Categories

Lesson 6

Blog Archive

Follower

Statistik

Get Gifs at CodemySpace.com

KEIZINAN RASULULLAH KEPADA SAHABATNYA UNTUK BERHIJRAH KE MADINAH


Ibnu Sa’d di dalam kitabnya ‘Al-Tabaqat Al Kubra’ menceritakan apa yang telah diriwayatkan oleh
‘Aisyah RadhiyaL lahu ‘anha: “Setelah bilangan pengikut-pengikut RasuluLlah meningkat tujuh puluh
orang, baginda terasa tenang dan lega hati, yang dijadikan Tuhan sebagai benteng kepadanya. Mereka ini
adalah satu kaum yang berkeahlian di dalam peperangan, persenjataan dan pertolongan. Di samping
tekanan dan penyiksaan makin menjadi-jadi ke atas orang Islam kerana orang’ Musyrikin tahu tentang
perhubungan mereka dengan puak Khazraj, mereka melipat-gandakan penyiksaan ke atas sahabat nya,
siksaan lebih kejam dari yang dahulu, pernah maki hamun, celaan dan berbagai tindakan yang tidak boleh
dihitung lagi. Akhirnya mereka pun mengadu hal nasib dan perasaan yang mereka tanggung kepada
RasuluLlah sambil meminta izin untuk berhijrah, jawab RasuluLlah: “Sesungguhnya aku telah pun
diberitahu akan tempat perpindahan (hijrah) kamu, iaitu ‘Yathrib’. Siapa sahaja yang ingin berpindah
bolehlah berpindah ke sana.”

Kemudiannya mereka pun bersiap-siap dan mengemaskan barang—barang masing-masing serta
tolong menolong sesama sendiri, akhirnya mereka pun perlahan—lahan keluar secara sembunyisembunyi.
Orang yang pertama keluar ialah Abu Salamah bin ‘Abdil Asad, diikuti oleh ‘Amir bin
Rabi’ah dan isterinya, Laila binti Abi Hasymah. Inilah kumpulan yang pertama tiba di Madinah. Lepas itu
berturut—turutlah para sahabat sekalian sampai di Madinah, kesemua mereka ini tumpang tinggal

