Categories

Lesson 6

Blog Archive

Follower

Statistik

Get Gifs at CodemySpace.com

SAKI BAKI AGAMA HANIF DALAM JAHILIYAH ARAB


Ini juga satu muqaddimah penting yang mesti dipelajari sebelum memasuki pembahasan Sirah mengenai
kefahaman mengenai pengajaran Sirah itu sendiri, muqaddimah ini membawa kita menoleh kebelakang
kepada satu kenyataan yang dulunya sering menjadi pertikaian mengenai agama ini kepada mereka yang
melihat dan jauh yang semestinya kabur, lalu mereka tuduh dengan berbagai tuduhan palsu melalui agak
dan sangka yang palsu.
Khullasah kepada hakikat ini, ialah bahawa Islam itu tidak lain dan lanjutan kepada agama Hanif
yang mudah dan lapang ruangnya, Allah telah mengutuskan bapa juga datuk kepada para nabi, iaitu
Ibrahim ‘alahi Sallam membawa agama ini, telahpun dijelaskan oleh Allah mengenai ini melalui banyak
ayat-ayatNya dalam Al antaranya:
وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَاآُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّاآُمُ الْمُسْلِمينَ مِن
قَبْلُ وَفِي هَذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّآَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّهِ هُوَ
( مَوْلَاآُمْ فَنِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ ( 78
(Dan berjihadlah kamu pada [ agama] Allah dengan jihad yang sebenarnya, Dia [telah pilih
kamu [ berjihad], dan Dia tidakjadikan atas kamu sebarang kesukaran dalam agama ini, iaitu
agama bapa kamu Ibrahim, dan Dia juga yang menamakan kamu “Muslimin” sejak dahulu dan

di [Quran) ini… )
(Surah Al-Hajj: Ayat 78)
( قُلْ صَدَقَ اللّهُ فَاتَّبِعُواْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا آَانَ مِنَ الْمُشْرِآِينَ ( 95
(Katakanlah: “Benar [kata] Allah itu” maka ikutlah Millah [agama] Ibrahim yang hanif [yang
lurus]; dan bukan lah dia [Ibrahim] itu dan kalangan orang-orang musyrikin.)
(Surah Ali-Imran: Ayat 95)
Memang sudah ada di pengetahuan anda bahawa orang orang ‘Arab itu adalah anak-cucu Nabi
Ismail ‘alaibi Sallam, maka semestinya mereka mewarisi agama bersama selok-beloknya, ia itu agama
yang telah Allah utuskan datuk mereka membawa Tauhid dan perintah benbadat kepada Allah, tidak
mencerobohi batas laranganNya, mentaqdis dan menghormati semua yang disuruh menghormatinya, yang
utama sekali ialah menghormati dan mentaqdiskan Baitul-Haram, menghormati segala syiarnya,
mempertahankannya, melaksanakan perkhidmatan terhadapnya, serta menabir (kelambukannya).
Tetapi dengan berlalunya zaman, kurun demi kurun, mulalah orang ‘Arab itu mencampuradukkan
yang batil dengan yang haq, haq yang mereka pusakai dan datuk nenek mereka diadukkan dengan batil
yang datang dengan tidak disedari, lalu cacat dan tercelalah seluruh bangsa ‘Arab bila diselubungi
kejahilan, hanyut dan sesatlah mereka bersama mereka orang-orang yang terpukau dan terpedaya oleh
kepalsuan, dengan itu menyusup masukilah syinik ke dalam mereka, dan akhirnya menyembah berhala
sudah menjadi kebiasaan kepada mereka, keruntuhan akhlaq dan perkara—perkara batil yang mereka tiru
juga ikut sama menyusup masuk. Dengan kerana itu maka jauhlah mereka dan suluhan Tauhid dan ciriciri
agama Hanif, akhirnya setelah jangka masa yang panjang menyeluruhlah jahiliyyah yang ketat, yang
sukar hendak dilekangkan, dan berikut itulah mereka berhadapan dengan kebangkitan Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Orang yang mula pertama memasukkan syirik dan mengajak bangsa ‘Arab menyembah berhala,
ialah ‘Amru Bin Luhay Bin Qam’ah; nenek moyang kepada suku Khuza’ah. Ibnu Ishaq meriwayatkan
dan Muhammad Bin Ibrahim Bin Al-Harits Al Taimey, bahawa Abu Salih Al-Saman menceritakan
kepada nya, bahawa beliau mendengar Abu Hurairah berkata: “Saya dengar RasuluLlah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam berkata kepada Aktsam Bin Jaun Al—Kuza’i, mathumnya:
Fiqh Al-Sirah 1
19
“Saya lihat ‘Amru Bin Luhay Bin Qam’ah Bin Khandaf menarik berhala kayunya ke dalam
neraka, saya lihat dia itu benar—benar menyerupai engkau”; lalu kata Aktsam:
“Apakah penyerupaan itu membahayakan saya Wahai RasuluLlah?”
