Categories

Lesson 6

Blog Archive

Follower

Statistik

Get Gifs at CodemySpace.com

SEJARAH SENI MUSIK ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH


Pendahuluan
Pengaruh muzik zaman Abbasiyyah begitu besar sekali, ini kerana pada zaman tersebut
kemajuan yang dicapai amat hebat sekali, perkembangan tamadun yang dicapai daripada
semua bidang telah memajukan lagi kehebtan kerajaan Abbasiyyah termasuklah dengan
seni muzik.
Kemajuan seni Muzik
Seni Muzik telah mencapai kemajuan yang begitu hebat sekali, ini kerana seni muzik
telah mendapat tempat yang baik daripada kalangan pemerintah dan juga orang ramai.
Kehebatan dan kemajuan seni muzik ini dapat dilihat melalui lukisan-lukisan yang
terdapat dalam kitab Alpum Al-Lail atau Hikayat Seribu Satu Malam, yang dihiasi
dengan gambar-gambar sekumpulan ahli muzik yang sedang membuat persembahan
mereka di hadapan khalifah. Ia menggambarkan betapa besarnya penghargaan umat Islam
terhadap seni muzik pada masa itu di kota Dymsik, iaitu pada zaman kerajaan
Abbasiyyah. (Ghazali Darusalam: 2001: ms 258)
Selain daripada itu, seni suara dan seni muzik mendapat kecemerlangannya pada
zaman khalifah Abbasiyyah. Abdul Rahman Haji Abdullah (1988)menjelaskan bahawa
perkembangan seni muzik terjadi kerana kerajaan Abbasiyyah menjadikan syarat kepada
semua rakyatnya supaya mahir dalam bidang muzik dan menyanyi sebagai salah satu
syarat untuk mendapatkan pekerjaan. Hanya mereka yang cekap bermain alat-alat muzik
dapat diterima menjadi pelayan, dayang-dayang dan inang pengasuh di istana atau di
rumah-rumah pembesar dan hartawan, oleh sebab itu semua pemuda dan gadis menjadi
kewajipan untuk mereka belajar dan mendalami bidang muzik. Pada masa pemerintahan