bersama—sama sahabat—sahabat dan golongan Al—Ansar. Pihak Ansar telah memberikan segala bentuk
pertolongan, kemudahan, dan layanan yang baik kepada saudara-saudara mereka dan golongan Muhajirin.
Para sahabat RasuluLlah sekalian berhijrah bersembunyi sembunyian kecuali ‘Umar bin Al-
Khattab RadhiyaLlahu ‘anhu seorang yang keluar secara terang-terangan. Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib
RadhiyaLlahu ‘anhu menceritakan tentang Sayyidina ‘Umar ketika hendak keluar hijrah; beliau
membawa pedang, panah dan anak-anak panah dan tongkatnya, berjalan menuju ke Ka’bah di mana puak
Quraisy berada di tengah-tengah halamannya. Dengan megah dan berani beliau mengelilingi Baitul
Haram tujuh kali dan bersembahyang, di maqam Ibrahim sesudah itu beliau berdiri sambil melaung:
“Durjanalah sekalian muka. Inilah muka-muka yang akan dikalahkan Tuhan nanti. Sesiapa yang ingin
ibunya keseorangan, atau hendak meyatimkan anaknya atau hendak menjandakan isterinya silalah
bertemu dengan aku di belakang lereng bukit itu.”
“Tidak ada sesiapa pun yang berani bertemu hanya orang orang yang lemah dan tua-tua sahaja
yang telah dibentahu dan berjanji dengan beliau, Sayyidina ‘Umar pun pergi sekehendaknya tanpa
diganggu,” tambah Sayyidina ‘Ali.
Kemudian orang Islam yang lain pun ikut berhijrah ke Madinah, yang tinggal di Makkah hanyalah
RasuluLlah, Abu Bakar dan Sayyidina ‘Ali atau mereka-mereka yang diseksa dalam kurungan atau yang
sakit yang tidak berdaya untuk keluar.
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
Dugaan yang dihadapi oleh kaum Muslimin iaitu para sahabat RasuluLlah di Makkah ialah
penyiksaan, hamun dan cela yang dilemparkan oleh kaum Musyrikin. Dan bila mereka diberi keizinan
berhijrah maka satu dugaan yang lain pula melanda mereka iaitu dugaan meninggalkan tanah air, harta
benda, rumah tangga dan alat-alat kelengkapan masing-masing.
Sesungguhnya mereka ini benar-benar jujur kepada agama dan setia kepada Tuhan mereka di
hadapan dugaan pertama dan kedua yang disebut tadi. Mereka ini menghadapi dugaan dan pancaroba
dengan penuh kesabaran yang waja dan tekad keazaman yang penuh. Sehingga apabila RasuluLlah
memberi isyarat keizinan untuk berhijrah ke Madinah barulah mereka bergerak ke sana membelakangkan
dan meninggalkan tanah tumpah darah, juga harta kekayaan mereka. Itupun mereka terpaksa keluar
secara sulit dan bersembunyian. Cara ini tidak boleh dilakukan kecuali setelah meninggalkan segala
peralatan dan barang-barang kemas. Mereka tinggalkan segala-galanya ini semata-mata untuk
menyelamatkan agama. Di Madinah sana sudah ada orang yang akan mengganti segala apa yang
ditinggalkan di Makkah. Golongan Ansar menunggu-nunggu ketibaan mereka, untuk memberi segala
pertolongan dan segala kemudahan bagi memulakan penghidupan baru di Madinah.
Inilah sebuah contoh unggul Muslim sejati yang begitu jujur terhadap agamanya. Bagi mereka
tanah tumpah darah dan harta kekayaan tidak mempunyai apa—apa erti asalkan dapat menyelamatkan
agama yang dianutinya.
Inilah perihal keimanan, sikap dan kesetiaan para sahabat RasuluLlah dan Makkah.
Adapun cerita orang-orang Madinah lain pula, mereka dengan penuh ikhlas telah menyambut
kedatangan Muhajirin Makkah ke rumah masing-masing, memberi layanan dan pertolongan yang
sewajibnya. Pendek kata merekalah manusia pertama yang telah memberi tauladan dan contoh yang
unggul ke arah persaudaraan ukhuwwah Islamiyyah yang menyeluruh dan saling cinta mencintai kerana
Allah ‘Azza wajallah semata— mata.
Bukankah engkau lebih mengetahui yang Allah menjadikan persaudaraan dalam Islam itu lebih
kuat dan erat daripada ikatan keturunan darah. Oleh yang demikianlah maka perwarisan harta benda di
permulaan Islam dahulu berasaskan pertalian agama dan persaudaraan atau berhijrah kerananya. sekalian
Fiqh Al-Sirah 1
102
sampai di Madinah, kesemua mereka ini tumpang tinggal bersama—sama sahabat—sahabat dan golongan
Al—Ansar. Pihak Ansar telah memberikan segala bentuk pertolongan, kemudahan, dan layanan yang
baik kepada saudara-saudara mereka dan golongan Muhajirin.
Kanun perwarisan harta ini tidak diubah kepada sistem ikatan keturunan darah kecuali setelah
mana agama Islam lengkap iaitu semasa di Madinah dan umat Islam pun mempunyai negaranya sendiri
yang kuat dan teguh.
Firman Tuhan:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالَّذِينَ آوَواْ وَّنَصَرُواْ أُوْلَئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ
وَالَّذِينَ آمَنُواْ وَلَمْ يُهَاجِرُواْ مَا لَكُم مِّن وَلاَيَتِهِم مِّن شَيْءٍ حَتَّى يُهَاجِرُواْ وَإِنِ اسْتَنصَرُوآُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلاَّ عَلَى
( قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُم مِّيثَاقٌ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ ( 72
