Interpretasi Islam terhadap sejarah berdasarkan
keyakinan yang Islam adalah benar dan apa saja yang bertentangan dengan Islam
adalah salah. Setiap yang disyariatkan
Allah dalam Islam, sama ada yang berkaitan dengan ibadah, jihad, muamalah
adalah benar dan tidak memerlukan alasan dari mana pun.
Ciri
khas sejarah Islam berbeza dengan sejarah lain kerana adanya pengaruh wahyu
Allah SWT. Pemahaman terhadap ciri khas
ini dapat menjelaskan, contohnya, mengapa dalam sejarah Islam, iman
mendominasi
setiap perilaku orang Islam.
Interpretasi
Islam terhadap sejarah bukanlah interpretasi yang berbentuk kebendaan, yang
hanya mengakui faktor-faktor kebendaan seperti alat-alat pengeluaran adalah
satu-satunya benda yang memberi pengaruh terhadap sejarah umat manusia,
sebagaimana ideologi Marxis1.
Ia juga bukan interpretasi material yang mengganggap perubahan sejarah
berasal dari faktor-faktor luaran, seperti lingkungan fizik, iklim, geografi,
ekonomi dan lain-lain, sebagaimana ideologi Barat2.
Interpretasi
Islam secara jelas menunjukkan tanggungjawab dan peranan manusia dalam
mempengaruhi perubahan sejarah dalam rangka kehendak Allah SWT. Oleh kerana itu, interpretasi Islam tidak
bersifat perkauman yang memberi lebih keutamaan kepada kaum tertentu, tetapi
mengakui peranan-peranan seluruh lapisan masyarakat, sesuai dengan sumbangan
masing-masing secara bertepatan3.
Satu
fakta yang tidab dapat dibantah oleh sesiapa pun ialah fakta yang mengatakan
peradaban Islam adalah peradaban besar yang berlangsung dalam bilangan
abad. Yang dimaksudkan dengan peradaban
besar di sini bukanlah peradaban yang
difahami oleh Barat selama ini – yang
hanya diukur melalui pencapaian material
semata-mata. Peradaban menurut Islam
mengambilkira pencapaian tujuan asasi penciptaan makhluk yang telah ditentukan
oleh Allah SWT, iaitu mengabdi diri kepada-Nya.
Perhatikan firman Allah yang berikut :
“Dan Aku tidak mencipta jin dan
manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku,” (Surah Adz-Dzaariyat : 56).
Jadi,
menurut Islam, peradaban besar adalah peradaban yang mencipta persekitaran yang
sesuai secara politik, sosial, ekonomi, kebudayaan dan kebendaan, dan dapat
membuat rakyatnya mengamalkan perintah-perintah Allah dalam semua aktivitinya4. Ataupun dalam ungkapan Dr Yusuf Al-Qardhawi,
peradaban yang memerhatikan aspek material dan spiritual; idealistik dan realistik; rabbani dan insani;
bermoral dan membina; yang memperlihatkan aspek individu dan sosial, sekaligus
peradaban yang seimbang dan sederhana5.
Walau
baagaimanapun majunya suatu peradaban dalam sains, teknologi, pembinaan,
ekonomi ataupun bagaimana jauhnya peradaban itu meraih kemajuan material, dalam
pandangan Islam, ia tetap ketinggalan dan “terbelakang” kalau ia tidak menyediakan persekitaran yang
sesuai untuk pengabdian diri kepada Allah dan untuk mengamalkan
ajaran-ajaran-Nya6.
Peradaban
Islam sendiri telah melalui beberapa tahap.
Sebahagian besar pencapaian materialnya tidak berlaku pada tempoh-tempoh
awal. Namun, perilaku tempoh awal jelas
lebih bertepatan dengan ajaran-ajaran syariat.
Rasulullah SAW sendiri menegaskan hal ini dalam sabdanya, “Sebaik-baik generasi adalah generasiku, lalu
setelah mereka dan generasi setelah itu.”
Perlu
ditegaskan yang seluruh perbincangan tentang tempoh masa dalam sejarah Islam
harus dinilai dari sudut pandang Islam itu sendiri. Berbagai kajian yang dilakukan akhir-akhir
ini mengungkap yang pemahaman kita tentang masa-masa tertentu mungkin berubah
secara ketara kalau tempoh masa itu dikaji semula, sebagaimana yang terjadi
pada kes Daulah Utsmaniya ketika aliran sejarah mereka dikaji semua oleh 400
ahli sejarah Islam7.
Dengan
mengkaji semula sejarah yang ada, kita dapat mengungkap fakta-fakta yang salah
dan menyesatkan tentang sejarah kita.
Mungkin juga akan berlaku perubahan pandangan dan pemahaman kita
terhadap periode Umayyah an Abbasiyah, serta periode berikutnya.
0 komentar:
Posting Komentar