Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan
memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan
kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Apa yang anda fikirkan mengenai diri
anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.
Hidup ini bukanlah
suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami airmata
dan juga duri.
Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang
masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya
lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari
penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.
Hidup di dunia ini tidak ubah seperti seorang musafir
yang sedang bernaung di bawah sebatang pohon yang sebentar kemudian pergi dan
meninggalkan pohon tersebut.
Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang
menghargai dan menyadarinya.
Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa
yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan
pergi.
Jika anda bekerja semata-mata untuk uang, anda tidak
akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda
lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang
ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg
kita miliki hari ini, karena kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk
esoknya jika semuanya telah tiada…..
Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca
yang berdebu, segalanya nampak senyap dan tidak pasti.
Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata
-katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat
menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli
berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata –
kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.
0 komentar:
Posting Komentar