Categories

Lesson 6

Blog Archive

Follower

Statistik

Get Gifs at CodemySpace.com

Nabi Muhammad SAW Membangun Negara Baru



            Orang-orang Arab tidak mahu menyerah diri dan tidak mahu dikawal oleh mana-mana negara pun.   Unit politik dan sosial mereka ialah suku.  Negara-negara kecil yang muncul di beberapa daerah Jazirah Arab, jauh sebelum kedatangan Islam, buntu dalam mencari jalan untuk bersatu.  Pemahaman suku dan cara hidup nomadik yang bercirikan fanatisme kesukuan, konflik dan perpecahan telah menjadi cara hidup mereka di seluruh semenanjung Jazirah Arab.13
 
            Islam muncul dengan konsep kenegaraan yang mengikat mereka, baik secara individu mahupun secara kaum.  Secara keseluruhannya, Madinah dibangunkan atas dasar ideologi.  Menyatukan semenanjung Arab, untuk pertama kalinya dalam sejarah, di bawah bendera Islam  merupakan sebuah babak baru dalam sejarah politik Jazirah Arab.

0 komentar:

Posting Komentar