Menurut Harry Judge, orang Melayu Campa telah wujud sejak abad ke-2 Masihi. Jika telah ada orang Melayu maka sudah pastilah ada bahasanya. Itulah lojiknya. Namun dari segi bukti sejarah yang lebih konkrit bahan berbahasa Melayu hanya baru terdapat pada abad ke-4 seperti pada prasasti Dong Yen Chau, di Vietnam. Itu pun kalau maklumat daripada Drs. Abdul Rahman Al-Ahmadi benar dan tepat. Oleh itu dari maklumat yang di atas ini bahasa Melayu telah wujud kira-kira 1800 tahun yang lalu.
Selain itu bahasa Melayu pula
telah mendapat pengaruh dari luar sejak abad ke-4 Masihi seperti pengaruh
bahasa Sanskrit yang terdapat pada tinggalan Kerajaan Melayu Kutai di
Kalimantan Timur yang bertarikh pada 400 Masihi dan Kerajaan Tarumanegara di
Jawa Barat pada 450 Masihi. Kewujudan bahasa Melayu pada abad ke-7 mempunyai
banyak buktinya seperti pada prasasti-prasasti zaman Sriwijaya, Syailendra,
Sanjaya, dan Malayu. Pada abad ke-10 dan ke-11 baru mula muncul kedatangan
Islam seperti pada prasasti di Langgar, Kedah (290 Hijrah), Brunei (440H./
1048M.), Phan~rang, Vietnam 431H./1039M.), Leran, Surabaya (475H./1082M.), dan
Pekan, Pahang (419H.).
Kemudian daripada itu datang
pula bangsa-bangsa Barat dengan dimulai dari jatuhnya Kota Melaka (1511 M.),
kemudian Maluka, Sunda Kelapa, Manila, dan lain-lain. Pengaruh Barat baru mula
mengental dalam abad ke-19 dan abad ke-20. Namun pada pertengahan abad ke-20
Dunia Melayu mula menjadi negara yang bebas dan merdeka.
Bagi membahagikan zaman-zaman
bahasa Melayu saya lebih cenderung menggunakan bahan-bahan bukti serta
ciri-ciri tertentu bagi mengkategorikan zaman—zamannya. Saya tidak memakai
kaedah yang menonjolkan pengaruh luar atau pengaruh kolonial seperti zaman
prakolonial, zaman kolonial dan zaman pascakolonial.
Bagi saya katakolonial sangat
mengerikan. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992) colonial bererti penjajah.
Dalam kamus The New Collins Intenational Dictionary of the English Language
yang ditulis oleh William T. McLeod dan Patrick Hanks (1983), colonial bererti
“of characteristic of, relating to, possessing, or inhabiting a colony or
colonies”, sedangkan perkataan colonialism bererti: the policy and practice of
a power in extending control over weaker peoples or areas. Kamus BBC English
Dictionary (1993) mengatakan colonial ialah “relating to countries or to
colonialism”. Akhir sekali ialah kamus The New International Webster’s Concise
Dictionary of the English Language (1997) menyebutkan bahawa colonial adalah
“of possessing, like, or forining and colony or colonies; a citizen or
inhabitant of a colony”.
Kalaulah makna kolonial
seperti mana yang diterangkan di atas ini, maka dalam sejarah dunia Melayu yang
menjadi penjajah adalah orang Barat dan mereka dataug ke Alam Melayu bermula
pada 1509 yang dipimpin oleh de Sequira. Dua tahun kemudian baru dataug Afonso
de Albuquerque yang menyerang dan menawan kota Melaka.
Pengaruh Barat meresap ke
dalam bahasa dan budaya Me1ayu hanya baru nampak jelas dalam abad ke-19 dan
abad ke-20. ini bermakna dari abad ke-2M hingga ke abad ke-18M. (kira-kira 1600
tahun lamanya) pengaruh kolonial Barat tidak ada, jauh sekali untuk menonjol.
Maka dengan itu sangat mengelirukan kalau sejarah bahasa Melayu dibahagikan
kepada tiga zaman, iaitu zaman prakolortial, zaman kolonial dan zaman
pascakolonial Orang yang membahagikan zaman-zaman bahasa Melayu seperti di
atas ini memang sengaja cuba menonjolkan kata “kolonial” nya walaupun orang itu
menafikannya dan memberikan alasan-alasan yang diada-adakan atau yang mengadangada
yang apologetik. Bagi menentukan zaman-zaman bahasa Melayu, bahasa Melayunya
itu perlu dilihat dari beberapa sudut.
