Categories

Lesson 6

Blog Archive

Follower

Statistik

Get Gifs at CodemySpace.com

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 – 1990 )


ABSTRAK
Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan.
Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan, pembentukan identiti
kebangsaan dan perpaduan negara. Lantaran itu kesedaran dikalangan pemimpin
dan rakyat Malaysia timbul bahawa betapa mustahaknya satu bentuk sistem
pendidikan mengikut acuan kita sendiri.
Maka dengan itu Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) menjadi
asas pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan seperti
termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa
Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat
melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi
keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai.
Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahuan 1976.

Kertas kerja ini akan melihat evolusi sistem pendidikan kebangsaan yang sentiasa
berubah dari awal hingga kini dan terjelmanya Falsafah Pendidikan Negara secara
tersurat. Sehubungan dengan itu seharusnya kita menyorot kembali sejarah
perkembangan pendidikan di zaman silam, zaman penjajahan British, sebelum
merdeka dan selepas merdeka. Akhirnya akan membawa kepada satu isu
bersangkutan perlaksanaan dasar yang terbaru untuk dibicarakan dalam kertas ini
iaitu pelajar-pelajar yang lulus PMR dengan sekurang-kurangnya mendapat
1D, boleh dinaikkan ke tingkatan 4. Isu ini telah dilaksanakan dalam tahun 1998.
- 1 -
Di kalangan warga pendidik mereka melihat isu ini dalam berbagai persepsi ada yang
pro dan ada yang kontra dalam perkara ini.
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 – 1990 )
Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu
Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan
berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung
Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang
beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi
pendidikan yang dinamakan ‘sekolah pondok’. Sekolah pondok ini dibangunkan dan
dimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad
ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok.
Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah
Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk
Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan
berbentuk formal.
Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris (1800 hingga 1956)
Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan
Inggeris. Diwaktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernukular
- 2 -
Melayu, SekolahVernukular Cina , Sekolah Vernukular India, Sekolah Vernukular
Inggeris dan Sekolah Agama ( Madrasah ). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk kerana
mengambil kira faktor politik, ekonomi ,sosio-budaya dan agama.
Pendidikan Sebelum Merdeka ( 1941 hingga 1956 )
Waktu pemerintahan Jepun ( 1941 hingga 1956 ) Pendidikan Tamil dan Pendidikan
Melayu diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk
menggantikan Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagulagu
klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun.
Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu.
Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu telah mula kuat
semangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal bermastautin di
Malaya. Selain daripada itu dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untuk
memajukan pendidikan. Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu di
tingkatkan.
Atas desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang pendidikan
untuk kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan Inggeris
memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada tahun 1950
satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untuk
menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951
- 3 -
terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan orang Melayu dan
membawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu dirombak semula.
Perkembangan Pendidikan Dari Tahun ( 1957 hingga 1970 )
Dalam waktu ini bagi menjelaskan perkembangan pendidikan ada baiknya dilihat
kronologi peristiwa perkembangan yang berlaku didalam sistem pendidikan untuk
memberikan gambaran yang jelas mengenainya.
- Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957
- Laporan Rahman Talib 1960
- Pendidikan rendah percuma
- Peperiksaan masuk sekolah menengah dimansuhkan 1964
- Pendidikan menengah komprehensif atau pendidikan aneka jurusan
Diperkenalkan 1965
- Peperiksaan darjah lima diperkenalkan 1967
- Jawatankuasa perancangan pelajaran tinggi dibentuk membawa tertubuhnya
Majlis Pelajaran Tinggi 1968. ITM,TAR,UKM.
- 1967 Laporan Khir Johari dikemukakan dan Akta Bahasa Kebangsaan
diluluskan.
- Peristiwa 13 Mei 1969 .- ekoran dari itu Dasar Ekonomi Baru dan Rukun
Negara sebagai panduan, perumusan dari pendidikan dan matlamatnya.
- 4 -
- Majlis Operasi Kebangsaan- kehidupan kampus pelajar UM. Laporan Majid
1971 dikemukakan.
- Laporan Murad 1973 – kandungan keciciran pelajar
- Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran atau
Laporan Kabinet 1979.
- Laporan Kabinet mencadangkan-KBSR terlaksana 1983 dan KBSM pada
1989.
Perkembangan Pendidikan dari Tahun 1970 hingga 1990
Tahun-tahun diantara 1970 hingga 1990 merupakan era penyusunan semula sistem
pendidikan di Malaysia. Usaha dan tumpuan yang lebih bagi pihak kerajaan reformasi
menyeluruh dalam sistem pendidikan. Ini bertujuan bagi mencapai matlamat membina
sebuah masyarakat yang bersatu padu yang mempunyai identiti sendiri.