“Tidak, kerana engkau adalah orang mukmin dan ‘Amru itu kafir, sesungguhnya dialah orang
yang mula mengubah agama Ismail dengan memasang berhala, mencipta Bahira, Saibah, Wasilah dan
Hami [tiga yang tersebut itu adalah unta betina yang dihadiahkan kepada berhala, unta-unta itu dihormati,
tidak boleh ditunggang, tidak boleh diminum susunya, ia bebas memakan rumput di mana-mana]. (Sirah
Ibnu Hisham.)
Ibnu Hisham meriwayatkan bagaimana cara ‘Amru Bin Luhay menerapkan penyembahan berhala
ke dalam bangsa ‘Arab; ia mengembara ke negara Syam atas urusan perniagaan, bila ia tiba di Maab
dalam daerah Baiqa’ yang ketika itu didiami oleh suku Amaliq — ‘Amaliq ertinya anak cucu ‘Amliq Bin
Lawaz Bin Sam Bin Nuh ‘alaihi Sallam — Amnu melihat mereka menyembah berhala, lalu ia bertanya:
“Apa bendanya yang kalian sembah ini?”
“Inilah patung-patung berhala, kami sembahnya meminta hujan maka ia menurunkan hujan, kami
minta pertolongan ia memberi pertolongan.”
“Mahukah kalian beri kepada saya salah satu berhala itu, saya akan bawa pulang ke bumi orangorang
‘Arab untuk mereka sembahnya?”
Lalu diberikan kepada ‘Amru satu berhala yang dinamakan “Hubal”, berhala itu dibawa pulang ke
Makkah dan di suruh orang menyembahnya. (Sirah Ibnu Hisham.J. 1.H.77. juga Kitabul-Asnam Ibnul-
Kalabi. H. 8-9.)
Begitulah cara berkembangnya penyembahan berhala di tanah ‘Arab, dan tersebarnya syirik dalam
bangsa ‘Arab, dengan itu bertukarlah keadaan asal mereka yang dulunya berada di atas ‘Aqidah Tauhid
pusaka dan Ibrahim dan Isma’il alaihimas salam kepada kepercayaan syirik, dan akhirnya sampai ke
peringkat sesat dan ber’aqidah buruk seperti bangsa bangsa lain yang sesat.
Pendorong utama mereka kepada yang demikian itu semua, ialah ketandusan pengetahuan dan
buta huruf yang mereka miliki, dan pengaruh persekitaran mereka dan berbagai qabilah dan berbagai
bangsa.
Namun demikian ada juga di kalangan mereka orang orang yang masih kekal berpegang dengan
aqidah tauhid, walaupun hanya sedikit tetapi tetap berada di atas manhaj agama hanifnya, tetap
mempércayai kebangkitan nabi, tetap mempercayai hidup semula sesudah mati dan tetáp yakin bahawa
Allah pasti beri ganjaran pahala kepada orang yang taat, balasan siksa kepada orang yang derhaka.
Golongan ini memang benci kepada segala apa yang diada-adakan oleh orang orang ‘Arab, seperti
penyembahan berhala dan cara pemikiran yang sesat, mereka yang terkenal dengan pegangan ini memang
banyak, di antara mereka seperti Qais Bin Saidah A1-Ayadi, Ri’ab Ash-Shamii, dan Buhaira Al-Rahib.