Pertama dari sudut kandungan
bahasa Melayu itu sendiri seperti kosa katanya, tatabahasanya termasuk
fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Kedua dari sudut
ungkapan-ungkapan, dan istilah-istilah yang dipakai dalam satu-satu bidang
seperti dalam bidang-bidang pentadbiran, agama, budaya, dan lain-lain. Ketiga
dari hasil-hasil karya sastera, sama ada wujud unsur-unsur luar, atau pengaruh
lain dalam bentuk tenjemahan, tiruan, saduran daripada hasil-hasil karya
tersebut atau yang lain-lain. Keempat, tulisan-tulisan atau aksara-aksara dan
jenis-jenisnya yang dipakai oleh bahasa yang berkenaan, adakah tulisan itu
kepunyaan mereka sendiri yang asal atau pinjaman daripada luar. Kelima, dari
sudut pengaruh pemikiran, falsafah dan perkembangan intelektualnya dalam
tamadun bangsa yang berkenaan. Keenam dari sudut pengaruh penggunaan teknologi
yang dataug daripada sesuatu bangsa lain yang wujud dalam budaya, tamadun dan
bahasa bangsa yang berkenaan.
Kalau dilihat dari sudut
kriteria-kriteria yang tertera di atas bahasa Melayu pada abad ke-18 dan
sebelumnya, tidak menampakkan pengaruh daripada penjajah-penjajah Barat atau
onang-orang kolonial Barat. Dengan itu memang sangat tidak kena dan tidak tepat
apabila dikatakan bahawa zaman-zaman bahasa Melayu dibahagi kepada tiga zaman
seperti dinyatakan di atas dengan penekanan atau penonjolan kepada kata
“kolonial”. Jika kaedah yang kemudian ini dipakai, iaitu menyebut kata kolonial
pada setiap zaman, maka “kolonial”nya akan menjadi terlalu ditonjolkan
sedangkan peranannya tidak seberapa, bahkan ada zaman yang tidak ada langsung
pengaruh kolonialnya.
Dengan itu bagi membuat
pembahagian zaman bahasa Melayu ini, saya lebih cenderung untuk membahagikannya
kepada lima zaman sahaja, iaitu:
a. Zaman bahasa Melayu purba.
b. Zaman bahasa Melayu kuno.
c. Zaman bahasa Melayu klasik.
d. Zaman bahasa Melayu pramoden, dan
e. Zaman bahasa Melayu moden.
b. Zaman bahasa Melayu kuno.
c. Zaman bahasa Melayu klasik.
d. Zaman bahasa Melayu pramoden, dan
e. Zaman bahasa Melayu moden.
Zaman bahasa Melayu Purba
Zaman bahasa Melayu purba
terdapat dalam zaman prasejarah. Tidak ada bukti sejarahnya kerana tidak ada
rekod bertulis sama ada dalam bentuk prasasti atau yang lain-lain. Dengan itu
kita tidak tahu bagaimanakah bentuk bahasa Melayu pada ketika itu.
Zaman Bahasa Melayu Kuno
Zaman ini bermula kira-kira
dan abad ke-4 dan berakhir kira-kira pada akhir abad ke- 13 Masihi, iaitu lebih
kurang 1000 tahun lamanya. Zaman ini dikira bermula dari abad ke-4 kerana
prasasti berbahasa Melayu yang pertama terdapat pada abad ke-4 dan ditemui di
Dong Yen Chau, Vietnam. Tarikhnya jatuh pada abad ke-4 adalah berdasarkan
tulisan Drs. Abdul Rahman al-Ahmadi. Selain itu ada juga prasasti yang
berbentuk Yupa yang ditemui di Kutai, Kalimantan Timur pada awal abad ke-5.
Tarikh tepatnya ialah 322 Syaka atau 400 Masihi. Tetapi Yupa ini (ada tujuh
batang kesemuanya) menggunakan tulisan Pallava dan bahasanya ialah bahasa
Sanskrit. Dalam abad ke-5 Masihi juga wujud prasasti yang bertarikh pada 372
Syaka atau 450 Masihi di Tarumanegara, di Jawa Barat. Prasasti berbahasa Melayu
yang paling banyak terdapat adalah dalam abad ke-7, ke-8 dan ke-9 Masihi, iaitu
dalam zaman kerajaan-kerajaan Sriwijaya, Syailendra, Sanjaya dan Malayu.
Antara tempat-tempat yang
ditemui prasasti-prasasti ini ialah di Kedukan Bukit (683M.), Telaga Batu
(683M), Kota Kapur (686M.), Karang Berahi, Palas Pasemah, Bungkuk, Sabuk
Kingking (di Sumatera), Sajamerta, Bukateja, Manjusyrigrha, Dang Pu Hawang Gus,
Sang Hyang Wintang, Kebon Kopi, Gunung Sundoro (di Jawa), Ligor, Wiengsa,
Chaiya dan lain-lain di Thailand Selatan; dan Laguna di Manila.
