhs Ghassanids yang
merupakan maharaja Bizantium yang terlama dan banyak dipengaruhi oleh budaya
Bizantium. Pada masa ini, budaya Ghassanid merupakan budaya yang paling terkenal
dikalangan raja-raja arab dizaman jahiliyyah. Al-Nabigha dan Hassan ibn Thabit telah
memberikan sumbangan dalam kesenian di mahkamah Ghassanid yang mana mereka
berdua bukan sahaja ahli muzik dari arab tetapi karya mereka diminati dan dinyanyi oleh
seniwati-seniwati al-Hira dan Byzantium.
Orang-orang arab badawi merupakan golongan yang sangat menghargai muzik.
Alat-alat muzik yang terkenal dikalangan golongan ini ialah seperti mizhar, kiran,
muwattar (alat muzik bertali), mizmar, duff (rebana), jalajil (loceng) dan naqus (anak
loceng).
Menurut bangsa arab yang kuat berpegang kepada salasilah, muzik memberi
kesesuaian dan semangat dalam salasilah keluarga. Jubal iaitu anak kepada Cain (Qain)
telah mencipta sebuah lagu yang merintih kerana kematian Abel. Bar Hebraeus iaitu salah
seorang rakyat Syria yang menyatakan bahawa pencipta alat-alat muzik pada ketika itu
merupakan anak perempuan kepada Cain. Anak lelakinya pula iaitu Tubal telah
memperkenalkan beberapa alat muzik seperti tabl (dram) dan duff (rebana).
Pada zaman jahiliyyah juga muzik memainkan peranan yang penting dalam
meramalkan misteri arab, ahli sihir dan perihal kenabian. Pada zaman ini juga terdapat
seniwati-seniwati yang memainkan peranan dalam bidang muzik dan kesusasteraan
kehidupan. Dalam perjalanan peperangan Uhud, tentera-tentera dihiburkan oleh seniwati
dengan lagu-lagu daripada Hind binti ‘Utba yang menyanyikan lagu perang dan keluhan
sambil memainkan rebana.
Category: 0 komentar

0 komentar:

Posting Komentar