Khalifah al-Mahdi, para panyanyi telah di undang ke istana untuk menghiburkan khalifah
iaitu seorang penyanyi yang dikenali sebagai Siyath yang datang dari kota Mekah. Beliau
diberikan perlindungan agar dapat bergerak bebas dalam istana dan diberikan sagu hati
kepadanya. Anak muridnya yang bernama Ibrahim al-Mausili juga telah mendapat tempat
yang utama di istana Harun al-Rashid. Ibrahim al-Mausili berasal dari keturunan
bangsawan Parsi yang diculik dari keluarganya semenjak kecil lagi dan dijual di pasar di
Baghdad. Ibrahim pandai bermain alat muzik gambus. Beliau mempunyai ramai anak
murid. Anak muridnya yan gterkenal ialah Ishak iaitu penyanyi istana kepada empat
orang khalifah iaitu Khalifah Ma’mun, Khalifah Mu’tasim, Khalifah Wathiq dan Khalifah
al-Mutawakkil (Mahmood. 1971 : 171-172).
Di antara khalifah Bani Abbas, Harun al-Rahsyid adalah khalifah yang paling
sukakan lagu-lagu dan muzik. Dia memberi kurniaan yang banyak kepada penyanyi dan
ahli-ahli muzik zaman itu. Ramai penyanyi terkenal pada zaman Harun al-Rahsyid,
seperti Mansur Zalzal, Ismail Abu Kasim, Miskin al-Madani. Seni muzik pada zaman
Abbasiyyah berkembang maju kerana mendapat sokongan daripada dan galakan yang
baik dari pemerintah dan ramai keluarga khalifah terutamanya wanita-wanita yang
mengambil
Tokoh-Tokoh Muzik Zaman kerajaaan Abbasiyyah
Oleh sebab penekanan yang diberikan oleh pemerintah kepada rakyatnya untuk mahir
dalam bidang nyanyian dan muzik, telah melahirkan ramai biduan-biduan yang terkenal
seperti Ma’bad, ibnu Muhriz, Ibnu Misjah, Ibnu Suraji dan sebagainya. Selain daripada
itu terdapat juga biduanita-biduanita yang terkenal seperti Basbas, iaitu penyanyi di istana
Khalifah al-Mahdi, Zatul-Khal dan Bazel di istana Khalifah al-Rahshid, manakala Fitna
di istana Jaafar al-Barmaki, Dananir di istana Yahya al-Barmaki, dan Neam di istana
Khalifah al-Maknun. Manakala al-Kindi dan al-Farabi banyak juga menulis tentang teoriteori
muzik.
Selain daripada itu, buku-buku muzik karangan Abu Abdul Rabbih diterjemahkan
ke dalam bahasa Inggeris sebagai Unique Necklace. Manakala karya muzik al-Isfahan (10
Masihi) telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai The Great Book Of Song,
juga dari al-Nawairy (13Masihi), salinannya The Extreme Needs. Karya lagu mereka
sangat mengagumkan dunia Eropah dan menjadi sanjungan di sana.
Pada masa tersebut telah melahirkan senaman al-Syatibi, yang merupakan seorang
pemain biola yang terkemuka dan selalu memainkan biolanya hingga para gadis tidak
dapat tidur kerana kelunakan gesekan biola al-Syatibi. Al-syatibi selalu bermain alat
muziknya itu pada waktu malam. Diimbas kembali masa lampaunya dahulu, beliau
pernah dipukul oleh ibunya hanyalah kesalahan yang kecil iaitu kerana sepotong kuih.
Al-Syatibi menjiwai alat muziknya dengan gelak ketawa adik-adiknya sewaktu kecil dan
kesedihan beliau kerana kehilangan rakan dan ditinggalkan kekasihnya membuatkan al-
Syatibi menanggis sambil mengesek biolanya. Hanya dengan muzik beliau dapat
menenangkan diri dan ,menghiburkan hatinya. (Ghazali Darusalam:2001:258)
Al-Farabi juga merupakan seorang tokoh muzik yang terkemuka pada zaman
Abbasiyyah. Nama sebenar al-Farabi ialah Abu Nasir Muhammad bin Auzalagh bin
Tarkhan al-Farabi. Al-Farabi juga tergolong sebagai salah seorang ulama’ yang luas ilmu
pengetahuannya. Selain sebagai ahli fisafat dan dianggap sebagai guru kedua selepas
Aristotle, al-Farabi juga alim dalam ilmu-ilmu lain. Dia banyak mengarang kitab-kitab.
Satu keistimewaan yang tidak biasa dimiliki oleh ulama’-ulama’ lainnya ada pada
al-Farabi ialah dia pakar dalam ilmu muzik. Dia bukan sahaja pandai dalam teori tapi
juga pandai menyanyi dan memainkan alat-alat muzik . Dia telah mengarang 5 buah kitab
tentang muzik .
Suatu hari di istana raja Saif Ad-Daulah ada pesta besar . Para pembesar negara
dan orang ramai hadir bersama . Al-Farabi datang ke majlis itu dengan memakai pakaian
biasa dipakai oleh ulama’ Turki . Apabila Al-Farabi sampai di majlis itu, dia melihat ke
kanan dan ke kiri mencari tempat duduk . Baginda raja bertitah ; ‘’Sila duduk!’’
‘’Akan duduk di mana?’’ Tanya Al-Farabi .
‘’Di situlah.’’ Titah baginda.
Al-Farabi mencelah-celah mengambil tempat duduk di samping baginda. Melihat
kelakuan Al-Farabi itu, baginda agak murka dan berbisik kepada seseorang dengan
menggunakan bahasa Turki: ‘’orang ini kurang adab . Beta akan menyoalnya, kalau tidak
dapat menjawab , beta akan halau dia dari sini.’’
Baginda ingat Al-Farabi tidak faham akan bahasa tersebut, mendengar baginda
bertitah begitu , Al-Farabi berkata: ‘’Sabar tuanku .Setiap kesalahan ada hukumannya .’’
Baginda terkejut dan bertanya: ‘’Eh ..rupanya awak faham bahasa yang beta
cakapkan .’’
‘’Benar tuanku. Bahkan patik boleh bertutur dalam 70 bahasa .’’
Baginda dan hadirin sangat kagum . Maka ramailah tetamu terhomat yang
mendekati Al-Farabi .Mereka ingin mendengarkan nasihat dan syarahanya . Semua
merasa puas akan butir –butir mutiara yang keluar dari mulut ulama’ besar itu .Baginda
Saif Ad- Daulah sendiri terus berbual sampai ke bilik jamuan khas .
Baginda bertanya kepada Al-Farabi :Mahu makan?
‘’Tidak .’’ Jawab Al-Farabi .
‘’Nak minum apa-apa ?’’
Kemudian baginda menawarkan benda lain :’’mahu mendengar bunyi –bunyian?”
Al-Farabi menjawab : “Ya tuanku .’’
Maka baginda memanggil para penyanyi untuk menghibur tetamu yang ramai itu.
Apabila para penyanyi mendendangkan lagu-lagunya,Al-Farabi tertawa mendengar
nyanyian yang diangapnya sumbang itu dan menegur para artis . Baginda hairan melihat
telatah Al-Farabi dan bertanya: “Apakah tuan juga pandai menyanyi?”
‘’ya boleh .”Jawab Al-Farabi .
Baginda memberikan alat-alat muzik kepada Al-Farabi .Al-Farabi pun mengambil
sebuah gambus dan mulai menyanyi .Lagu pertama yang di bawakan oleh Al- Farabi
adalah lagu komedi yang sangat lucu .Hadirin pun ketawa .Baginda sendiri tertawa
sampai sakit perut dan meminta Al-Farabi menyanyikan lagu lain .
Kini Al-Farabi mengubah susunan muziknya dan menyanyikan lagu sedih .Tidak
berapa lama kemudin hadirin dan raja telah bercucuran air matanya kerana merasa sedih.
Ramai yang menanggis kerana kesedihan itu. Raja sendiri pun nampak tidak bermaya.
Oleh kerana itu al-Farabi mengubah lagi susunan muziknya. Kini dia menyanyikan lagu
yang terakhir. Lagu ini sengaja digubah oleh al-Farabi menyebakan penonton merasa
teruja .Apabila lagu dinyayikan , sedikit demi sedikit hadirin yang tadinya bersemangat
menjadi mengantuk. Masing-masing tidak berdaya untuk menahan mata mereka. Lama
kelamaan hadirin dan baginda tertidur di tempat masing-masing dengan lelapnya. Al-
Farabi terus menyanyi, hingga hadirin benar-benar tidur. Ketika itulah dia meninggalkan
jamuan dengan tidak disedari oleh sesiapapun. Dia pun balik ke rumahnya. Apabila
baginda dan hadirin benar-benar tidur. Dia pun balik ke rumahnya. Apabila baginda dan
hadirin yang lain membuka mata, ternyata al-Farabi telah tiada. Waktu itu telah benarbenar
larut malam. Baginda tidak habis-habis hairan dengan kepandaian al-Farabi.
(NurulHas:
Category: 0 komentar

0 komentar:

Posting Komentar