Dalam zaman ini pengaruh
Hindu dan Buddha begitu kuat. Kerajaan Sriwijaya dan Syailendra dipengaruhi
oleh agama Buddha. Candi Borobudur dan Candi Mendut di Pulau Jawa adalah
buktinya. Sedangkan kerajaan Kedah Tua, Sanjaya dan Singosari dipengaruhi
begitu kuat oleh agama Hindu. Buktinya ialah wujudnya candi-candi Hindu seperti
di Prambanan dan Lembah Bujang. Bahasa Melayu dalam zaman ini dapat dikesan
hanya melalui prasasti-prasasti yang ada terutama dalam bentuk batu yang
dipahat atau logam yang diukir dengan tulisan. Ciri-ciri dan sifat-sifat khas
bahasa Melayu kuno ialah:
a. Tulisan yang dipakai
adalah tulisan Pallava yang berasal dan India. Tulisan Pallava ini kemudian
mengalami perubahan. Oleh itu timbul jenis-jenis tulisan seperti benikut:
i. Tulisan Pallava awal.
ii. Tulisan Pallava akhir.
iii. Tulisan Kawi awal.
iv. Tulisan Kawi akhir.
v. Tulisan-tulisan lain yang lahir kemudian mengikut perkembangan zaman dan juga bahasa dan dialek
ii. Tulisan Pallava akhir.
iii. Tulisan Kawi awal.
iv. Tulisan Kawi akhir.
v. Tulisan-tulisan lain yang lahir kemudian mengikut perkembangan zaman dan juga bahasa dan dialek
b. Wujud kata-kata pinjaman
daripada bahasa Sanskrit seperti perkataan-perkataan dalam laras agama.
Contohnya: daiva, sukhasyitta, Brahma, Syiva, Visynu, puasa, dosa, pahala,
naraka, sywarga.
c. Fonem-fonem pinjaman
daripada bahasa Sanskrit seperti v, sy, bh, dh, kh, t gelungan, chh dan
lain-lain seperti pada kata-kata paramesyvara, syiva, bhagia, bedha,
sukhasyitta, chhuti, dan lain-lain.
d. Wujud kata-kata pinjaman
daripada bahasa Sanskrit untuk laras pemerintahan dan pentadbiran seperti raja,
maharaja, maharani, nagara, laksamana, bendahara, bendahari, seri rama,
mahligai dan istana.
e. Morfem-morfem Melayu kuno
seperti:
1. in- untuk di- dalam bahasa
Melayu moden.
11. nipar- untuk diper- dalam bahasa Melayu moden.
m. luar- untuk ber- dalam bahasa Melayu moden.
iv. mam- untuk mem- dalam bahasa Melayu sekarang dan lain-lain.
11. nipar- untuk diper- dalam bahasa Melayu moden.
m. luar- untuk ber- dalam bahasa Melayu moden.
iv. mam- untuk mem- dalam bahasa Melayu sekarang dan lain-lain.
f Fonem-fonem Melayu kuno
seperti v untuk b. Contohnya:
nivunuh untuk dibunuh, dan
marvuat untuk berbuat.
g. Tidak ada penggunaan
tulisan Jawi. Sehingga ke saat ini belum ada bukti tentang adanya orang Melayu
yang menggunakan tulisan Jawi dalam zaman ini.
h. Tidak terdapat kata-kata
pinjaman daripada bahasa Arab atau Parsi dalam zaman ini yang berakhir pada
akhir abad ke-13. Prasasti-prasasti Melayu kuno hanya menggunakan kata-kata
Melayu asli seperti pinam (pinang), rumviya (rumbia), wuluh (buluh), atau
kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti prakara (perkara), pratama
(pertama), sarvvasatva (sarwasatwa), dan maharddhika (merdeka).
I. Tidak ada kata-kata
pinjaman daripada bahasa kolonial dan Barat.
J. Tidak ada tulisan rumi
atau Latin dan Barat yang dipakai oleh orang Melayu ketika itu.
k. Kitab-kitab agama atau
falsafah Hindu dan Buddha yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tidak
kesemuanya diterjemahkan. Bahan yang diterjemahkan hanyalah yang dalam bentuk
ceritanya seperti tentang kisah raja-raja dan orang-orang besar, tentang
istana, mahligai dan negeri, keluarga raja, anak cucu dan keturunannya.
Perkara-perkara yang berbentuk atau berkaitan dengan falsafah tidak ada yang
diterjemahkan. Itu sebabnya kitab falsafah Hindu Bhaghawatgitta tidak
diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu pada masa dahulu.
Zaman Bahasa Melayu Klasik
Zaman ini saya kira bermula
dan awal abad ke- 14 dan berakhir pada akhir abad ke- 18 Masihi. Tarikh itu
saya pilih kerana prasasti Terengganu bertarikh pada 702 Hijrah bersamaan
dengan 1303 Masihi. Prasasti ini sangat penting kerana ia berlainan daripada prasasti-prasasti
yang sebelumnya. Oleh sebab itu Prasasti Terengganu saya jadikan sebagai
patokan untuk pemisah antara bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu klasik.