Walaupun begitu keadaannya orang-orang ‘Arab, namun prinsip-prinsip dan syiar-syiarnya sejak
Nabi Ibrahim, masih kekal saki bakinya dalam adat dan budaya mereka, walaupun dalam keadaan paling
lemah setelah sekian lama merentasi zaman, namun kejahiliyyahan mereka masih bersadurkan sedikit
sebanyak peninggalan yang berupa syiar dan prinsip agama Hanif, walaupun syiar dan prinsip itu
biasanya muncul dalam bentuk rupa yang buruk dan jahat, seperti menghormati Ka’bah, bertawaf,
menunaikan haji, umrah, wuquf di ‘Arafah dan sebagainya, adalah berasal dan syariat yang mereka warisi
sejak zaman Nabi Ibrahim ‘alaihissalam, tetapi mereka adukkan dengan beberapa perkara yang bukan
asal, seperti Talbiyah mereka di masa melakukan Haji dan Umrah berbunyi:
Mereka tambahkan “
“... melainkan dia yang menjadi sekutu bagi Engkau, Engkau miliki apa yang dia miliki”, mereka
tauhidkan Allah kemudian mereka sekutukan dengan berhala-berhala mereka, dan mereka jadikan berhala
itu milik Allah, mengikut riwayat Ibnu Hisham.
Fiqh Al-Sirah 1
20
Ringkasnya: Perkembangan sejarah ‘Arab dan mula hingga akhirnya adalah dalam pangkuan
agama Hanif yang lapang dan muda, agama yang diutuskan bapa para Nabi, iaitu Ibrahim ‘alaihissalam.
Bangsa ‘Arab ini sudah pernah dilimpahi aqidah tauhid, pernah disuluhi cahaya hidayah dan iman, tetapi
kemudiannya mereka menjauhi agama yang benar itu sedikit demi sedikit, dengan berlalunya zaman
berkurun-kurun lamanya, maka keadaan bertukar, di mana kegelapan syirik dan pemikiran sesat serta
kejahilan yang laksana banjir telah menenggelamkan mereka, di samping itu mereka tetap juga
mengekalkan saki baki petunjuk yang benar dan prinsip-prinsip yang tulen yang lama tersembunyi dalam
perjalanan yang lambat bersama sejarah mereka, semakin lemah bersama zaman, semakin kurang para
pendokongnya dan tahun ke tahun.
Tetapi manakala bersinar kembali obor agama Hanif dengan kebangkitan Khatamul-Anbiya’
Muhammad SallaL lahu ‘alaihi Wasallam, tibanya wahyu ilahi ke setiap yang telah menjadi tebal dengan
kesesatan dan kegelapan dalam jangka masa yang panjang itu, maka semuanya itu telah dihapuskan oleh
wahyu, diteranginya semula tempat itu dengan suluhan iman dan tauhid, dengan prinsip-prinsip keadiian
dan kebenaran, tibanya wahyu Ilahi kepada saki baki tersebut yang telah begitu lama dilalui oleh
kehidupan bangsa ‘Arab, mengubahkan kehidupan mereka ke tempat pancaran cahaya yang baru,
mengembalikan mereka kepada agama yang diutuskan Ibrahim ‘alaihissalam untuknya, ditetapkan
kembali syariah-syariah Ilahiyyah serta dibaharuinya da’wah untuk itu.
Tidak ragu-ragu bahawa adalah meniadi perkataan yang tidak dikehendakj kalau kita perkatakan
juga perkara—perkara sudah dikenali dan diketahui oleh orang yang telah membaca dan meneliti sejarah,
pastinya itu merupakan suatu yang tetap dalam batin orang-orang yang telah mempelajari Islam.
Bukanlah kita berhajat hendak menghabiskan banyak masa pada zaman ini dalam menjelaskan apa yang
telah jelas, iaitu setelah kita melihat dengan mata kepala kita, bagaimana setengah-setengah manusia
dapat ditundukkan i’tiqad mereka semata-mata kerana keinginan dan kegemaran yang ada dalam diri-diri
mereka.
Ya, memang ada jenis manusia seperti itu yang hidup di dunia ini, mereka ini tidak pernah ambil
kisah bahawa akal mereka telah dibelenggu seketat-ketatnya dengan rantai penghambaan, otak pemikiran
mereka dijajah dan diperhambakan!...
Betapa besarnya perbezaan antara bahawa iradah kemahuan anda ada di belakang ‘aqidah anda,
dengan adanya ‘aqidah di belakang iradah kemahuan anda, betapa jauhnya beza antara keduanya di segi
ketinggian dengan kerendahan, antara kemuliaan dan kehinaan!..