Oleh itu dasar-dasar pendidikan yang mendokong semangat kebangsaan. Penyusunan
organisasi pendidikan yang selaras meliputi peringkat sekolah pada peringkat Sek.Men
dan Sek.Ren sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya mengikuti dasar
kerajaan. Struktur kurikulum untuk sekolah, pendidikan guru dan pendidikan tinggi
supaya wujud kesinambuangan dan kerelevanan peringkat-peringkat pendidikan.
Seterusnya ia dapat memperbaiki keadaan demokrasi dan ekuti dalam pendidikan agar
wujud kesamarataan penyertaan untuk etnik dan geografi.
- 5 -
Rumusan
Pendidikan dalam zaman sebelum pemerintahan Inggeris ia bercorak non-formal.
Kedatangan penjajah pula telah banyak menimbulkan masalah dan mempengaruhi
perkembangan sistem pendidikan. Pendidikan agama telah berubah corak dengan
penubuhan Sekolah Agama Islam yang moden dikenali dengan nama ‘Madrasah’.
Laporan L.J.Barnes ( 1951 ) merupakan komponen yang penuh kontroversi. Ia
memperlihatkan kepentingan sesuatu etnik sahaja. Laporan Razak ( 1956 ) dan Laporan
Rahman Talib ( 1960 ) telah menjadi asas penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar –dasar yang penting dikemukakan oleh Laporan tersebut dimaktub ke dalam Akta
Pelajaran 1961. Sehingga tahun-tahun selepas kemerdekaan hingga 1970 dianggap
penyusunan semula sistem pendidikan bukan sahaja di Semenanjung juga di Sabah di
Sarawak. Tahun tujuh puluhan hingga sembilan puluhan bolehlah dianggap sebagai era
pembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan serta memperolehi pendidikan
berkualiti.
- 6 -
DASAR PENDIDIKAN NEGARA
Pendahuluan
Pada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet,
Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialah
membentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruh
negara.
Pengubalan ini satu usaha yang rumit. Ia harus dilakukan dengan teliti, dibuat kajian dan
dilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atau
amalan dalam pendidikan supaya ia tidak berlaku penyelewengan. Dasar pendidikan
merupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media yang menjelmakan idealisme,
falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Ini bermaksud meliputi ruang lingkup
pelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat iaitu sosial,politik, adat resam, agama, hak,
ketatasusilaan, kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya. Ia juga mengambil kira
kepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan kedudukan geografi. Usaha ini menjurus
kepada matlamat mencapai integrasi nasional.
- 7 -
Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek dan
komponen dalam sistem pendidikan termasuk perkara pendidikan formal, jenis
pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan insfrastuktur. Dasar itu diberi
perhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan dan
kesejagatan dalam pendidikan.
Selepas merdeka kerajaan yang memerintah telah menyusun semula sistem pendidikan .
dasar-dasar pendidikan yang ada diperkukuhkan dalam perlembagaan dan undangundang
. Dasar yang digubal diperakukan oleh undang-undang supaya ia lebih telus dan
mengelakkan salah faham serta hak dan keistimewaan golongan masyarakat yang lain.
Latar Belakang
Golongan yang dipertanggungjawabkan mengubal dasar ialah golongan yang diberi
kuasa oleh kerajaan. Golongan yang dimaksudkan ialah pemimpin , pemerintah atau
pentadbir. Tujuan dasar itu digubal bagi melindungi hak, status, prestij dan faedah bagi
seluruh organisasi atau masyarakat. Dalam membentuk dasar tersebut ada unsur tekanan
dan desakan agar dasar itu menjadi amalan dan menjamin kejayaan perlaksanaannya.
Sesetengah dasar kerajaan dinyatakan secara formal dalam dokumen-dokumen urusan
pentadbiran. Sebagaimana kita ketahui dasar pemerintah negara dapat dilihat pada
undang-undang dan perlembagaan yang telah didaulatkan.
Dilihat aspek pendidikan sesetengah negara di dunia pengubalan dasar pendidikan
mengambil kira berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat. Sama ada pendidikan
- 8 -
formal atau tidak formal dianggap agen yang dipertanggungjawabkan untuk proses
sosialisasi dan pembudayaan ahli-ahli masyarakat khususnya generasi yang akan datang.
Perubahan dasar ini tidak pula melangsungkan perubahan seluruh sistem pendidikan ia
hanya berbentuk pengukuhan atau pemantapan kepada dasar-dasar yang sedia wujud.