Hujah pertama ialah ia menggunakan tulisan Jawi yang tidak pernah dibuat oleh
orang Melayu pada masa sebelumnya. Memang benar terdapat beberapa prasasti yang
menunjukkan wujudnya tulisan Arab yang digunakan oleh orang Melayu pada masa
sebelumnya, tetapi prasasti-prasasti itu tetap dalam bentuk bahasa Arab asli. Tulisan dan bahasanya Arab jati, seperti pada prasasti Langgar, di Kedah (290H); Pekan, Pahang (419H. ); Phan-rang, Vietnam (43 1H. ); Leran, Jawa Timur (475Hj; dan Bandar Seri Begawan, Brunei
(440H.). Dengan itu tulisan Jawi tidak terbukti wujud pada abad ke-13 dan sebelumnya.

Kedua, prasasti Terengganu
mengandungi bentuk bahasa yang berlainan daripada bahasa Melayu kuno. Bahasanya
lebih mudah dan mendekati bahasa Melayu zaman moden. Imbuhan-imbuhan yang
dipakai lebih mirip ke bahasa Melayu moden; kata-kata pinjaman Arab sudah meresap ke dalamnya, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit sudah agak berkurangan; ejaan Jawinya lebih mirip kepada ejaan pengaruh Melayu. Bentuk-bentuk huruf Jawi yang dipakai lebih mirip ke huruf Jawi yang dipakai sekarang. Gaya bahasa yang digunakan sudah menyimpang daripada bahasa Melayu kuno. Mungkin akan ada orang yang mengatakan bahawa bahasa yang dipakai dalam buku Hikayat Raja Pasai dan Kitab Bahr al-Lahut, sama dengan bahasa yang terdapat pada prasasti Terengganu, sedangkan buku dan kitab tersebut terkarang pada abad ke- 12 atau ke- 13 Masihi dan dengan itu ia termasuk ke dalam zaman bahasa Melayu kuno. Tetapi malangnya hujahnya tidak kuat kerana
tarikh yang diberikan itu hanya andaian sahaja, tidak ada bukti yang konkrit seperti bukti yang ada pada prasasti Terengganu atau pada Kitab Aqa’id al-Nasafi.

Bahasa Melayu pada zaman
klasik ini memakan masa selama 500 tahun, iaitu dari 1300M. hingga 1800M. Dalam
zaman ini terdapat hasil-hasil karya tulis yang besar dan agung, melahirkan
para penulis dan ulama yang terkenal, wujudnya pusat-pusat kerajaan Melayu yang
tersebar
dari Aceh di barat sampai ke Maluku di timur, dan Campa di utara sampai ke Banten, di selatan, terdapat jalur-jalur perdagangan rempah ratus yang berselirat di Alam Melayu, meningkatnya penyebaran Islam melalui bahasa Melayu di pelbagai penjuru kepulauan Melayu dan lain-lain lagi.

Dalam zaman ini juga lahir
para ulama saya yang terkenal. Antara para ulama yang lahir dalam zaman ini
ialah Hamzah F’ansuri, Abdul Rauf al.-Fansuri (Singkel); Syamsuddin
al-Samatra’i
(Pasai); Nurudin al-Raniri di Aech; Tun Sen Lanang dan Bukhari al-Jauhari (Johor); Daud Abdullah al-Fataui; Abdul SamadalFalimbani; Muhammad Arsyad al-Banjari; Syeikh Yusuf al-Maqasari, dan lain-lain lagi.

Antara hasil-hasil karya
tulis yang terkarang dalam zaman ini ialah Sulalatus-Salatin (Sejarah Melayu),
Hukum Kanan Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat
Muhammad All Hanafiak, Hikayat Hang Tuah, Adat Raja-raja Melayu, Syair Burung
Pungguk, Syair Burung Pingai, Syair Dagang, Syair Perahu, Syarab Asyikin,
Syarab Ruba’i Hamzah Fansuri, Tanbih al-Tullab, Sirat al-Mustaqim, Bustan
al-Salatin, Ta] al-Salatin, Terjemah Tafsir atBaydawi, Syifa’ al-Qulub, Jawahir
al-Ulum, Lata’if al-Asrar, Kfayat al-Muhtajin, Mir’at al-Tullab, Hujjat
al-Balighah, Bidayat al-Hidayat, Hidayat alSalikin, Siyar al-SalikiR Sabil
al-Muhtadin, Furu’ al-Masa’il, Safinat a?Najah, Fat al-Rahman dan
beratus-ratus tulisan lagi yang ditulis sama ada di Aceh, Patani, Palembang,
Banjar, Makasar, Banten, Pontianak, Berunai, Jawa, Ininangkabau, mahu pun di
Makkah dan Madinah.