Apa yang kita katakan tadi adalah jelas dengan bukti dan keterangannya, betapa kedapatan
manusia-manusia yang berkata: “Bahawa sejak zaman jahiliyyah — di masa hampir dengan kebangkitan
Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam — sudah ada kesedaran untuk kembali kejalan yang betul yang Iayak
diikutinya, lalu pemikiran orang-orang ‘Arab pun mula memberontak terhadap syirik dan penyembahan
berhala dan seumpamanya yang berupa dongengan-dongengan jahiliyyah, dan kemuncak kesedaran dan
pemberontakan pemikiran itu muncul menjadi kenyataan dengan kebangkitan Muhammad SallaLlahu
‘alaihi Wasallam dan da’wahnya dalam bentuk dan rupa baru.
Sedangkan konsep da’wah itu:- seperti yang jelas kepada anda Bahawa sejarah perkembangan
jahiliyyah adalah semakin meningkat penguasaannya ke atas hak-hak tauhid dan nur bidayah, ini berlaku
dalam edaran zaman yang begitu panjang, atau ertinya semakin jauh mereka dan zaman Ibrahim melalui
sekian kurun semakin hampir kembali kepada pninsip-pninsip agama Ibrahim dan da’wahnya, hingga
sampailah kehampiran itu ke tahap yang terakhir, iaitu saat—saat kebangkitan Muham mad Sailallahu
‘alaihi Wasailam!’
Apakah begitu ukiran sejarah, atau ukiran tepat dan sejarah adalah pada keseluruhannya sebalik
itu, kenyataan sejarahnya begitu mudah difaham, semudah menyebut “Alif dan Ba”nya yang begitu jelas
difahamkan.
Setiap pengkaji dan penyelidik sejarah yang bebas, tahu bahawa zaman di mana Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, adalah zaman jahiliyyah yang paling jauh dan hidayah atau pertunjuk
RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasailam kalau dibandingkan dengan semua zaman, dan saki baki
runtuhan yang ada pada orang-orang ‘Arab ketika kebangkitan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
Fiqh Al-Sirah 1
21
itu sebenarnya saki baki pertunjuk dan prinsip agama Hanif, ia dapat dilihat pada imbasan-imbasan dalam
upacara penyembahan berhala yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh, juga pada penyerupaan dan
persamaan dalam sebahagian upacara yang telah ditetapkan oleh Islam saki baki runtuhan itu ketara
sekali, kerana sejak sekian kurun tidak sampai sepuluh peratus yang tinggal. Kalau itu dijadikan panduan
oleh golongan manusia yang menganggapnya seperti di atas terhadap konsep Nubuwwah atau
kebangkitan Nabi itu sepatut sudah berada atau sudah dibangkitkan NabI SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
beberapa kurun atau beberapa jenerasi sebelumnya!
Ada pula segolongan manusia lain yang menuduh: bahawa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam tidak berkemampuan lagi untuk bertindak membenteras ke atas perkara-perkara utama yang
terkenal di kalangan bangsa ‘Arab, seperti adat, tradisi, dan berbagai kepercayaan ghaib, yang merupakan
perkara-perkara yang dihormati dan di agung-agungkan oleh mereka, lalu baginda ikut memperkukuh dan
menyempurnakan semua itu dengan menjadikannya sebagai upacara agama, lalu diisytiharkannya sebagai
perintah Tuhan kononnya. Dan dengan satu gambaran lain pula, kononnya: Kedatangan Muharmmad
SalaLlahu ‘alaihi Wasallam itu hanyalah untuk menambahkan bilangan ‘aqidah atau kepercayaan ghaib
pada bangsa ‘Arab, bahawa penjagaan pentadbiran segala-galanya berada di tangan persendirian Tuhan
yang Maha kuasa ke atas apa yang dikehendakinya, dengan itu maka berterusanlah bangsa ‘Arab hingga
setelah memeluk Islam, mempercayai sihir, jin dan berbagai kepercayaan lain, umpamanya mereka tetap
melakukan tawaf atau mengelilingi Ka’bah, menganggap Ka’bah itu suci dan berbagai upacara yang
palsu dan sebagainya.,
Yang diperkatakan oleh mereka yang mendakwakan semua yang tersebut itu, hanya berdasarkan
atas dua andaian, dua andaian yang sama sekali mereka tidak mahu memikirkan kesalahan andaian itu;
andaian pertama: Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu bukan seorang Nabi, andaian kedua:
Segala saki baki amalan agama di zaman Nabi Ibrahim yang masih ada pada orang-orang ‘Arab seperti
yang telah kita bahaskan itu, sebenarnya rekaan dan tiruan yang mereka ada-adakan sendiri dan semasa
ke semasa, sebenarnya penghormatan dan taqdis terhadap Ka’bah itu bukanlah sebagai salah satu dan
peninggalan dakwah Nabi Ibrahim yang merupakan perintah Tuhan, kewujudan upacara itu merupakan
jalinan yang tersusun dan suasana dan kebiasaan orang-orang ‘Arab, ertinya upacara itu merupakan salah
satu dan berbagai tradisi orang-orang ‘Arab.