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka-mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan
nyawanya pada jalan Allah dan mereka-mereka yang memberikan tempat kediaman dan
pertolongan (kepada orang-orang Muhajirin) mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan
terhadap mereka-mereka yang beriman tetapi belum berhijrah maka tidak ada kewajipan sedikit
pun atas kamu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah.”
(Surah Al-Anfal: 8 : 72)
Dan perintah berhijrah ini bolehlah kita memetik dua hukum:
(Pertama): Wajib berpindah dan berhijrah dari negara kafir ke negara Islam. Al-Qurtubi telah
meriwayatkan dan Ibnu Al ‘Arabi katanya: “Berhijrah di zaman RasuluLlah adalah wajib dan fardhu —
ianya tetap akan kekal ‘wajib’ hingga ke hari Kiamat — yang putus atau dimansuhkan kerana pembukaan
Makkah, itu semata—mata untuk Nabi sahaja. Kalau seseorang itu tinggal menetap di negara kafir maka
dianggap durhaka — Tafsir Al- Qurtubi.
Begitu juga tempat-tempat lain dianggap sama ta’rifnya dengan negara kafir, andaikata orang
Islam tidak dapat mempraktikkan suruhan agamanya seperti sembahyang, puasa, sembahyang
berjama’ah, mengazan dan sebagainya demi suruhan yang lain.
Dalil yang menunjukkan sedemikian ialah firman Tuhan yang berbunyi:
إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلآئِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُواْ فِيمَ آُنتُمْ قَالُواْ آُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الأَرْضِ قَالْوَاْ أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللّهِ وَاسِعَةً
فَتُهَاجِرُواْ فِيهَا فَأُوْلَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءتْ مَصِيرًا ( 97 ) إِلاَّ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاء وَالْوِلْدَانِ لاَ يَسْتَطِيعُونَ
( حِيلَةً وَلاَ يَهْتَدُونَ سَبِيلاً ( 98
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka-mereka yang diwafatkan Malaikat dalam keadaan menganiaya diri
sendiri, (kepada mereka) Malaikat bertanya: “Dalam keadaan bagaimana kamu ini?” Mereka
menjawab: “Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri Makkah.” Para Malaikat
berkata: “Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?” Mereka itu
tempatnya ialah Jahannam dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali mereka
yang tertindas lelaki atau wanita atau kanak—kanak yang tidak mampu, berdaya upaya dan tidak
rnengetahui jalan (untuk hijrah”.
(Surah Al-Nisa’ 4 : 97 — 98)
(Kedua): Selagi terdaya maka wajiblah umat Islam memberikan pertolongan sesama Islam walaupun
berlainan tempat tinggal dan negara. Para ‘ulama dan a’immah (Imam) Islam seluruhnya sepakat
menegaskan, sekiranya berlaku masalah untuk membebaskan tawanan atau memberi pertolongan kepada
yang lemah yang teraniaya daripada orang-orang Islam tetapi masalah ini telah diabaikan dan
ditinggalkan begitu sahaja maka sekalian Muslimin telah melakukan angkara murka dan dosa besar.
Fiqh Al-Sirah 1
103
Abu Bakar bin Al—’Arabi berkata: Sekiranya ada di antara kaum Muslimin ditawan atau pun
lemah maka wajib dihulurkan tangan pertolongan untuk membebaskan mereka, wajib dikorbankan
habis—habisan, kita mesti tampil keluar menyatukan suara dan mengembelingkan tenaga sekiranya
bilangan cukup atau pun membelanjakan harta kekayaan demi membebaskan mereka, biar jangan
tertinggal sesen pun di dalam kocek.
Seperti yang dikatakan bahawa kaum Muslimin wajib tolong menolong antara satu sama lain demi
kepentingan bersama, dan sebaliknya tidak harus bertolongan atau bermuhibbah dengan bukan Islam. Ini
ialah apa yang ditegaskan oleh Allah dálam kitabNya:
( وَالَّذينَ آَفَرُواْ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ إِلاَّ تَفْعَلُوهُ تَكُن فِتْنَةٌ فِي الأَرْضِ وَفَسَادٌ آَبِيرٌ ( 73
Yang bermaksud:
“Sekali lagi Ibnu A1-’Arabi menegaskan: Allah memutus dan melarang persaudaraan antara
kafir dengan Mu’min, sebagai gantinya ialah persaudaraan sesama Islam dan pihak kafir pula
bersaudara sesama mereka, tolong-menolong demi kepentingan agama dan kepercayaan mereka
sendiri.”
(Surah Al-Anfal 8: 73)
Tidak syak lagi di dalam usaha melaksanakan ajaran Ilahi, ukhuwwah dan bantu-membantu
merupakan asas pertolongan dan kemenangan umat Islam setiap masa, sebaliknya kecuaian pada
menjalankan perintah Allah, inilah punca kemerosotan umat Islam dan perpecahannya yang boleh
dikoyak-koyakkan oleh seterunya (musuh Islam) di mana-mana sahaja.
Adapun orang-orang yang kafir sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain.
Jika kamu (orang Muslimin) tidak melaksanakan apa yang tidak diperintahkan Allah itu nescaya akan
terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar.
Category: 0 komentar

0 komentar:

Posting Komentar