Dalam zaman ini datanglah
orang-orang Barat – Portugis, Sepanyol, Belanda, dan Inggeris. Mereka telah
membawa budaya dan tamadun mereka untuk diperkenalkannya di Alam Melayu selain
untuk menjajah dan menguasai pusat-pusat perdagangan terutama perdagangan
rempah. Beberapa kota penting telah dikuasai mereka seperti Melaka dan Anton
oleh Portugis. Tetapi bangsa Barat yang paling berjaya menguasai Alam Melayu
ialah Belanda. Pada abad ke- 18 mereka ini telah berjaya
menguasai Melaka, Padang, Palembang, Cirebon, Batavia (Jakarta), Seluarang, Kupang, Makassar, Pontianak, Banjarmasin, Manado, Ternate, Ambon dan Banda. Orang-orang Barat ini juga menyebarkan ajaran agama mereka, iaitu agama Kristian-Katolik dan Protestant. Mereka mula
menggunakan tulisan Rumi untuk bahasa Melayu seperti yang diusahakan oleh Duarte Barbosa, Antonio Pigafetta, Leydekker, dan lain-lain. Kitab Bible juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu seperti naskhah Elkitab, ija itoe sega?a Soerat Perdjandjian lama dan baharuw yang diusahakan oleh Leydekker pada tahun 1731-1732. Selain itu orang-orang Barat juga telah menyusun daftar kata bahasa Barat-Melayu,seperti Portugis-Melayu, ltali-Melayu, Belanda-Melayu, Inggeris-Melayu atau akasnya dan juga kamus dwibahasa Barat-Melayu dan buku tatabahasa Melayu atau yang lain-lain seperti yang diusahakan oleh John Ogilby, Thomas Bowrey, de Houtmann atau yang lain-lain termasuk Valentijn.

Walaupun demikian pengaruh
kolonial Barat tidak meresap ke dalam budaya dan bahasa Melayu. Buktinya ialah
orang Melayu tetap menggunakan tulisan Jawi untuk segala jenis tulisannya.
Orang Melayu masih terus mempertahankan agamanya, iaitu Islam, orang Melayu
masih mempertahankan adat istiadat Melayunya. Oleh sebab itulah orang Barat
terpaksa menggunakan apa yang dipakai oleh orang Melayu. Contohnya Leydekker
yang menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu dengan tulisan rumi pada tahun
1731-1732, terpaksa beralih kepada tulisan Jawi pada tahun 1748. Ini kerana
tulisan ruminya tiada sambutan daripada orang Melayu. Bahkan setelah dijawikan
pun tidak dibaca oleh orang Melayu. Oleh sebab itulah sehingga ke abad ke- 19
para pengembang agama Kristian terpaksa menggunakan tulisan Jawi dan bahasa
Melayu untuk tulisan-tulisan mereka seperti pada majalah-majalah Bustan Arifin
Cermin Mata dan Taman Pungutauan.
Dari segi hasil karya tulisan
memang banyak orang Barat yang menulis tentang bangsa dan bahasa Melayu, namun
hanya setakat menulis itu sahaja. Pengaruhnya tidak meresap ke dalam bahasa dan
budaya Melayu.
Begitu juga orang Barat
banyak menguasai daerah dunia Melayu sebagaimana yang telah disebutkan di atas,
namun mereka hanya berkuasa dalam politik penjajahan dan perdagangan dan tidak
dapat
menghunjamkan pengaruhnya ke dalam jantung bahasa dan budaya Melayu. Oleh sebab itulah saya tidak bersetuju apabila kata kolonial ditonjolkan dalam ketiga-tiga zaman bagi bahasa Melayu -zaman
prakolonial, zaman kolonial dan zaman pascakolonial.
menghunjamkan pengaruhnya ke dalam jantung bahasa dan budaya Melayu. Oleh sebab itulah saya tidak bersetuju apabila kata kolonial ditonjolkan dalam ketiga-tiga zaman bagi bahasa Melayu -zaman
prakolonial, zaman kolonial dan zaman pascakolonial.
Zaman bahasa Melayu klasik
ini mempunyai beberapa ciri dan sifat tertentu yang berbeza dengan bahasa
Melayu kuno dan bahasa Melayu pramoden. Antaranya ialah:
a. Penggunaan tulisan Jawi
lebih menonjol daripada tulisan-tulisan yang lain.
b. Kata-kata pinjaman Arab
dan Parsi mula menapak ke dalam bahasa Melayu terutama untuk istilah-istilah
agama, dan pemerintahan.
c. Fonem-fonem Arab mula
masuk dan dipinjam oleh bahasa Melayu.
d. Ungkapan-ungkapan,
istilah-istilah dan bahasa Arab dan Parsi mula wujud dalam bahasa Melayu.
e. Pengaruh agama Islam
semakin bertambah kuat dan berjaya mengetepikan pengaruh agama-agama Hindu dan
Buddha di kalangan orang Melayu.
f. Wujudnya sistem
pemerintahan Islam dan hukum Islam dalam pemerintahan kerajaan Melayu yang
ditulis dalam bahasa Melayu.
g. Belum terbukti adanya
tulisan orang Melayu sendiri yang memfokus kepada ajaran agama Kristian yang
dibawa oleh orang-orang kolonial Barat.