Cara untuk menyelamatkan dua tuduhan palsu itu supaya tidak lemah dan tidak cacat, maka
penulis-penulis tuduhan itu sengaja memejamkan mata walau berhadapan dengan berbagai bukti dan
keterangan juga kenyataan-kenyataan sejarah yang begitu jelas, atau apa saja keterangan yang menolak
tuduhan tuduhan mereka, atau kenyataan-kenyataafl yang mendedahkan kepalsuan dakwaan tersebut.
Di samping itu, seperti yang diketahui, bahawa pihak yang membuat kajian mengenai hakikat itu
tidak akan sampai ke matlamatnya, kerana sudah pasti dia telah sesat atau tersalah simpang, tetapi
digagahinya juga membuat andaian dan tuduhan yang berpunca dan dendam turun temurun. Sungguh
ketara bahawa kajian seperti hanya merupakan perkara sia-sia yang melucukan.
Justeru itu, maka tidak ada satu keterangan atau alasan pun yang didapati untuk dijadikan
bandingan atau satu-satu kesimpulan melalui dalil—dalil logik, atau melalui peristiwa sejarah dalam
menuju kepada sesuatu hakikat. Yang kita mahu ialah hakikat yang sebenarnya, kita juga tidak hendak
membohongi diri kita di samping membohongi orang lain dengan cara berpura-pura membuat kajian
bebas untuk mendapatkan sokongan orang lain terhadap pemikiran dan pendapat yang tertentu.
Ini tidak lain dan tidak bukan dan semata-mata kerana ta’assub atau fanatik. Maka sudah pasti,
walan dengan apa keadaan sekalipun, kita tidak boleh memejamkan mata atau membutakan hati dan
pemikiran terhadap dalil-dalil kenabian Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang begitu banyak,
seperti wahyu yang begitu jelas, seperti mukjizat Al—Qur’an dan yang ternyata persamaan antara da’wah
Muhammad dengan da’wah para nabi Sebelum baginda, juga sifat dan akhlaq baginda. Kita tidak boleh
sama sekali menerima andaian dan tuduhan bahawa Muhammad itu bukan Nabi. Juga tidak boleh kita
ketepikan sejarah yang jelas menentukan bahawa pembinaan Ka’bah itu dilakukan oleh Ibrahim
‘alaihissalam dengan perintah dan wahyu dan Allah Subhanahu wa Ta’ala, mengenai rantaian para nabi
dalam penyampaian da’wah tauhid kepada Allah, juga beriman kepada perkara—perkara ghaib seperti
hari Mahsyar dan balasan baik dan buruk sama ada syurga atau neraka, juga perkara-perkara yang telah
Fiqh Al-Sirah 1
22
diberitahu oleh nas-nas kitab Samawi sebelumnya, dan apa yang diberitahu itu telah diakui benar oleh
sejarah, telah menjadi kenyataan dalam beberapa generasi, semuanya itu kita namakan “saki baki warisan
zaman Ibrahim” dalam zaman jahiliyyah. Wajarkah kita tolak semuanya itu kerana semata-mata
disogokkan kepada kita andaian bahawa semua itu tidak lain hanya merupakan tradisi yang diada-adakan
oleh bangsa ‘Arab kemudian datang Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menyalutkannya dengan
salutan agama?
Seharusnya dimaklumikan bahawa orang—orang yang merasa sedap membuat anggapan dan
tuduhan seperti itu, tidak dapat mereka kemukakan sebarang bukti atau dalil walau dengan apa bentuknya
sekalipun, sama ada di hadapan atau di belakang tuduhan itu, yang mereka kemukakan hanya beberapa
ibarat yang meleret-leret dan berulang-ulang.