Elemen yang mempengaruhi unsur dasar pendidikan ialah masyarakat. Masyarakat
sebagai penentu kepada sistem pendidikan kerana ia bersangkutan ideologi negara iaitu
sama ada ideologi demokrasi sosiolis, kapitalis, totalitarian, autorian, marxis, komunis
dan Islam. Selain daripada itu yang dilihat dari aspek orientasi sosial ,orientasi ekonomi,
orientasi politik, orientasi pembangunan, fahaman agama kepelbagaian kaum, teknologi
dan pengaruh perkembangan antarabangsa.
Oleh demikian pengubalan dasar dan keputusan mengenai urusan pendidikan negara ini
dilakukan pada peringkat pusat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan melalui Sistem
Jawatankuasa yang dianggotai oleh tujuh buah jawatankuasa. Jawatankuasa ialah Jawatan
kuasa Perancangan Pendidikan ahli-ahli anggotanya ialah Menteri Pendidikan ( Pengerusi
) Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan, Ketua pengarah dan dua oarang timbalannya,
Ketua Setiausaha dan dua orang timbalannya, Pengarah Bahagian Perancangan dan
Penyelididikan ialah Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Bahagian Pendidikan
Tinggi, Jawatankuasa Pembangunan, Jawatankuasa Buku Teks, Jawatankuasa Kewangan
dan Jawatankuasa Biasiswa dan Latihan.
- 9 -
Dasar-dasar baru yang ingin dilaksanakan diumumkan secara langsung oleh Menteri
Pendidikan atau melalui pekeliling-pekeliling rasmi ke Bahagian-Bahagian, Jabatan
Pendidikan Negeri dan Sekolah-Sekolah.
Pengertian Dasar
Dari sudut bahasa dan dalam bidang sains sosial dasar sama ertinya dengan asas, iaitu
ketetapan yang menjadi pegangan dan tongak tindakan dan urusan. Perkataan Bahasa
Inggeris dasar ertinya 'policy'. Dari segi estimologinya, policy berasal dari perkataan
Greek iaitu 'polis' yang bermakna ‘city-state'. Dalam bahasa Latin bermaksud 'politia'
yang merujuk kepada negara. Manakala perkataan 'policie' digunakan dalam Middle
English ia membawa maksud merujuk kepada pengendalian urusan awam atau
pentadbiran kerajaan.
Tinjauan Litateur
Perkara pokok yang dapat dilihat disini ialah pengubalan dasar yang lama dan tidak
diterima pakai digantikan yang baru bersesuaian tuntutan masa dan zaman. Oleh itu
pengubalan dasar ini merupakan satu proses yang begitu kompleks.
Proses pengubalan dasar terbahagi kepada enam langkah Fowler ( 1990 ) mengikut
urutan ,iaitu pengenalpastian isu ( issue definition ) , penyusunan agenda ( agenda setting
- 10 -
) pengubalan dasar ( policy formulation ) , penerimaan dasar ( policy adaption )
pelaksanaan ( implementation ) dan penilaian ( evalution ).
Model ini merupakan satu model yang wujud dalam kitaran kehidupan kita perlu
perhatian ahli politik untuk menyelesaikan masalah atau isu yang timbul. Adakalanya
kerajaan atau pemimpin politik begitu peka isu yang dicetuskan melalui media-media
tempatan . Sekiranya sesuatu isu dikenalpasti dan diberi perhatian utama oleh kerajaan,
sudah tentu ia dimasukkan ke dalam agenda dasar untuk proses pengubalan yang
terkandung dasar tersebut dikemukakan dalam parlimen untuk diterima dan diperakukan
seterusnya dilaksanakan diperingkat kementerian sehingalah ke peringkat akar-umbi.
Objektifnya
Objektifnya dasar ini dinyatakan dalam pendahuluan kepada Akta Pelajaran 1961 iaitu:
" Bahawasanya Dasar Pelajaran seperti yang disytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957
ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan
negara dan menggalakkan perkembangan kebudayan, sosial, ekonomi dan politiknya."
Kenyataan ini secara am sahaja jika dilihat dari sudut objektifnya. Akan tetapi dari aspek
perlaksanaannya, Kementerian Pendidikan dengan berasaskan kepada Penyata Razak
1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah mentafsirkannya sebagai menyatu padukan
kanak-kanak sekolah berbilang kaum serta menyediakan tenaga kerja. Tenaga kerja ini
- 11 -
bermaksud 'tenaga rakyat' yang terdapat dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet bagi aspek
ekonomi.
Apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan, objektifnya yang telah dibentuk
diperkukuhkan lagi bidang tugasnya. Antara lain tujuannya ialah dibawah Dasar
Pendidikan adalah diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara dalam
jangka masa panjang dan jangka masa pendek bermatlamatkan untuk melahirkan
masyarakat bersatu padu,berdisiplin dan terlatih. Sehinggalah membawa pembentukan
Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada inspirasi negara dinyatakan dalam
bentuk penulisan, menekankan kepada usaha melahrkan insan yang berilmu dan
berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan dapat
memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Usaha ini berterusan ke arah matlamat penting bagi sistem pendidikan negara.
Proklamasi Dasar Pendidikan Kebangsaan
Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang distiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957
ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan satu
sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan mengalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial , ekonomi dan politik.
“ Bahawasanya adalah difikirkan perlu bahawa setakat yang sejajar dengan itu, dengan
mengadakan pengajaran yang cekap dan dengan mengelakkan perbelanjaan awam yang
- 12 -
tidak berpatutan, perhatian hendaklah diberi kepada prinsip am bahawa murid-murid
hendaklah dididik mengikut kemahuan ibubapa mereka. Dan bahawasanya peruntukkan
selanjutnya adalah dikehendakki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan
secara berkesan, termasuk khususnya, peruntukkan bagi perkembangan yang progressif
bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa
pengantar utama.”
Proklamasi dasar Pendidikan Kebangsaan memperlihatkan penekanan kepada satu bentuk
sistem pendidikan uang mengutamakan Bahasa Kebangsaan sebagai alat komunikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat pendidikan. Ini tertaluk
dibawah bidang kuasa kerajaan . Justeru itu perlaksanaan dasar yang seragam dimana
kurikulum sekolah yang sama , peraturan jadual waktu yang sama, bahasa pengantar yang
sama, sistem peperiksaan yang sama, bahasa dalam sistem pepriksaan yang sama ,
peraturan disiplin yang sama dan peraturan sekolah yang sama.
Dasar mempertingkatkan kualiti insfrastruktur dan kurikulum dalam sistem pendidikan
formal negara ini terus dijalankan. Dua buah Jawatankuasa ditubuhkan iaitu
Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah- sekolah (1982 ). Ini jelas dalam
kenyataan Laporan Jawatankuasa Kabinet.
“ Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk
kurikulumnya, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara
dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang dan lebih-
- 13 -
lenih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat
negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
Strategi Perlaksanaan
Bagi mencapai matlamat dasar pendidikan beberapa strategi telah digubal. Antara lainya
adalah seperti berikut:
a. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama;
b. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua
jenis sekolah;
c. Mewujdkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
d. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
e. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan
yang menyeluruh seimbang dan bersepadu;mengadakan peluang pendidikan asas
selama sembilan tahun;
f. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan
peruntukan secara adil dan memberikan perhatian khas kepada kumpulan yang
kurang bernasib baik dikawasan luar bandar atau pendalaman;
g. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah
( KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca ,menulis dan mengira pada tahun
1983 yang menjurus kepada Kurikulum Baru sekolah Menengah ( KBSM ) pada
- 14 -
tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;
h. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula
kurikulum Sek. Vokasional pada tahun 1978
Isu mengenai pelajar yang memperolehi 1 D dalam PMR naik Tingkatan 4.
Latar Belakang
Perlaksanaan dasar ini yang bermula tahuan 1998 telah menimbulkan situasi yang
berbeza kepada golongan guru. Ada yang menyambut baik dan ada yang menerima dalam
keadaan kurang senang hati.
Telah diketahui oleh umum bahawa pelajar yang memperolehi 1D ini adalah golongan
yang lemah pencapaian dalam pelajaran. Golongan yang terpinggir dan terpisah daripada
rakan yang cerdas dan yang cemerlang. Justeru itu ada pelbagai persepsi umum terhadap
golongan ini. Golongan pelajar yang lemah ini telah melalui pendidikan di sekolah
rendah selama enam tahun. Kementerian Pendidikan telah menekankan konsep 3 M iaitu
membaca, mengira dan menulis sewaktu di sekolah rendah.