Zaman Bahasa Melayu Pramoden
Zaman bahasa Melayu pramoden
ini wujud dalam abad ke-19M. Ia merupakan zaman peralihan antara zaman bahasa
Melayu klasik dengan zaman bahasa Melayu moden. Dalam zaman ini tamadun Barat
dan budaya Barat sudah berjaya meresap ke dalam tamadun dan budaya Melayu
tetapi
bahasa Melayu itu sendiri – dari segi gaya bahasa, kosa kata, ungkapan dan lain-lain masih banyak berbentuk bahasa Melayu klasik.
bahasa Melayu itu sendiri – dari segi gaya bahasa, kosa kata, ungkapan dan lain-lain masih banyak berbentuk bahasa Melayu klasik.
Namun pada zaman ini alat
percetakan sudah mula diperkenalkan (1806), sekolah Melayu mula dibuka (1821),
majalah dalam bahasa Melayu mula diterbitkan (1821), suratkhabar Melayu mula
dicetak dan diedarkan (1856), pengajaran bahasa Melayu secara formal
diperkenalkan (1821),
persatuan bahasa Melayu mula ditubuhkan (1888), pemerintahan cara Barat mula diterima pakai oleh orang Melayu terutama di negeri Johor (1885), gaya bahasa laporan diketengahkan seperti dalam karangan Abdullah Munsyi dan buku-buku untuk bacaan sekolah mula dikarang sebagaimana yang dilakukan oleh Syed Mahmud bin Syed Abd. Kadir (1890-an), perlembagaan negeri Melayu yang moden mula digubal (1895), istilah-istilah pemerintahan Inggeris diberi padanan Melayunya (1888) dan beberapa unsur baru yang lain termasuk penulisan tatabahasa Melayu dan kamus Melayu oleh orang-orang Melayu sendiri.

Itulah unsur-unsur baru
daripada tamadun dan budaya Barat yang meresap ke dalam tamadun dan budaya
Melayu. Namun demikian tidak semua yang baru itu dari Barat atau kolonial Barat
kerana ada juga unsur-unsur itu datangnya melalui Asia Barat seperti
pendapat-pendapat daripada para
ulama’ kaum muda seperti Syeikh Ahmad Rhatib dan Syeikh Tahir Jalaluddin, dan pada ketika itu juga tidak semua daerah alam Melayu dikuasai Barat atau dijadikan koloni oleh orang Barat. Contohnya Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu baru ditakluki Inggeris pada tahun 1909, dan Johor baru menerima penasihat Inggeris pada tahun 1914. Jadi dengan itu tidak benar sama sekali dan tidak tepat sama sekali untuk menonjolkan “kolonial”-nya. Paling tinggi yang kita boleh katakan ialah wujudnya pengaruh tamadun Barat sahaja.

Daripada keterangan dan bukti
di atas menunjukkan wujudnya pengaruh Barat atau kolonial baru jelas, dalam
zaman bahasa Melayu pramoden tetapi unsur-unsur lama masih tetap ada terutama
dari segi gaya bahasa, pemiihan kata, terbatasnya kata-kata pinjaman daripada
bahasa Barat, tulisan Jawi tetap menjadi tulisan bagi orang Melayu dan tulisan
Rumi masih asing bagi orang Melayu, demikian juga agama Kristian yang gencar
disogokkan kepada orang Melayu masih belum dapat menerobosi benteng
Islam-Melayu.
Zaman Bahasa Melayu Moden
Apabila menginjak abad ke-20
banyak perubahan berlaka. Negeri-negeri Melayu yang dahulunya masih bebas
terpaksa tunduk ke bawah kolonial Barat — Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu
dan Johor mula dicengkam oleh penjajah Inggeris, kerajaan Melayu Riau
dihancurkan oleh Belanda. Demikian juga negeri-negeri Melayu yang lain di
Indonesia. Pengaruh budaya dan tamadun Barat terus mengental. Akhirnya dominasi
penjajahan, budaya dan tamadun Barat berdiri tegak di alam Melayu.