Mungkin juga anda meminta satu contoh mengenai itu, cubalah baca buku (Bunyatul — Fikrid —
Dini) (terjemahan ke bahasa Arab dan bahasa Inggeris), maka anda dapat melihat dengan jelas bagaimana
dan apakah peranan ta’assub buta terhadap manusia—manusja berkenaan, perasaan ta’assub yang pelik
itu membuat orang yang menganutnya ego hingga tidak mengaku walaupun berhadapan dengan hakikathakikat
yang seharusnya mereka lunduk menenima. (lihat “Bunyatul — Fikri Ad-Dini” bahasa
Arab.H.58.)
Mengikut pandangan Gibb, bahawa pembentukan pemikiran beragama dalam Islam, hanya
merupakan beberapa ke percayaan dan pemikiran kepada ghaib di sisi orang-orang ‘Arab, kononnya
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah memerhati dan meneliti budaya dan pemikiran bangsa
‘Arab, lalu diubahnya sekadar yang boleh, yang tidak boleh diubah dijadikan sebahagian dan upacara
agama Islam, dan kononnya Muhammad terus menyokongnya dan dipadankan dengan agama. Tetapi
Muhammad kononnya terpaksa berhadapan dengan berbagai kesulitan besar yang menghalangi jalannya,
Muhammad bukan sekadar hendak membina kehidupan beragama ini untuk bangsa ‘Arab saja, malah
untuk semua umat manusia mengikut sistem A1-Qur’an.
Itulah sari pati pemikiran Gibb dalam bukunya itu, kalau anda baca buku yang mengandungi
pemikirannya itu dan mula hingga akhimya, tidak akan kedapatan satu dari pun mengenai apa yang
dikatakannya,jika diteliti apa yang dikemukakannya, maka tidak syak lagi bahawa Gibb ini telah
meninggalkan pemikirannya di satu tempat yang jauh dari tempat yang ia sendiri duduk menulis
mengenai ini, Gibb menggantikan daya pemikirannya yang sihat dengan waham dan khayalan-khayalan
segar dan lincah, dia mendapat ilham dan waham dan khayalan, maka ia pun menulis seperti yang
ditulisnya mengikut kehendak dan hukum waham dan khayalan.
Ketara benar; ketika Gibb duduk membaca tulisan terjemahan muqaddimah bukunya ke bahasa
Arab, terbayang di fikirannya bahawa pembacanya akan terpengaruh dan pemikirannya akan menolak dan
menghina Islam. Namun deniikian ia mencelah juga mengecualikan diri……..
Dia mengecualikan diri dan mempersendakan Islam dengan mengatakan: “Bahawa beberapa
bahagian isi kandungan mengenai ini bukanlah berdasarkan kepada pemikiran dari otak penulisnya,
malah berdasarkan kepada dalil-dalil dan keterangan-keterangan yang diberikan oleh segolongan ahli fikir
dan cendikiawan muslimin sendiri, banyak juga nama tokoh tokoh ilmuan Islam yang dikaitkan,
memadailah seorang saja saya sebutkan sebagai contoh, iaitu Tuan guru Shah Waliyullah Dahiawi.
Gibb telah menyalin sebahagian dan teks Shah Waliyullah Dablawi dari kitabnya “Hujjatullah Al-
Balighah” J.1.H. 122. Dia begitu yakin bahawa tidak ada pembaca bukunya akan ber usaha untuk
merujuk kepada kitab Hujjatullah Al-Balighah itu bagi memerhatikan teks asalnya, maka diubahnya
maksud kandungan asalnya mengikut hawa nafsunya, digugurkan apa yang sepatutnya bagi
membolehkan pemesungan dan menjadi songsang daripada maksudnya yang sebenar, dibuatnya dengan
begitu teliti dengan harapan agar ia tidak dipersalahkan dalam hal ini.
Teks asal yang telah digugurkan dan dipesungkan itu seperti berikut:
“Sesungguhnya Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, dibangkitkan dengan kebangkitan yang
mengandungi tujuan satu ke bangkitan yang lain; yang pertamanya hanyalah kepada Banu Ismail (bangsa
Arab).. kebangkitan ini untuk memastikan supaya syari’atnya berteraskan syi’ar—syi’ar dan cara—cara
Fiqh Al-Sirah 1
23
ibadat Banu Ismail itu, juga cara-cara yang boleh difaedahkan yang sedia ada pada mereka, dengan itu
syara’ merupakan islah (pembaikan) kepada apa yang sedia ada pada bangsa Arab, syara’ tidak
memberati mereka dengan apa yang mereka tidak tahu asal-usulnya ....).