Justeru itu pada tanggapan umum golongan ini telah gagal menerima pendidikan di
sekolah rendah Antara faktor yang jelas di atas kegagalan ini ialah kecerdasan mental
( IQ ) yang rendah. Dari sudut kognitif mereka amat sukar menerima pengajaran dan
pembelajaran. Selain daripada itu faktor sosio ekonomi yang rendah. Laporan Keciciran
atau Laporan Majid 1973 antara lain kandungannya ialah kemiskinan merupakan faktor
- 15 -
keciciran di sekolah rendah. Ibubapa yang berpendapatan rendah tidak berupaya
membiayai persekolahan anak-anak mereka . Maka kurang sokongan ibubapa dari segi
moral, material wang dan galakkan. Implikasinya kepada pendidikan dan menjurus
kepada pencapaian yang rendah dikalangan pelajar ini. Harapan ibubapa begitu tinggi
terhadap sekolah supaya dapat mengubah nasib anak mereka dalam pelajaran.
Apabila diberi peluang meneruskan pelajaran naik ke Tingkatan 4 walaupun 1D ia sedikit
sebanyak menganggu dalam sistem pendidikan samada iklim dan budaya sekolah. Untuk
mengetahui apakah implikasinya ke atas sistem pendidikan apabila dilaksanakan dasar
ini akan dilihat dari berbagai sudut sepertimana rajah kerangka yang dibentuk untuk
dibicarakan di bawah ini.
- 16 -
IMPLIKASINYA
BUDAYA
SEKOLAH
PERANAN
GURU
SAIZ KELAS
KEGIATAN
KODISIPLIN
KURIKULUM
PELAJAR
PRESTAS
I
LATIHAN
GURU
IKLIM
SEKOLAH
PENGETUA
DAN
PRESTASI
1. Peranan Dan Cabaran Guru.
Pada asasnya peranan guru adalah sebagai pengajar , pendidik,guru, fasilitator, pengelola,
penasihat dan pembimbing. Pendek kata peranan ini boleh disatukan sebagai peranan
seorang pemimpin yang serba boleh.Selain daripada itu golongan ini yang lemah di
peringkat awal iaitu sekolah rendah . Di sekolah rendah bilangan pelajar dalam sesuatu
kelas begitu ramai sehingga 50 orang pelajar. Dalam hubungan ini pengajaran dan
pembelajaran tidak berkesan, guru kurang memberi tumpuan individu dan sentiasa dalam
keadaan yang tertinggal dari semua aspek pengajaran dan pembelajaran.
Di lihat di sekolah menengah pula golongan ini yang mendapat pencapaian di sekolah
rendah keadaan yang sama berlaku di sekolah menengah . Waktu ini pula pengaruh rakan
sebaya begitu hebat yang akan memberi impak yang kuat kepada sistem pendidian di
sekolah. Golongan ini ketara lemah dari segi kognitif akan tetapi dari segi fizikal cukup
aktif. Keadaan ini akan pula menjejaskan disiplin sekolah.
Didalam bilik darjah seoarang guru berperanan sebagai pemimpin penentu suasana
emosi, penentu suasana sosial , pembentuk sikap, harapan guru, sistem kepercayaan guru
kemesraan dan kelucuan, strategi kawalan bilik darjah, gaya kepimpinan guru, kaedah
mengajar pengunaan unsur-unsur psikologi seperti pujian dan motivasi.
Persoalan sekarang dapatkah semua peranan ini iaitu guru sebagai pemimpin , penentu
suasana emosi, penentu suasana sosial, pembentuk sikap dan harapan pelajar, pengukuh
- 17 -
sistem kepercayaan , pengawal sosial dan pengawal tingkahlaku dilaksanakan dengan
berkesan apabila pelajar lemah dan istimewa dapat melompat kelas kerana diperlukan
mereka naik kelas. Hal ini mempunyai implikasi kepada latihan dalam pendidikan guru ,
beban tugas dan secara tak langsung mengubah gaya pengajaran dan pembelajaran.
Oleh demikian ini akan menimbulkan suasana konflik peranan dikalangan guru dimana
harapan komuniti atau masyarakat begitu tinggi dari aspek pencapaian akademik pelajar
sedangkan pelajar yang lemah naik kelas ke Tingkatan 4.
2. Saiz Kelas
Kapasiti pelajar dalam sesuatu kelas akan menjadi bertambah apabila pelajar yang lemah
ini ke Tingkatan 4. Keadaan akan memaksa pihak sekolah pecahkan dua apabila pelajar
yang ramai dalam satu kelas. Sesetengah sekolah akan mengalami kekurangan bilik
darjah. Ini akan menyebabkan banyak berlaku kelas terapung. Suasana begini amat tidak
menyenangkan bagi guru yang telibat. Manakala kelas yang mecukupi timbul pula
masalah lain suasana kelas yang tidak sempurna kerana kerusi dan meja yang tidak
mencukupi . Selain daripada itu kelas tidak dapat di ceriakan kerana kurang kerjasama
dikalangan pelajar. Golongan pelajar yang lemah ini lebih suka seronok , duduk berbual
dan nakal. Ingin sahaja merosakkan apa yang ada didalam kelas . Suasana begini akan
meningkatkan lagi usaha guru memantau dan melipat gandakan tenaga ,masa untuk
mengawal dan adakalanya menghukum mereka.