Bahasa Melayu jatuh menjadi
bahasa vernakular, demikian juga bahasa-bahasa peribumi yang lain. Pendidikan
Barat dikembangkan, sekolah-sekolah berbahasa penjajah dan sekolah-sekolah
Kristian didirikan di merata-rata tempat di seluruh Nusantara; pegawai-pegawai
penjajah disebarkan ke seluruh ceruk rantau tanah jajahan bagi
mengkonsolidasikan kekuasaan penjajahan mereka. Bangsa Melayu menjadi anak
jajahan. Namun sinar-sinar untuk kemajuan mengerlip dari Timur ketika Jepun
mengalahkan Rusia (1905), pandangan-pandangan Islam moden yang dicetuskan
al-Afghani dan Abduh dan Asia Barat meresap ke dalam pemikiran sebahagian
orang-orang Melayu yang berjiwa merdeka.
Dengan mengsintesiskan
fikiran-fikiran dan pengaruh Barat dan Timur yang meresap ke dalam bahasa
Melayu maka bahasa Melayu mula menapaki jalan kemajuan.
Pada awal abad ke-20,
penjajah Belanda mengamalkan Dasar Etika (Ethical Policy). Tulisan Rumi dipakai
untuk bahasa Melayu dan dibakukan ejaannya, iaitu ejaan van Ophuijsen. Kemudian
kerajaan
Penjajah Belanda mengadakan sebuah Suruhanjaya — Cominissie voor de Inlandsche School en Volkslectuur, pada tahun 1908 yang diketuai Dr. G.A.J. Hazeu. Pada tahun 1917 Cominissie itu diubah menjadi Balai Poestaka yang dipimpin oleh Dr. D.A. Ringkes. Balai Poestaka menerbitkan majalah bulanan Sri Poestaka (1918) dan Mingguan Pandji Poestaka (1923). Selain itu ia menerbitkan novel-novel seperti Azab dan Sengsara oleh Mirari Siregar (1920), Sitti Nurbaja oleh Luarah Roesli (1922), dan Salah Asoehan oleh Abdoel Moeis (1928).

Pada tahun 1928 diadakan
Kongres Pemuda Indonesia II, dan dalam kongres ini diputuskan nama bahasa
Melayu ditukar kepada BAHASA INDONESIA. Ini termaktub dalam Soempah Pemoeda
yang diadakan pada akhir Kongres Pemuda tersebut. Sejak itu bahasa Indonesia
menjadi bahasa persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia. Pada tahun 1945 ia
dinobatkan sebagai bahasa negara Indonesia -sebagai Bahasa Kebangsaan dan
Bahasa Rasini.
Bagi meningkatkan citra
bahasa ini Kongres Bahasa Indonesia telah diadakan. Mula-mula diadakan di Solo
(1938), kemudian di Medan (1954) dan selepas itu di Jakarta. Kemudian bagi
memantapkan
korpus bahasanya, Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa telah didirikan, bermula dari Instituut voor Taal en Cultuur Onderzoek (ITCO) pada 1947. Tetapi ia ditukar namanya beberapa kali seperti Lembaga Bahasa dan Budaya, Lembaga Bahasa dan Kesusasteraan, Direktorat Bahasa dan Kesusasteraan, Lembaga Bahasa Nasional, dan akhir sekali Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.

Dalam menapaki liku-liku
perjalanan sejarahnya beberapa angkatan penulis telah lahir seperti Angkatan
Balai Pustaka, Angkatan Pujangga Baru, Angkatan`45, Angkatan `66, dan Angkatan
`98.
Sejarah bahasa Melayu abad
ke-20 di Malaysia mengalami beberapa tahap seperti Bahasa Melayu awal abad
ke-20 dengan wujudnya Maktab Perguruan Melayu (1900, 1913, 1919) dan majalah alImam
(1906), kemudian muncul zaman SITC – Pejabat Karang Mengarang yang berpusat di
Tanjong Malim (1922 – 1941), Bahasa Melayu Zaman Jepun (1942 – 1945), Bahasa
Melayu Pasca-Perang(1945 – 1949). Bahasa Melayu Pramerdeka (1950 — 1957),
Bahasa Melayu Pascamerdeka (1957 —
1969), Bahasa Melayu Pasca 1969, dan Bahasa Melayu Pasca 1980.
1969), Bahasa Melayu Pasca 1969, dan Bahasa Melayu Pasca 1980.
Dalam abad ke-20 Bahasa
Melayu banyak berubah kerana pengaruh kolonial Barat dan juga pengaruh dan Asia
Barat serta Jepun. Jumlah sekolah Melayu semakin bertambah banyak –
berlipat-lipat kali ganda, maktab-maktab perguruan Melayu dibuka, majalah dan
akhbar pelbagai jenis diterbitkan, buku-buku bacaan sekolah, buku-buku umum dan
kitab-kitab agama dicetak sama ada di Malaya atau Indonesia. Bahkan ada yang
dicetak di Bombay, Cairo, Mekah -Madinah dan
Istanbul. Persatuan-persatuan penulis, persatuan-persatuan kebajikan, kebudayaan, bahasa dan kesusasteraan serta politik tumbuh dengan subur sekalipun ditekan dan dicengkam oleh kuku besi penjajah.