Sementara teks asal dan kitab “Hujjatul al-Balighah” memberi ibarat seperti berikut:
“Dan ketahuilah sesungguhnya Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dibangkitkan dengan
agama Hanaifiyah Ismaili ya (mengikut agama Ibrahim dan Ismail), untuk membetulkan yang
pincangnya, untuk menghapuskan pemesungannya, untuk menyinarkan nurnya, dan kerana itulah Allah
berfirman: (....agama bapa kamu Ibrahim ....) Bila begitu kedudukannya, semestinya prinsip agama itu
terselamat dan sunnahnya (syari’atnya) telah ditetapkan, dengan itu bila Nabi dibangkitkan kepada satu
kaum yang masih ada Sunnah Rasyidah (syariat yang betul) pada kaum itu, maka tidak ada makna untuk
mengubah dan menukarnya, malah wajib dikekal dan dikukuhkannya kerana sunnah itu sesuai dengan
jiwa mereka dan lebih kuat untuk dihujjahkan kepada mereka. Bani Ismail (bangsa ‘Arab) adalah
mewarisi turun temurun manhaj dan bapa mereka Ismail, mereka tetap berada di atas syan’at itu
hinggalah ‘Amru Bin Luhay mula memasukkan perkara-perkara palsu mengikut pemikirannya ke dalam
syariat itu, maka sesadah ia dan disesatkannya orang lain, dan bermulalah penyembahan berhala,
mengadakan (Saibah), dan (Bakhirah), maka dan situlah mulanya kerosakan agama, bercampur antara
yang betul dengan yang salah, mereka ditewaskan oleh kejahilan, syirik dan kufur, lalu Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam pun dibangkitkan untuk membetulkan penyelewengan mereka dan untuk
memulihkan kerosakan mereka, maka Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam memerhati pada syariat mereka,
dikekalkan yang tepat dengan manhaj Ismail ‘alaihissalam atau dari syiar Allah, dihapuskan perkara
tokoh tambah atau pemesungan, malah dimestikan penghapusan itu.”
Tidak syak lagi bahawa kita tidak hendak membetulkan kerja pengkaji dan pemesungannya
seperti ini, membetul dengan meneliti dan menyelidik, kerana sudah jelas pembohongannya, akan siasialah
jika kita tumpukan tenaga untuk penyelidikan terhadapnya, tetapi tujuan kita hanya supaya para
pembaca tahu sejauh manakah mereka yang berkenaan telah di bawa oleh fanatik buta, sama seperti kita
mahu supaya orang orang yang terpengaruh dengan cara penyampaian dan ulasan sarjana-saijana barat,
dan sejauh mana peranan pengaruh “Taqlid A ‘ma” (Meniru Buta-tuli) yang terkeji itu terhadap
sebahagian muslimin ini sendiri!.
******
Dengan itu barulah dapat dikenali kedudukan sebenar antara Islam dan pemikiran jahiliyyah yang
pernah menjadi panduan kepada bangsa Arab sebelum kelahiran Islam, sama seperti dikenali kedudukan
sebenar antara zaman jahiliyyah dengan zaman Milah Haniflyyah yang diutuskan Ibrahim ‘alai hissalam
untuknya.
Dan dengan itu jelaslah sudah bahawa kerana itulah Rasul mengekalkan banyak di antara adat dan
prinsip yang menjadi panduan dan ikutan kepada bangsa ‘Arab, di samping banyak pula adat dan tradisi
mereka dihapuskan semuanya dengan bertindak perang untuk menghapusnya.
Hanya sekadar ini saja kita habiskan muqaddimah yang amat penting ini untuk diketengahkan di
permulaan pembelajaran sirah ini untuk mendapatkan sari pati Sirah Nabawiyyah dan untuk mendapatkan
kefahamannya secara mendalam bersama tauladan dan pengajarannya.
Seterusnya, anda pembaca akan dapati di sekitar bahasan bahasan kami berikut mi lebih banyak
keterangan yang boleh membantu menguatkan lagi penjelasan—penjelasan yang telah kami berikan,
semoga akan bertambah jelas hakikat kedudukan yang sebenarnya.
Category: 0 komentar

0 komentar:

Posting Komentar