- 18 -
3. Disiplin Pelajar
Sekolah merupakan agen kawalan sosial . Mengenakan peraturan dan undang-undang
yang harus dipatuhi oleh pelajar. Kebanyakkan peraturan sekolah rasional kepada pihak
pentadbir tetapi tidak sedemikian kepada pelajar sekolah dan merupakan satu tempat
yang unik. Kolompok yang majoriti ( pelajar ) tidak mempunyai sebarang kuasa ,
manakala segala kuasa terletak kepada golongan minoriti ( guru dan pengetua ) . Pelajar
yang merupakan golongan minoriti di sekolah sering di anggap sebagai belum cukup
dewasa untuk diminta pandangan mereka. Maka tidak hairanlah jika sering berlaku
konflik antara pelajar dan pihak sekolah berkaitan dengan peraturan yang ditetapkan oleh
pihak sekolah.
Kajian Sharifah dan rakan-rakan ( 1995 ) yang meneliti buku rekod disiplin enam buah
sekolah di Wilayah Persekutuan mendapati bahawa pelbagai salah laku antara tahun 1990
hingga Jun 1994 ialah salah laku mengancam, memukul dan mencederakan pelajar ( 522
kes ), berjudi ( 165 kes ), mencuri ( 135 kes ) , merosakkan harta benda sekolah ( 63
kes ), menggunakan kata-kata dan perbuatan lucah( 49 kes ), peras ugut ( 42 kes ) dan
sebagainya.
Mengapakah sekolah berjaya mendidik sesetengah golongan pelajar tetapi tidak berjaya
mendidik pelajar yang lain? Keadaan ini berlaku kerana yang lemah dari segi
pencapaian akademiknya berada di Tingkatan 4 terpinggir dan dilabelkan pelajar yang
- 19 -
berisiko. Hakikat ini harus diterima oleh pihak sekolah kerana sebagai pelaksana dasar
yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
4. Prestasi Guru
Dilihat segi prestasi guru yang terlibat dengan pelajar berisiko ini dapat diukur daripada
pencapaian pelajar yang lemah ini. Guru yang terlibat dengan pelajar berisiko perlu
bekerja keras dan memainkan pelbagai (extanded role) untuk membantu pelajar. Dari
tinjuan yang dilakukan ternyata guru berasa tertekan kerana pelajar-pelajar yang lemah
ini. Maka adakalanya guru bertindak di luar batasan berhadapan dengan pelajar
seumpama ini kerana guru itu juga mahu mengekal prestasi yang cemerlang untuk dinilai
oleh pihak sekolah.
Guru sungguh berbesar hati sekiranya pelajar yang di ajar memberikan respon yang baik
Melaksanakan tugas yang diberi sama ada di sekolah atau keja rumah . Ini dengan
tersendirinya guru mengubah bentuk atau gaya kerja yang pasif ke arah lebih aktif.
Sebaliknya jika guru berhadapan dengan pelajar yang berisiko ini ia mengambil cara
yang mudah untuk mengajar , kadangkala lari dari prinsip asal untuk memberi ilmu
kepada pelajar. Sering kali guru ini akan menjadi sasaran pihak pentadbir menggangap
pihak guru tidak berfungsi sebagai seorang pendidik. Maka wujud pertentangan antara
pihak pentadbir dan guru. Timbul konflik yang menjurus kepada perbalahan dan
suasana begini tidak sesuai dalam amalan pendidikan.
- 20 -
Menyentuh guru yang dedikasi sentiasa mengambil berat tentang pelajar atau muridnya.
Mereka mahu murid-murid mereka berjaya dalam semua perkara. Adalah munasabah
untuk mengatakan bahawaa kejayaan murid akan memberi kepuasan dan kebanggaan
kepada guru. Kejayaan murid adalah kejayaan guru memberi bimbingan dan didikan
yang sempurna. Jika sesebuah sekolah itu mempunyai ramai guru yang dedikasi,
pencapaian sekolah itu sekali bertambah baik. Apakah keadaan ini akan terhasil jika
pelajar yang lemah naik ke Tingkatan 4? Tahap dedikasi pasti menurun dan ini boleh
menjejaskan kredibiliti guru terhadap profesyen perguruan.