Istanbul. Persatuan-persatuan penulis, persatuan-persatuan kebajikan, kebudayaan, bahasa dan kesusasteraan serta politik tumbuh dengan subur sekalipun ditekan dan dicengkam oleh kuku besi penjajah.
Bahasa Melayu tetap terus
berkembang. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat apabila negara-negara di
Dunia Melayu mencapai kemerdekaannya — Indonesia (1945), Malaysia (1957),
Singapura (1963)dan Brunei (1984). Di Malaysia, apabila menjelang kemerdekaan
terdirilah kelas-kelas menengah Melayu yang menjadi cikal bakal sekolah menengah
Melayu, begitulah juga dengan terdirinya institusi-institusi yang lain seperti
Dewan Bahasa dan Pustaka, Maktab Perguruan Bahasa, kemudian Universiti
Kebangsaan Malaysia yang menjadi puncak dasar pelajaran kebangsaan. Bagi
mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu beberapa banyak penyata, akta, dan
penggubalan
perlembagaan negara yang diluluskan seperti Penyata Datuk Abdul Razak Hussein (1956), Penyata Datuk Abdul Rahman Talib (1960), Ordinans Pelajaran (1957), Perlembagaan-perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan Malaysia (1963), Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959 dan
1995), Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa 1963, Akta Bahasa 1967, Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971), Akta Universiti dan Kolej Universiti — Pindaan (1975), dan pelbagai akta yang lain termasuk Akta Pendidikan 1996.

Dalam abad ke-20 bahasa
Melayu sudah menjadi bahasa yang moden kerana unsur-unsur moden sudah meresap
ke dalam bahasa Melayu, banyak buku yang ditulis dan diterbitkan, banyak
majalah dan akhbar yang dicetak dan diedarkan dalam pelbagai bidang dan jurusan
bagi memenuhi
keperluan hidup manusia Melayu dalam zaman moden ini. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat selepas negara ini mencapai kemerdekaannya, terutama dalam bidang sains dan teknologi.
keperluan hidup manusia Melayu dalam zaman moden ini. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat selepas negara ini mencapai kemerdekaannya, terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Buku-buku iliniah banyak
diterbitkan termasuk untuk teks-teks pengajian tinggi, istilah-istilah banyak
yang telah digubal, bahkan pada tahun 2000 ini sudah mencapai ke angka
1,000,000 istilah dalam pelbagai bidang ilmu. Selain itu bahasa Melayu juga
menjadi bahasa pentadbiran di semua
peringkat perkhidmatau awam, dalam mahkamah, pengajian rendah dan menengah serta pengajian tinggi.
peringkat perkhidmatau awam, dalam mahkamah, pengajian rendah dan menengah serta pengajian tinggi.
Daripada segala kenyataan
yang terpapar di atas jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu moden mempunyai
ciri yang moden seperti kemampuan bahasa Melayu untuk digunakan dalam bidang
ilmu yang tinggi dan mendalam, bukan sahaja dalam bidang falsafah tetapi juga
dalam bidang sains dan teknologi. Dengan kata lain ia mempunyai kudrat dan
kekuatan untuk membahas ilmu-ilmu moden dan bagi menupang budaya dan tamadun
dunia moden yang tinggi. ini semua merupakan hasil daripada usaha perancangan
bahasa Melayu yang dibuat secara individu atau kelompok dalam mengemaskinikan
tatabahasa Melayu dan membakukannya, menambah kosa kata ilmiah dengan menggubal
istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang ilmu sehingga bahasa Melayu menjadi
perkasa.
Kesimpulan
Daripada apa yang telah
diperkatakan di atas jelas menunjukkan bahawa pembahagian zaman-zaman bahasa
Melayu di atas adalah berdasarkan ciri-ciri yang khas bagi setiap zaman
perkembangan bahasa Melayu. Ia tidak menekankan kepada satu-satu unsur atau
sumber seperti bahasa Melayu zaman Hindu, zaman Islam atau yang lain-lain, atau
bahasa Melayu zaman pra-Hindu, pra-Islam, pasca-Hindu, atau pasca-Islam. Jika
dibuat deinikian akan memojokkan pengaruhpengaruh yang lain. Jadi pembahagian
zaman bahasa Melayu kepada tiga, iaitu zaman prakolonial,
zaman kolonial dan zaman pascakolonial adalah tidak relevan sama sekali, dan tidak ilmiah.
zaman kolonial dan zaman pascakolonial adalah tidak relevan sama sekali, dan tidak ilmiah.
0 komentar:
Posting Komentar