Categories

Lesson 6

Blog Archive

Follower

Statistik

Get Gifs at CodemySpace.com

PENYERTAAN RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM DALAM USAHA MEMBINA SEMULA AL—KA’BAH


Ka’bah ini telah dibina oleh Sayyidina Ibrahim ‘alaihis salam untuk mengerjakan ‘ibadat kepada Allah
Subhanahu Wata’ ala. Pembinaan dapat dilaksanakan selepas mengalami beberapa persengketaan dan
permusuhan dengan penyembah penyembah berhala. Pembinaan ini diselenggarakan mengikut wahyu
Ilahi seperti yang tersebut dalam Al—Qur’an:
( وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ( 127
Yang bermaksud:
“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail
(seraya berdo ‘a): “Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.”
(Surah al-Baqarah 2:127)
Setelah beberapa ketika berlalu Ka’bah yang dibina oleh Sayyidina Ibrahim dan anaknya tadi pun mula
retak-retak dan pecah. Di antara bencana yang telah melanda dan merubah Ka’bah ialah banjir, beberapa
tahun sebelum dibangkitkan RasuluLlah. Kerosakan ini menyebabkan puak-puak Quraisy terpaksa
berusaha mendiri semula binaan Ka’bah ini lantaran kehormatan dan kemuliaannya. Justeru Ka’bah ini
telahpun di mulia dan dihormati sejak beberapa masa yang lampau yang telah diwarisi dari Ibrahim
‘alaibissalam.
Dalam usaha pembinaan semula ini RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah turut serta
memberi sumbangan fikiran dan tenaga. Baginda sendiri telah berusaha mengangkut batu batu dengan
tangan baginda sendiri.

Usaha RasuluLLah tadi telah memberi kesan begitu mendalam di mana baginda telah dapat
mengatasi masalah yang dihadapi oleh puak-puak ‘Arab iaitu siapakah yang lebih utama meletak semula
Hajarul Aswad ke tempat asalnya. Perbalahan ini dapat diatasi setelah mana semua puak yang berselisih
setuju dengan apa yang dicadangkan oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kerana Baginda
memang terkenal di kalangan orang-orang ‘Arab di masa itu dengan “Al Amin” yang mempunyai amanah
dan disukai ramai.
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
Fiqh Al-Sirah 1
33
Dan potongan sejarah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wa sallam ini kita cuba membuat komentar dan
ulasan mengenai tiga perkara:
1. Keagungan dan kemuliaan Ka’bah sejak zaman berzaman. Ini dapat dipastikan dan usaha Sayyidina
Ibrahim ‘alaihissalam yang telah meletakkan batu asas pembinaannya. Kesemuanya ini dilakukan
mengikut apa yang telah disuruh dan diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk dijadikan
rumah yang ulung dan pertama untuk menunaikan ‘ibadat kepada Allah dan sebagai tempat keamanan
dan kesejahteraan umat manusia seluruhnya.
Walaupun Ka’bah itu agung dan mulia di sisi Allah tetapi ini tidak bererti pula bahawa Ka’bah ini
boleh memberi sesuatu kesan dan pengaruh terhadap mereka yang melakukan tawaf di sekeliingnya
kerana Ka’bah itu adalah batu yang tidak boleh memberi sebarang manfa’at atau mudharat. Allah
mengutuskan Ibrahim ‘alaihissalam buat merubah berhala, kuil dan candi—candi malah menyapu licin
sebarang kesán penyembahan berhala. Ini semata—mata untuk membuktikan hikmat Ilahi bahawa rumah
‘ibadat Allah sahaja yang boleh tegak dan kekal sedangkan yang lain yang membawa unsur—unsur
mensyirikkan Tuhan sudah tidak harus ujud lagi. Beberapa masa lampau manusia telah menghabiskan
masa hidupnya dengan menyembah berhala buatan tangan mereka sendiri maka kini sudah sampai
masanya kepalsuan tadi dibenteras dan dihapuskan sama sekali dan muka bumi serta digantikan
tempatnya itu dengan satu lambang dan tema baru iaitu menyembah Tuhan yang Maha Esa bilamana
manusia masuk ke kawa sannya akan bersua dan berdiri tunduk kepada Maha Pencipta ‘alam sejagat.
Sekiranya mereka yang beriman dengan Tuhan yang Esa dan percayakan kepada agama yang
diturunkan memerlukan kepada ikatan yang menghubungkan dan mencantumkan mereka yang berselerak
tinggal di merata pelusuk dunia maka Ka’bah tadi sudah sewajarnya mengambil tempat atau menjadi
daya utama ke arah percantuman ini. Di sini Ka’bah melambangkan syi’ar perpaduan umat Islam dan
tempat pancaran sinaran tauhid, Firman Tuhan yang berbunyi:
وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِّلنَّاسِ وَأَمْناً وَاتَّخِذُواْ مِن مَّقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَن طَهِّرَا بَيْتِيَ
( لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاآِفِينَ وَالرُّآَّعِ السُّجُودِ ( 125
Yang bermaksud:
“Dan ingatlah ketika kami menjadikan rumah (BaituLlah) itu tempat berkumpul bagi manusia
dan tempat yang aman. Dan jadikaniah sebahagian maqam Ibrahim tempat sembahyang.”
(Surah Al-Baqarah 2:125)
Inilah tujuan yang dapat dilihat oleh mereka yang mengerjakan tawaf di Baitul Haram setelah hati
nuraninya di pancan dengan.perasaan kehambaan kepada Tuhan demi melaksanakan suruhan-suruhan
yang di ke atas meraka.
2. Sejauh manakah kebijaksanaan RasuluLlah dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah
membereskan kes-kes yang timbul dan menghapuskan persengketaan. Selalunya perselisihan yang
berlaku di antara dua puak akan berakhir dengan pertumpahan darah. Keupayaan Nabi Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mendamaikan puak-puak yang berselisih faham tadi adalah satu anugerah
Ilahi kepada baginda sebagai seorang Nabi. Keupayaan ini bersumber dan keNabian bukan dan
kepintaran semulajadi.
Dan sini dapatlah kita faham bahawa faktor utama dalam pembentukan diri Nabi Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ialah keRasulan dan keNabiannya sementara anasir—anasjr yang lain
merupakan faktor tambahan sahaja.
3. Ketinggian dan kelebihan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di kalangan orang-orang
Quraisy sehingga mereka pada umumnya mempercayai dengan penuh Segala percakapan serta
menyanjung tinggi akhlaq dan pekerti Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam Sehingga Baginda
digelar “Al-Amin”.
Kalaulah segala apa yang telah disebutkan tadi masih terdapat manusia-manusia Quraisy dan
orang ‘Arab umumnya enggan beriman dengan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam malah
Fiqh Al-Sirah 1
34
menentangnya pula maka ini adalah membuktikan hasad dengki dan kedegilan mereka terhadap apa yang
dibawa oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam malah menentangnya pula maka ini adalah
membuktikan hasad dengki dan kedegilan mereka terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad
SallaL lahu ‘alaihi Wasallam dan terhadap kebenaran.
Category: 0 komentar

0 komentar:

Posting Komentar