5. Pengetua Dan Prestasi Akademik
Pengetua sebagai faktor yang paling penting dalam mempengaruhi pencapaian matlamat
sesebuah sekolah. ‘Principal can make a difference’ yang diperkenalkan oleh Edmonds
( 1978 ) membawa maksud bahawa pengetua boleh mengubah keadaan sesebuah sekolah
itu daripada kedudukannya yang kurang berkesan atau kurang berjaya kepada yang
berkesan atau berjaya. Lebih tepat kejayaan sekolah itu disebabkan pengetuanya.
Sweeney ( 1982 ) dalam kajiannya tentang sintesis sekolah yang berkesan mengariskan
enam ciri-ciri kepimpinan pengetua seperti berikut:
a. Pengetua akan menetapkan strategi pengajaran serta mengambil bahagian dalam
membuat keputusan tentang hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran. Bersama –
sama dengan guru, mereka juga membuat perancangan bagi menyelesaikan
masalah pelajar.
- 21 -
b. Pengetua itu memberi penekanan kepada pencapaian akademik dengan
memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti, pengajaran dan alatan atau bahan
mengajar yang dapat meningkatkan lagi pencapaian akademik.
c. Pengetua juga mewujudkan iklim atau suasana sekolah yang teratur, aman dan
menyeronokkan sesuai bagi pembelajaran di sekolah.
d. Pengetua memastikan segala apa yang berlaku di bilik darjah itu mempunyai
kesan ke atas keseluruhan matlamat sekolah dan program-program lain yang
dijalankan.
e. Pengetua menunjukkan kelakuan yang positif dengan memberi bantuan dan
sokongan kepada guru-guru.
f. Pengetua sentiasa menilai kemajuan para pelajarnya Menetapkan harapan dan
jangkaan sekolah dan sentiasa menyemak sama ada jangkaan itu tercapai atau
tidak.
Oleh demikian berasaskan ciri kepimpinan yang dikehendakki dikalangan pengetua
maka pihak Kementerian Pendidikan memikirkan satu bentuk latihan yang
komprehensif bagi bakal-bakal pengetua dalam abad 21 ini. Ia selari dengan pertambahan
bilangan pelajar disekolah menengah atas dan bertambahnya pembinaan sekolah
menengah. Cabaran kepada bakal pengetua yang baru ini untuk berhadapan kerenah dan
kelakuan golongan pelajar yang lemah diberi peluang naik ke Tingkatan 4. Jika
halangan dan cabaran ini dapat dilalui oleh pengetua baru, maka ia akan memberi
persepsi lain pihak masyarakat . Masyarakat akan melihat dari sudut prestasi dan
fleksibliti pengetua dalam menerajui kepimpinan disekolah . Secara tak langsung bidang
tugas serta tanggung jawab guru mendapat penghargaan dari masyarakat.
- 22 -
6. Budaya Sekolah
Setiap sekolah mempunyai corak budaya tersendiri. Ia dapat dilihat dari sudut interaksi
antara pelajar dan guru, nilai-nilai tertentu, mempunyai kepercayaan, falsafah, cara
berfikir, tradisi yang diamalkan, sikap dan kepercayaan yang di amalkan, proses
pengajaran dibilik darjah dan cara-cara pengetua menguruskan sekolahnya. Faktor-faktor
yang merangkumi budaya sekolah ini telah terbukti dalam penyelidikan pendidikan
sebagai faktor-faktor yang amat kuat mempengaruhi kemajuan sesebuah sekolah. Akan
tetapi dengan kehadiran kelompok pelajar yang memperolehi 1D ini nilai dan
kepercayaan itu akan berubah kerana guru melabelkan golongan pelajar ini berisiko .
Hubungan dua hala antara guru dan pelajar kurang. Amalan dalam pendidikan akan
berubah dimana wujud sistem pengaliran disekolah. Amalan budaya seperti ini tidak elok
dan mengasingkan pelajar sehingga tiada wujud aktiviti kerjasama dan persefahaman
serta semangat setia kawan.
Ada beberapa sebab yang boleh difikirkan. Pertama ada pihak menyatakan bahawa
budaya sekolah yang terlalu sempit ruangnya, terlalu berorientasikan akademik, tidak
dapat menampung sebilangan pelajar yang tidak terdorong ke arah akademik. Kedua
untuk berjaya disekolah para pelajar perlu menyesuaikan diri dengan budaya formal
sekolah ( Reid 1986 ) , namun ada pelajar yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan
tuntutan budaya sekolah.
