Seseorang
akan melihat dengan jelas kekayaan kesusasteraan tentang ilmu ekonomi
Islam. Mereka dapat melihat
kesusasteraan ilmu ekonomi Islam berbincang dengan lancar tentang sistem
ekonomi Islam dan perbezaannya dengan sistem ekonomi kapitalis dan sosialis. Kemudian, mereka juga akan melihat
kesusasteraan ilmu ekonomi Islam membincangkan tentang sistem perbankan Islam
yang mengharamkan bunga, dalam rangka menyelamatkan umat manusia darinya.
Banyak
golongan menyangka konsep perbankan Islam yang bebas bunga itu adalah sebuah
gagasan golongan utopia. Namun, pakar
ekonomi Islam dan pemilik bank hari ini telah menunjukkan kemampuan sistem
banknya, sama ada secara teori ataupun secara praktikal. Bank yang berlandaskan ciri-ciri Islam
sekarang telah berfungsi dengan berjayanya di negara-negara Islam dan juga di
negara-negara bukan Islam. Di samping
itu, lembaga zakat, secara separa, telah diperkenalkan di beberapa negara
Islam. Lembaga ini memang belum
sepenuhnya menghasilkan kesan yang
menguntungkan, sebagaimana yang diharapkan.
Salah satu sebabnya ialah kerana ia masih beroperasi dlaam lingkungan
yang dicemari oleh riba.
Kajian
dalam ilmu ekonomi Islam sekarang ini telah meluas ke bidang lain, seperti
ekonomi mikro, ekonomi makro, ekonomi fiskal, ekonomi kewangan, pembangunan
ekonomi dan lain-lain lagi. Namun,
kajian ini menghadapi beberapa halangan.
Di antaranya ialah, pertama :
kurangnya latar belakang pengetahuan yang terpadu untuk penelitian, contohnya
ahli syariah tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang syariah; kedua : kurangnya sokongan untuk
kajian; ketiga : terbatasnya pusat
kajian yang menyokong pengembangan ilmu ekonomi Islam.
Pengembangan
ilmu ekonomi Islam memerlukan kerjasama semua pihak yang berkaitan, termasuklah
para pendidik, orang yang mengkaji dan mengambil keputusan dan juga pemimpin
politik di dunia Islam.
0 komentar:
Posting Komentar