Setelah pemerintahan Bani Umayyah berakhir,
kepimpinan kaum Muslimin diteruskan oleh Bani Abbasiyah. Pertukaran kepimpinan yang beralih ke tangan
Bani Abbasiyah telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW, iaitu ketika beliau
memberitahu Abbas bin Abdul Muthalib, bapa saudaranya, bahawa pemerintahan akan
berada dalam tangan anak cucunya.1
Kekuasaan
Pemerintahan Bani Abbasiyah berlangsung dalam rentang waktu yang panjang, iaitu
selama 524 tahun, dari tahun 132 H - 656
H / 750 M - 1258 M. Sepanjang kepimpinannya, pola
pemerintahan yang diterapkan adalah berbeza-beza, sesuai dengan perubahan
politik, social, dan budaya yang ada pada ketika itu. Berdasarkan perubahan-perubahan yang dinamik
ini, beberapa ahli sejarah mengkategorikan pemerintahan Bani Abasiyyah kepada
lima periode :2
1.
Periode
Pertama (132-232 H / 750-847 M)
2.
Periode
Kedua (232-334 H / 847-945 M)
3.
Periode
Ketiga (334-447 H / 945-1055 M)
4.
Periode
Keempat (447-590 H / 1055-1194 M)
5.
Periode
Kelima (590-656 H / 1194-1258 M)
Ubaidillah al-Aysyi mengatakan yang bapanya
mendengar golongan orang tua berkata, “Semasa pemerintahan Bani Abbas, tidak ada
seorang penduduk bumi pada ketika itu yang lebih banyak bacaan Al-Qurannya dan
lebih banyak ibadatnya dari mereka.”3
Khalifah
pertama dari Bani Abbasiyah adalah Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah
bin Abbas bin Abdul Muthalib, yang bergelar As-Saffah.
Dia dilantik pada tanggal 3 Rabiul Awal tahun 132 H.4
Pemerintahan
Abbasiyah mencapai masa kegemilangannya pada periode pertama. Secara politik, para khalifah benar-benar
menjadi tokoh yang kuat dan menunjukkan kekuasaan politik dan agama sekaligus. Dicatat pula, pada periode ini, kemakmuran
masyarakat mencapai tingkat tertinggi, di samping perkembangan ilmu pengetahuan
yang sangat pesat.
Khalifah
yang dianggap memiliki peranan menonjol pada periode pertama ialah Abu Ja’far
al-Manshur (754-775 H). Dia memindahkan
ibukota negara dari Al-Hasyimiyah, yang terletak berhampiran kota Kufah, ke
kota yang baru dibangunkannya, iaitu Baghdad, yang terletak berhampiran bekas
ibukota Parsi, Ctesiphon, pada tahun 762 H.
Dengan pemindahan itu, pusat pemerintahan Khalifah Abbasiyah berada di
tengah-tengah bangsa Parsi.
Dalam
menjalankan pemerintahannya, Abu Ja’far al-Manshur melakukan banyak hal
penting, di antaranya ialah :5
1. Melantik
beberapa orang untuk memegang jawatan di Lembaga Eksekutif dan Judikatif.
2. Melantik Wazir (menteri) sebagai
koordinator jabatan. Wazir pertama yang
dilantiknya ialah Khalid bin Barmak, yang berasal dari Balkh, Parsi.
3. Membentuk lembaga protokol negara.
4. Melantik Setiausaha Negara
5. Membentuk Pasukan Polis Negara.
6. Membenahi Angkatan Bersenjata Negara.
7. Membentuk Lembaga Kehakiman Negara dan
melantik Muhammad bin Abur Rahman sebagai Hakim Negara.
8. Meningkatkan peranan Jabatan Pos yang
pada masa Bani Umayyah hanya bertugas menghantar surat. Kini tugas-tugasnya termasuklah mengumpulkan
seluruh maklumat di daerah-daerah sehingga hal-hal pentadbiran negara berjalan
lancar.
9. Menugaskan para pengarah Jabatan Pos
menghimpun maklumat tentang kinerja Gabenor setempat dan menyampaikannya pada
pihak pemerintah.
Khalifah
lain yang juga memiliki peranan penting pada periode pertama ialah Al-Mahdi
(775-785 M). Pada masa pemerintahannya,
ekonomi negara mengalami peningkatan di sektor pertanian, dengan adanya sistem
saliran dan juga di sektor perlombongan emas, perak, tembaga dan besi. Di samping itu, kota Basrah menjadi pelabuhan
persinggahan yang penting di antara Timur dan Barat, yang banyak menghasilkan
kekayaan.
Kepopularan
pemerintahan Bani Abbasiyah mencapai kemuncaknya pada masa Khalifah Harun
al-Rasyid (786-809 M) dan anaknya al-Makmun (813-833 M). Terdapat kisah menarik ketika Khalifah Harun
al-Rasyid mengirim jam dinding sebagai hadiah kepada Chalemagne, seorang
pemimpin Eropah. Jam itu berbunyi setiap
jam itu dan orang-orang Eropah berfikir
ada jin di dalamnya, sehingga membuat mereka ketakutan. Philip K. Hitti mengatakan bahawa peradaban
umat Muslimin di bawah kepimpinan Khalifah Harun ar-Rasyid ketika itu jauh
melebihi peradaban kaum Kristian di bawah pemimpinan Chalemagne.6
Di
samping itu, setiap kali nama ibukota Baghdad disebut, orang-orang Barat akan
diingatkan oleh sebuah buku yang bertajuk Thousand
and One Night (Kisah Seribu Satu Malam) yang dirujuk kepada Khalifah Harun
ar-Rasyid. Buku itu menggambarkan
Khalifah Harun ar-Rasyid sebagai seorang pemimpin yang gemar hidup mewah dan
berpoya-poya. Padahal, diriwayatkan
bahawa Khalifah Harun ar-Rasyid mempunyai keperibadian yang tinggi dan dikenali
sebagai seorang yang kuat beribadat dan suka berjihad.7
Pada
masa pemerintahan Bani Abbasiyah, peradaban Islam mencapai zaman kegemilangan
dan beroleh kejayaan. Peradaban Islam
merupakan peradaban termaju sehingga mampu menjadi pemimpin peradaban dunia
selama beberapa abad. Universitinya
menjadi tempat perkumpulan para sarjana yang datang menuntut ilmu, baik dari
Eropah mahupun dari negara lain. Ketika
itu, bahasa Arab menjadi bahasa termaju di dunia dalam bidang ilmu
pengetahuan. Orang-orang yang ingin
menimba ilmu pengetahuan harus terlebih dahulu menguasai bahasa Arab. Menggunakan bahasa Arab dalam percakapan pada
ketika itu membuktikan tahap wawasan yang tinggi. Manakala para ilmuwan Bani Abbasiyah adalah
tokoh-tokoh terkenal dan karya-karya mereka menjadi bahan rujukan utama bagi
para ilmuwan Timur dan Barat.8
Ketika
itu, semua bidang ilmu pengetahuan tumbuh subur. Rumusan-rumusan baru, yang sebelumnya belum
dirumus dalam bentuk formal, mulai muncul.
Ilmu kedoktoran, anatomi,
astronomi, optikal, matematik dan ilmu pengetahuan lainnya berkembang dengan
pesat.
Pada
masa inilah, kesejahteraan sosial, kesihatan, pendidikan, ilmu pengetahuan,
kebudayaan, sastera berada pada zaman kegemilangannya. Ketika ini jugalah Daulah Islam menempatkan
dirinya sebagai negara terkuat dan tidak ada tolok bandingnya di dunia.
0 komentar:
Posting Komentar