- 23 -
Mengikut Woods ( 1983 ) pula, ada pelajar yang mengikut kata dan tidak menyusahkan
guru ( conformity ), ada pula yang berkebolahan tetapi suka melawan ( innovation ), ada
yang tidak berkebolahan tetapi mengikut kata ( ritualism ) tidak melibatkan diri dalam
pembelajaran ( retrectiom ), menunjukkan tingkah laku langsung dan vandalism
( intrasigence ), dan ada yang memberontak dengan senyap ( rebellion ).
Pelajar yang bermasalah lazimnya ialah pelajar yang datangnya dari latar belakang
keluarga yang kurang beruntung, pincang dan pelajar yang kurang berkebolehan.
7. Iklim Sekolah
Iklim sekolah menjadi teras pembangunan dan kemajuan sesebuah sekolah. Hal ini
meliputi peningkatan akademik, pembangunan aspek fizikal dalam alam sekitar sekolah,
corak perhubungan manusia di sekolah dan perhubungan antara sekolah dengan
masyarakat di sekitarnya serta pengurusan sekolah itu sendiri.
Selain daripada itu iklim sekolah meningkatkan lagi perhubungan kemanusian di antara
perseorangan ( inter- personal ) guru-pelajar, guru dan pengetua, guru dan pelajar.
Merangsang semangat untuk belajar dan bekerja dikalangan pelajar, guru dan staf
sekolah di sesebuah sekolah supaya produktivi sekolah dapat ditingkatkan lagi.
Meningkatkan lagi disiplin sekolah, khususnya para pelajar secara ‘internally induced
‘melalui pembentukan persekitaran atau iklim sekolah untuk mendidik pelajar menguasai
- 24 -
disiplin kendiri. Mewujudkan iklim dan suasana sekolah yang mengembirakan para
pelajar khususnya.
Kini persoalan timbul apabila iklim sekolah yang menyeronokkan, kondusif dan dapat
membentuk disiplin kendiri pelajar dan seterusnya dapat menjadikan sekolah cemerlang
tidak tercapai. Golongan pelajar yang lemah ini seringkali tidak memahami matlamat
kendiri dan juga sekolah. Sebilangan mereka merasakan ke sekolah merupakan tugas
rutin bagi mereka. Dikenakan peraturan untuk tujuan kawalan sosial tidak diendahkan.
Proses sosialisasi tidak wujud dimana golongan ini kurang berinteraksi dengan guru,
pelajar dan rakan sebaya. Keseronokan bagi mereka apabila tindakan itu memuaskan hati
mereka tidak kepada pihak yang lain. Ini akan memberi tamparan kepada pihak sekolah
kerana sukarnya mengekalkan iklim sekolah ke tahap yang dibanggakan.
Kesimpulan
Berpegang kepada konsep ‘semua orang berpeluang belajar, maka pelajar yang
berisiko ini harus diberi peluang untuk belajar. Cuma tumpuan perhatian yang lebih
kepada golongan pelajar yang berisiko ini. Kebanyakkan mereka mempunyai latar
belakang keluarga yang pincang, kehidupan dibawah paras kemiskinan. Golongan pelajar
ini amat mudah dipengaruhi oleh kegiatan yang tidak sihat dan mempunyai masalah
disiplin yang berat disekolah.
Oleh demikian pelajar-pelajar ini dikesan lebih awal dan di tempatkan atau program
alternatif untuk meningkatkan konsep kendiri mereka dan mengasah bakat mereka
- 25 -
melalui latihan kemahiran , budaya sekolah dan bilik darjah yang positif. Penglibatan
mereka dalam pembelajaran dan meningkatkan perasaan kepunyaan ( sense of belonging
) terhadap sekolah menjadi asas yang penting dalam budaya sekolah.
Akhirnya dengan melaksanakan dasar pelajar yang memperolehi 1D boleh naik ke
Tingkatan 4 akan memberi kesan negatif dan positif Negatif kepada guru, sekolah dan
bilik darjah kerana mempengaruhi saiz bilik darjah dan sekolah. Kesan kepada kerajaan
ialah semua dapat disekolahkan dan dikawal serta diseliakan dalam waktu yang singkat.
Hakikatnya semakin ramai berpeluang belajar sehingga menengah atas semakin banyak
masalah dan bebanan yang ditanggung oleh pihak sekolah terutama dari aspek
pengurusan, proses pengajaran dan pembelajaran dan ko-kurikulum

0 komentar:

Posting Komentar